Facebook Twitter
    Trending
    • RMK13: Beri peluang dan bantuan untuk rakyat miliki rumah sendiri
    • RMK13: Malaysia jadi negara AI, hak pendidikan untuk Orang Asli dan OKU
    • RMK13: Arah baharu untuk Malaysia lebih sihat, selamat
    • RMK13: Bantuan kewangan, gaji lebih tinggi dan subsidi bersasar
    • RMK13: Tiga fokus utama RMK13
    • Belum cukup umur, tidak perlu ada media sosial
    • Miskin masa vs miskin duit: Mana lebih penat?
    • 6 cara kekal cergas tanpa perlu ke gim
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      RMK13: Arah baharu untuk Malaysia lebih sihat, selamat

      July 31, 2025

      6 cara kekal cergas tanpa perlu ke gim

      July 28, 2025

      Cuci muka terlalu kerap buat kulit cepat berkedut!

      July 24, 2025

      Dah lama tak buat scaling? Jangan tunggu sakit baru cari doktor gigi

      July 22, 2025

      Manfaat matcha berbanding kopi yang ramai tak tahu

      July 22, 2025
    • Kewangan

      RMK13: Beri peluang dan bantuan untuk rakyat miliki rumah sendiri

      August 1, 2025

      RMK13: Bantuan kewangan, gaji lebih tinggi dan subsidi bersasar

      July 31, 2025

      RMK13: Tiga fokus utama RMK13

      July 31, 2025

      Miskin masa vs miskin duit: Mana lebih penat?

      July 29, 2025

      Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

      July 17, 2025
    • Pendidikan

      RMK13: Malaysia jadi negara AI, hak pendidikan untuk Orang Asli dan OKU

      August 1, 2025

      Belum cukup umur, tidak perlu ada media sosial

      July 30, 2025

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025
    • Kerjaya

      Cara ‘tackle’ bos suka mengkritik

      July 25, 2025

      Bermula dengan skru basikal, diteruskan sebagai legasi permotoran global

      July 23, 2025

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

    Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

    By Umi FatehahJune 6, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

    PADA 7 Jun ini, umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Peristiwa setiap 10 Zulhijjah itu biasanya disambut dengan ibadah korban yang sunat dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

    Ibadah ini dilaksanakan oleh umat Islam bagi mengingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang diperintahkan Allah untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail. 

    Sehingga ke hari ini, umat Islam akan mengorbankan binatang sembelihan seperti lembu, kambing atau unta pada 10 Zulhijjah dan hari-hari tasyrik untuk memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.

    Walaupun telah menjadi amalan lazim, satu perkara ini pasti menjadi tanda tanya dalam kalangan masyarakat: bolehkah menggunakan daging korban untuk hidangan majlis atau kenduri?

    Bagi menjawab persoalan tersebut, Relevan telah merujuk laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

    Secara amnya, hukum mengerjakan ibadah korban adalah sunat muakkad, melainkan ia diwajibkan pada dua keadaan iaitu:

    • Korban dengan nazar yang disandarkan pada sesuatu hajat
    • Korban yang telah ditentukan iaitu korban yang diniatkan ke atas haiwan tertentu.

    Contohnya, seseorang telah berkata ”lembu ini adalah khusus untuk ibadah korbanku.” Maka wajib disembelih lembu tersebut dengan niat korban.

    Dalam mazhab Syafie, daging korban wajib disedekahkan sebahagiannya biarpun sedikit kepada fakir miskin dan disyaratkan wajib diberikan kepada mereka dalam keadaan daging mentah. Ini bertujuan untuk memberi kebebasan kepada penerima (fakir miskin) memanfaatkan daging tersebut sama ada untuk memasak, berjual beli dan sebagainya.

    Perkara paling afdal adalah bersedekah dengan kesemua daging korban tersebut melainkan sesuap makanan agar dapat mengambil keberkatan daripada ibadah itu di samping mengikuti sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

    Oleh itu, daging korban sebaiknya disedekahkan dalam bentuk mentah berbanding telah dimasak.

    Berhubung isu daging korban yang disediakan untuk dijadikan bahan masakan bagi majlis kenduri, Imam al-Syirbini ada berkata:

    فَلَا يَكْفِي جَعْلُهُ طَعَامًا وَدُعَاءُ الْفُقَرَاءِ إلَيْهِ؛ لِأَنَّ حَقَّهُمْ فِي تَمَلُّكِهِ لَا فِي أَكْلِهِ، وَلَا تَمْلِيكُهُمْ لَهُ مَطْبُوخًا

    Maksudnya: “Maka tidak memadai dengan menjadikan (memasak) daging tersebut sebagai makanan dan menjemput orang-orang fakir untuk menjamahnya. Hal ini kerana, hak mereka adalah pada pemilikan dan bukannya pada menjamah makanan, sedangkan mereka tiada pemilikan terhadap makanan yang dimasak itu.”

    Syeikh Muhammad al-Zuhaili juga menyebut sekiranya daging korban tersebut dimasak atau dimakan kesemuanya, maka wajib ke atas tuan korban membayar ganti rugi dengan kadar yang menyerupai nilai sedekah.

    Berdasarkan permasalahan menggunakan daging korban untuk majlis kenduri, maka di sini hukumnya adalah harus. 

    Namun, tuan korban mestilah memperuntukkan sebahagian daging korban mentah kepada golongan fakir miskin sebagai sedekah. Kemudian, baki daging korban selebihnya boleh digunakan untuk masakan majlis kenduri dan dihidangkan kepada orang ramai. – RELEVAN

    daging korban featured hari raya haji hari raya korban
    Artikel Terkini

    RMK13: Beri peluang dan bantuan untuk rakyat miliki rumah sendiri

    August 1, 2025

    RMK13: Malaysia jadi negara AI, hak pendidikan untuk Orang Asli dan OKU

    August 1, 2025

    RMK13: Arah baharu untuk Malaysia lebih sihat, selamat

    July 31, 2025

    RMK13: Bantuan kewangan, gaji lebih tinggi dan subsidi bersasar

    July 31, 2025

    RMK13: Tiga fokus utama RMK13

    July 31, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.