Facebook Twitter
    Trending
    • Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU
    • 5 persediaan sebelum beli rumah sendiri
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026
    • Kerjaya

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tuanku Abdul Rahman, tokoh tertera di mata wang ringgit Malaysia

    Tuanku Abdul Rahman, tokoh tertera di mata wang ringgit Malaysia

    By AMAL HAYATI FAUZISeptember 3, 2025Updated:September 3, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Tuanku Abdul Rahman, tokoh tertera di mata wang ringgit Malaysia

    WANG ringgit merupakan medium pertukaran utama yang digunakan oleh rakyat Malaysia dalam kehidupan seharian termasuk berniaga atau membeli barang keperluan. Setiap keping wang kertas juga membawa cerita dan simbol tersendiri. 

    Wajah yang terpampang pada setiap helaian wang kertas bukan dipilih secara sembarangan, sebaliknya menandakan jasa dan sumbangan besar seorang tokoh dalam perjalanan negara. 

    Persoalannya, adakah kita benar-benar mengenali siapakah wajah yang tertera pada wang ringgit Malaysia?

    Siapakah tokoh tersebut?

    Tokoh yang terpahat pada wang ringgit ialah Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad yang merupakan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-8.

    Baginda diputerakan pada 24 Ogos 1895 di Istana Lama Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Tuanku Abdul Rahman merupakan putera hasil perkahwinan Tuanku Muhammad ibni Almarhum Yamtuan Antah dan Tunku Puan Chik. Seawal usia dua tahun, baginda telah diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. 

    Tuanku Abdul Rahman mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Jempol, kemudian menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar dari 1907 hingga 1914 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang Undang-Undang di Inner Temple, London pada 1927.

    Selepas pemergian ayahandanya pada 1 Ogos 1933, baginda yang ketika itu bertugas sebagai Pegawai Daerah di Batang Padang dipanggil pulang. Sehari kemudian, pada 2 Ogos 1933, baginda diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di usianya yang muda.

    Tuanku Abdul Rahman sebagai Yang Di-Pertuan Agong pertama

    Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 membawa lembaran baharu dalam sejarah negara. Pada ketika itu, Tuanku Abdul Rahman diangkat sebagai Yang di-Pertuan Agong pertama Malaysia.

    Pemilihan tersebut bukan sahaja berdasarkan kedudukannya sebagai pemerintah Negeri Sembilan tetapi juga kerana personaliti dan pengalamannya dalam menguruskan pentadbiran. Peranan baginda sebagai ketua negara menjadi simbol kesatuan bagi sebuah negara yang baru meniti era kemerdekaan pada masa itu.

    Mata wang Ringgit diperkenalkan

    Nama ‘ringgit’ berasal daripada sisi bergigi pada wang perak Sepanyol yang pernah digunakan dahulu. Pada Ogos 1975, nama ini diiktiraf secara rasmi sebagai mata wang Malaysia. Ringgit dalam Bahasa Melayu menjadi simbol RM pada 1993 yang kekal hingga kini.

    Walaupun reka bentuknya berbeza, nilai tukarannya kekal sama iaitu 1 Dolar Malaya bersamaan dengan RM1. Hal ini memberi keyakinan kepada rakyat dan pelabur antarabangsa bahawa mata wang Malaysia stabil di dalam dan luar negara.

    Keteguhan ringgit berpunca daripada ekonomi yang kukuh, hasil pendapatan negara yang stabil dan simpanan pertukaran asing yang besar membolehkan Malaysia berdiri sebaris dengan negara lain dalam sistem kewangan antarabangsa.

    Wang kertas baharu yang dicetak di London tiba melalui Port Swettenham yang kini dikenali sebagai Pelabuhan Klang dengan kawalan keselamatan rapi sebelum disimpan di Bank Negara Malaysia di Batu Tiga, Shah Alam. 

    Wajah Tuanku Abdul Rahman terpampang jelas pada wang kertas bernilai RM1, RM5, RM10 dan RM100 sebagai penghormatan kepada peranan baginda terhadap negara.

    Wang sebagai cerminan identiti negara

    Wang bukan hanya alat jual beli tetapi juga cerminan identiti negara. Wajah Tuanku Abdul Rahman pada ringgit Malaysia melambangkan penghormatan terhadap sejarah, jati diri bangsa serta mengingatkan rakyat kepada kepemimpinan berdaulat yang membawa kepada kemerdekaan negara.

    Legasi Tuanku Abdul Rahman dalam sejarah negara

    Tuanku Abdul Rahman dikenang bukan sahaja sebagai seorang pemerintah tetapi juga seorang negarawan yang meletakkan asas kepada perpaduan negara. Legasi baginda terus terpahat melalui wang ringgit.

    Sebagai Yang di-Pertuan Agong pertama, baginda telah menetapkan peranan institusi diraja dalam sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan hingga hari ini. Keperibadian baginda menjadi teladan kepada pemimpin selepasnya.

    Wajah pada wang kertas Malaysia bukan sekadar hiasan, tetapi simbol sejarah dan penghargaan terhadap jasa seorang tokoh berdaulat. Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad bukan sahaja dikenang sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, tetapi juga sebagai Yang di-Pertuan Agong pertama negara. 

    Wajah baginda yang tertera pada wang ringgit adalah tanda bahawa setiap helaian wang ringgit yang kita gunakan membawa bersama nilai ekonomi, patriotisme dan sejarah negara Malaysia tidak mengira bangsa, agama dan negara.

    Previous Article7 cara elak kecederaan ketika di gim
    Next Article Tip rambut sihat untuk muslimah

    Artikel berkaitan

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026
    Artikel Terkini

    Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

    January 22, 2026

    5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

    January 22, 2026

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.