Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?
    • Bahaya tahan kentut
    • Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya
    • 7 amalan untuk kurangkan risiko kanser
    • Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja
    • Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

      December 5, 2025

      Bahaya tahan kentut

      December 4, 2025

      7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

      December 3, 2025

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025
    • Kerjaya

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Gempa datang tanpa amaran, ini panduan kekal selamat

    Gempa datang tanpa amaran, ini panduan kekal selamat

    By AMAL HAYATI FAUZIAugust 27, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    NEGARA dikejutkan lagi dengan gempa di Segamat pada pagi ini selepas dua kejadian sama yang mengejutkan lebih 500,000 penduduk di dua daerah pada Ahad lalu. Gempa bumi pada kebanyakan masa berlaku tanpa amaran. Walaupun Malaysia tidak terletak dalam kawasan gempa, pengetahuan asas keselamatan amat penting bagi melindungi diri dan mengurangkan risiko kecederaan.

    Kosmo! Online sebelum ini melaporkan seorang pakar menyatakan kerak benua di Semenanjung Malaysia masih menyimpan tegasan tektonik yang boleh mencetuskan gempa secara tiba-tiba. Pusat gempa di Segamat pada kedalaman 10 kilometer pula dikenal pasti berhampiran lanjutan Zon Sesar Mersing yang berorientasi Barat-Barat Laut hingga Timur Tenggara.

    Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan kesan bahaya terhadap gempa bumi seperti yang disarankan oleh Jabatan Meterologi Malaysia:

    1. Semasa gempa bumi

    Jika anda di dalam bangunan :

    • Kekal berada di dalam bangunan dan berlindung di bawah meja yang kukuh atau berdiri di pintu serta sudut selamat.
    • Jauhkan diri daripada tingkap, perabot dan objek berat yang berisiko jatuh atau menggelongsor.
    • Lindungi kepala dan muka daripada serpihan runtuhan serta kaca.
    • Elakkan penggunaan lilin, mancis atau sumber api lain, risau berlaku kebocoran gas. Pastikan semua api dipadamkan.

    Jika berada di dalam bangunan tinggi :

    • Elakkan keluar dengan tergesa-gesa.
    • Jangan gunakan lif kerana bekalan elektrik mungkin terputus.
    • Kekal berada di dalam bangunan pada tingkat yang sama.

    Jika anda di luar bangunan :

    • Bergerak ke kawasan terbuka. Jauhi dari talian kuasa, tiang elektrik, pokok, bangunan tinggi, dinding dan tiang lampu.
    • Jauhkan diri dari serpihan yang jatuh di luar pintu dan dinding luar.
    • Jauhkan diri dari talian elektrik yang jatuh.
    • Terus kekal berada di kawasan terbuka hingga gegaran berhenti.

    Jika anda berada di laluan pejalan kaki berhampiran bangunan :

    • Bergerak ke arah pintu untuk berlindung daripada serpihan batu, simen dan kaca yang jatuh.

    Jika anda berada di dalam pasar raya yang sesak :

    • Elakkan berlari keluar ke pintu dengan tergesa-gesa.
    • Menjauhkan diri daripada rak berobjek kerana berisiko jatuh.

    Jika anda di dalam kereta yang bergerak :

    • Hentikan kereta di kawasan yang dianggap selamat. Elakkan berhenti di atas atau bawah jambatan atau berhampiran kabel elektrik.
    • Kekal berada di dalam kenderaan sehingga gegaran berhenti.
    1. Selepas gempa bumi
    • Ikuti hebahan oleh pihak berkuasa untuk mendapatkan maklumat kecemasan terkini.
    • Kekal tenang dan bersiap sedia menghadapi sebarang gegaran atau keadaan semasa.
    • Hadkan penggunaan telefon hanya untuk panggilan kecemasan seperti perubatan, kebakaran, atau jenayah.
    • Hindari diri daripada bangunan yang mengalami kerosakan teruk kerana gegaran yang boleh menyebabkan runtuh.
    • Beri kerjasama kepada pasukan keselamatan awam. Jangan memasuki kawasan rosak kecuali untuk memberi bantuan, dan pastikan lorong kecemasan tidak terhalang.

    Meskipun Malaysia bukan negara yang terletak di kawasan berbahaya, insiden gempa bumi lemah seperti di Segamat membuktikan bahawa ancaman ini tidak boleh dipandang ringan.

    Persediaan awal dan pengetahuan tentang langkah keselamatan ketika menghadapi situasi genting mampu mengurangkan risiko kecederaan. Setiap individu perlu berwaspada kerana gempa bumi datang tanpa amaran. -RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025

    Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

    December 3, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah makanan dihinggapi lalat selamat dimakan?

    December 5, 2025

    Bahaya tahan kentut

    December 4, 2025

    Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

    December 4, 2025

    7 amalan untuk kurangkan risiko kanser

    December 3, 2025

    Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

    December 3, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.