Facebook Twitter
    Trending
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    • Rahsia bebas tekanan kewangan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025

      Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

      December 24, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Gajet jadi ibu bapa kedua di rumah

    Gajet jadi ibu bapa kedua di rumah

    By Umi FatehahNovember 4, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    HARI ini ramai ibu bapa gusar anak kecil mereka tidak boleh berpisah dengan gajet. Dari bangun tidur sampai ke waktu makan, skrin menjadi teman setia. 

    Kadang-kadang, anak hanya akan duduk diam bila dihulurkan telefon atau tablet. Fenomena ini bukan sekadar isu anak manja atau ibu bapa tak tegas tetapi tanda bagaimana dunia moden telah mengubah cara kita mendidik dan berinteraksi dalam keluarga. 

    Tanpa disedari, gajet mengambil alih peranan ibu bapa. Menjadi penghibur, penenang, bahkan penjaga sementara bila kita terlalu sibuk.

    Antara kerja, masa dan rasa bersalah

    Tidak adil untuk menyalahkan ibu bapa sepenuhnya. Ramai ibu dan ayah bekerja sepenuh masa. Ada yang masih sibuk dengan urusan pejabat atau kerja rumah yang tak pernah habis. Gajet jadi jalan mudah untuk mententeramkan anak-anak kecil.

    Kebergantungan kepada gajet semakin tidak dapat dikawal. Anak belajar menenangkan diri dengan skrin, bukan dengan interaksi manusia. Hubungan emosi dan komunikasi dalam keluarga makin renggang walaupun semua orang berada dalam ruang yang sama.

    Skrin jadi sumber kasih sayang

    Kajian menunjukkan kanak-kanak yang terdedah terlalu lama pada skrin berisiko mengalami kelewatan bercakap, sukar fokus dan masalah kawalan emosi. Mereka juga kehilangan sesuatu yang tak boleh diganti iaitu sentuhan dan perhatian manusia sebenar.

    Anak kecil belajar dunia melalui interaksi seperti suara kasih sayang ibu, pandangan mata prihatin ayah atau gelak tawa bersama. Semua itu membentuk empati dan kestabilan emosi. 

    Bila pengalaman itu diganti dengan video dan permainan maya, anak tidak belajar cara membaca emosi orang lain. Mereka tahu emoji sedih di skrin tapi tidak faham maksud air mata sebenar.

    Gajet tidak salah, cara kita yang perlu diubah

    Gajet tidak perlu diharamkan sepenuhnya. Kalau digunakan dengan betul, gajet boleh menjadi alat bantuan pembelajaran yang baik. Kuncinya ialah keseimbangan dan pengawasan.

    Sekiranya ibu bapa mahu memisahkan kebergantungan anak terhadap gajet, terdapat beberapa cara yang boleh dicuba.

    • Tetapkan masa khusus untuk skrin. Contohnya, selepas waktu makan atau sebelum tidur, bukan setiap kali anak bosan.
    • Gunakan gajet dengan tujuan. Pilih kandungan pendidikan atau interaktif, bukan tontonan pasif tanpa kawalan.
    • Jadi contoh kepada anak-anak. Anak belajar dengan memerhati. Kalau ibu bapa sendiri tak lepas dari telefon, sukar untuk mereka faham kenapa mereka perlu hadkan diri daripada gajet.
    • Ganti dengan perhatian sebenar. Kadang-kadang, lima minit bermain atau belajar bersama lebih berkesan daripada sejam menonton video yang tiada faedah.

    Kembali kepada asas

    Dalam dunia yang serba cepat ini, kehadiran sebenar lebih bermakna daripada seribu perkataan. Anak tidak perlukan ibu bapa yang sempurna. Mereka hanya mahu ibu bapa yang meluangkan masa bersama mereka.

    Lihat mata mereka bila bercakap. Dengar apabila mereka bercerita dan biar rumah kembali dipenuhi suara, bukan hanya bunyi dari video.

    Gajet tidak akan hilang dari hidup kita tapi cara menggunakannya boleh menentukan masa depan anak-anak. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026

    Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

    January 6, 2026
    Artikel Terkini

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.