Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah kewangan anda stabil?
    • Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor
    • 6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan
    • Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet
    • 7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah
    • Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 
    • Risiko terlalu lama depan laptop
    • 8 hidangan brunch sihat dan mudah
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

      November 20, 2025

      Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

      November 19, 2025

      Risiko terlalu lama depan laptop

      November 18, 2025

      8 hidangan brunch sihat dan mudah

      November 17, 2025

      Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

      November 17, 2025
    • Kewangan

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025
    • Pendidikan

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

      November 20, 2025

      Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

      November 20, 2025

      7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

      November 20, 2025

      NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

      November 14, 2025

      Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

      November 13, 2025
    • Kerjaya

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    By Umi FatehahJune 24, 20254 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat

    HARI ini, keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) telah diumumkan. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar! 

    Namun, sudah menjadi lumrah kehidupan, tidak semua benda yang kita mahu akan tercapai, sama seperti keputusan peperiksaan. Dalam ada yang gembira meraikan kejayaan, ada juga yang berduka.

    Tetapi keputusan yang kurang cemerlang tidak bermakna anda gagal dalam kehidupan atau tidak layak untuk menyambung pelajaran. Jangan terus berputus asa. Masih ada harapan dan peluang untuk anda menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya.

    Sekarang, pasti anda semua tertunggu-tunggu keputusan permohonan UPU ke universiti awam. Tempoh menunggu ini pula lama. Ia mengambil masa berminggu-minggu atau berbulan dan disebabkan itu, anda mungkin akan berhadapan dengan perasaan seperti resah, bimbang atau tak tentu arah.

    Sementara menunggu, sebenarnya tempoh ini boleh dimanfaatkan dengan aktiviti yang bukan sahaja mengisi hari-hari anda malah mungkin membantu agar lebih bersedia untuk ke universiti atau dunia kerjaya. Berikut beberapa cadangan aktiviti yang boleh dilakukan.

    1. Sertai kursus dalam talian percuma

    Platform seperti FutureLearn, Coursera, edX, Shopee Academy atau Malaysia MOOC (melalui OpenLearning) menawarkan pelbagai kursus percuma. Anda boleh pelajari kemahiran asas seperti:

    • Reka grafik 
    • Penulisan kreatif atau teknikal
    • Pengurusan kewangan
    • Asas kod pengaturcaraan (Python, HTML, CSS)

    Sijil penyertaan boleh digunakan dalam resume dan profil media sosial profesional anda.

    1. Belajar bahasa baharu atau tingkatkan penguasaan bahasa kedua

    Dalam dunia global hari ini, penguasaan bahasa kedua atau ketiga adalah satu kelebihan besar. 

    Gunakan aplikasi seperti Duolingo, Memrise atau Babbel untuk belajar bahasa seperti Jepun, Perancis, Korea atau Jerman. Atau, asah lagi penguasaan Bahasa Inggeris anda yang sangat penting di universiti kelak.

    Selain menggunakan aplikasi, anda juga boleh belajar secara santai melalui:

    • Mendengar lagu dalam bahasa tersebut sambil cuba fahami liriknya. Contohnya, lagu K-pop atau J-pop untuk belajar bahasa Korea dan Jepun.
    • Menonton filem atau drama asing tanpa sari kata Bahasa Melayu supaya anda lebih fokus pada sebutan dan intonasi penutur asal.
    1. Buat persiapan kewangan

    Jika anda merancang untuk belajar jauh dari rumah, anda perlu bersedia dari segi kewangan. Pengajian di universiti bukan sekadar yuran semata-mata. Kos hidup seperti makan, pengangkutan, buku dan keperluan harian boleh menjadi beban jika tidak dirancang dengan baik.

    Mulakan dengan bajet ringkas. Senaraikan anggaran perbelanjaan bulanan anda sebagai pelajar seperti sewa, makan, tambang dan sebagainya. 

    Jika berkesempatan, pertimbangkan untuk bekerja sambilan. Tak perlu kerja berat, cukup sekadar jadi pembantu di kedai, bekerja bebas (freelance) atau tutor. Ia bukan sahaja akan memberi pendapatan tambahan tetapi pengalaman kerja juga boleh dimanfaatkan dalam resume.

    Selain itu, anda juga sangat digalakkan untuk mengkaji bantuan kewangan sedia ada seperti berikut.

    • PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) Sesuai untuk pelajar yang menyambung pelajaran di universiti awam atau swasta. Syarat permohonannya juga mudah dan boleh ditukar kepada biasiswa jika keputusan cemerlang.
    • Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Yayasan Negeri. Ketiga-tiga jenis biasiswa ini biasanya dibuka mengikut pengambilan bersyarat dan mengikut bidang tertentu.
    • Zakat dan bantuan kebajikan. Sesetengah institusi zakat negeri menyediakan bantuan pendidikan kepada pelajar keluarga B40 atau asnaf.

    Baca terma dan syarat dengan teliti dan siapkan dokumen lebih awal seperti salinan kad pengenalan, slip keputusan, penyata pendapatan ibu bapa dan sijil berkaitan. Ramai pelajar terlepas peluang bantuan kewangan kerana tidak tahu atau lambat bertindak.

    1. Jaga kesihatan mental dan fizikal

    Menunggu dalam ketidakpastian, lebih-lebih lagi apabila berkaitan masa depan boleh memberi tekanan emosi yang besar. 

    Anda mungkin rasa tidak yakin, risau akan keputusan UPU atau membandingkan diri dengan rakan-rakan lain. Kesemua perasaan itu sah dan tidak ada salahnya. Ia sebahagian daripada proses menerima kenyataan dan memahami realiti.

    Tetapi penting untuk anda kawal agar ia tidak menjejaskan kesihatan mental dan fizikal. Ambil masa untuk berehat dan beri ruang kepada diri sendiri. Anda tidak perlu sibuk setiap masa atau buktikan sesuatu kepada sesiapa. Apa yang penting sekarang ialah menjaga diri sendiri dari segi luaran dan dalaman.

    Amalkan gaya hidup sihat dengan memastikan tidur berkualiti dan mencukupi, makan makanan seimbang serta lakukan senaman ringan. Jika rasa tertekan, luahkan kepada orang yang dipercayai atau hubungi talian sokongan seperti Befrienders.

    1. Kenali laluan alternatif

    Walaupun ramai pelajar meletakkan harapan tinggi terhadap keputusan UPU, penting untuk anda tahu bahawa itu bukan satu-satunya jalan. 

    Tak semua yang mohon akan dapat tempat di IPTA pilihan pertama dan ia tidak bermakna anda gagal. Dunia pendidikan dan kerjaya hari ini lebih fleksibel dan terbuka berbanding dahulu.

    Antara laluan alternatif yang boleh anda pertimbangkan ialah:

    • Politeknik dan kolej komuniti
    • Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET)
    • Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS)
    • Universiti luar negara
    • Bekerja dahulu

    – RELEVAN

    featured pendidikan STPM upu

    Artikel berkaitan

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

    November 20, 2025

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    November 20, 2025

    Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

    November 20, 2025

    7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

    November 20, 2025

    Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

    November 19, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

    November 20, 2025

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    November 20, 2025

    Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

    November 20, 2025

    7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

    November 20, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.