Facebook Twitter
    Trending
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Senarai cuti umum 2026
    • Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 
    • Berwaspada bila susut berat badan
    • Azam 2026 untuk jadi pelajar cemerlang
    • 10 pekerjaan permintaan tinggi 2026
    • Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros
    • 5 kesilapan di gim yang mengundang masalah jantung
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025

      5 kesilapan di gim yang mengundang masalah jantung

      December 26, 2025

      Punca terkejut semasa tidur

      December 23, 2025

      Tahi mata sebagai pelindung mata senyap

      December 19, 2025

      Azam kurus 2026: 7 matlamat untuk lebih sihat

      December 19, 2025
    • Kewangan

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025

      Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

      December 24, 2025

      Cara elak duit habis sebelum masanya

      December 22, 2025

      Jangan sayang duit untuk 5 perkara ini

      December 18, 2025

      Senjata baru penipu siber bernama AI

      December 18, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      December 31, 2025

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025
    • Kerjaya

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?

    Gaji hampir RM4,000 tetapi masih tak cukup, salah ekonomi atau gaya hidup?

    By Umi FatehahMay 12, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    IMAN (bukan nama sebenar) berusia 26 tahun dan bekerja dalam sektor teknologi maklumat di ibu kota. 

    Dengan pendapatan hampir RM4,000 sebulan, secara realistiknya dia sudah boleh hidup selesa. Dia juga masih bujang, berkerjaya dan ada pendapatan tambahan sebagai jurugambar sambilan. 

    Namun, setiap kali hujung bulan tiba, dia tetap dilanda dilema yang sama; “Kenapa gajinya tidak pernah cukup?”

    Gaya hidup

    Salah satu faktor utama tekanan kewangan yang dihadapi Iman ialah gaya hidupnya sendiri. Walaupun tinggal seorang, Iman memilih untuk menyewa sebuah unit kediaman secara bersendirian dengan kadar sewa bulanan sebanyak RM1,500.

    Jumlah ini sahaja telah mengambil lebih 35 peratus daripada pendapatan bulanannya. Di samping itu, dia juga perlu menanggung kos lain seperti utiliti, internet, petrol dan parkir tanpa berkongsi dengan sesiapa.

    Selain itu, Iman turut memiliki sebuah kereta jenama ‘H’ yang digunakan untuk berulang-alik ke tempat kerja serta memenuhi tuntutan kerja sambilannya pada hujung minggu. 

    Namun, kereta yang semakin berusia itu kerap mengalami kerosakan kecil dan memerlukan pembaikan. Kos pembaikan yang tidak dijangka ini sering kali mengganggu bajet bulanannya sekaligus menambah tekanan terhadap kestabilan kewangan.

    Kad kredit dan perbelanjaan tak terkawal

    Iman juga memiliki dua kad kredit yang digunakan sebagai ‘penyelamat’ ketika kecemasan. Walaupun masih mampu membayar jumlah minimum setiap bulan, baki terkumpul pada kad kreditnya kini mencecah RM6,000. 

    Lebih membimbangkan, Iman bercadang untuk memohon satu lagi kad kredit, kononnya sebagai persediaan.

    Namun, kecenderungan ini sebenarnya menunjukkan satu corak kewangan yang berisiko kerana terlalu bergantung kepada hutang jangka pendek untuk menampung gaya hidupnya. 

    Kad kredit bukan musuh tetapi tanpa disiplin dan kawalan diri, ia akan menjadi beban yang menjerat masa depan kewangan.

    Nafsu melebihi kemampuan

    Iman juga mengakui bahawa dia menyimpan hasrat untuk membeli kamera baharu sebagai sebahagian daripada pelaburan untuk kerja sambilan fotografi. 

    Walaupun hasrat itu ada rasionalnya, ia tetap satu bentuk keinginan yang perlu diurus secara bijak. Tanpa simpanan yang mencukupi atau pelan kewangan yang kukuh, pembelian tersebut berisiko menjejaskan kestabilan kewangannya. Dia perlu selidik semula sama ada kamera itu keperluan atau sekadar kehendak.

    Realitinya, bukan Iman sahaja yang menghadapi situasi sebegini. Ramai anak muda hari ini mengalami situasi yang seakan sama. Gaji sudah besar tetapi tidak pernah cukup kerana gaya hidup dan tanggungan kewangan yang tidak seimbang dengan pendapatan.

    Bukan salah ekonomi

    Peningkatan gaji memang membantu tetapi ia bukanlah satu-satunya jalan keluar. Apa yang lebih penting ialah pengurusan kewangan yang berkesan. 

    Dalam kes Iman, langkah pertama mungkin dengan menyemak semula keperluan menyewa rumah seorang diri. Sekiranya berkongsi rumah dengan rakan yang dipercayai, kos sewa bulanan boleh dikurangkan hampir separuh. 

    Begitu juga dengan perbelanjaan kecil yang tidak disedari seperti langganan digital, makanan penghantaran dan pembelian impulsif. Memantau perbelanjaan harian dan menyediakan bajet bulanan yang realistik boleh membantu mencipta ruang untuk simpanan walaupun sedikit.

    Ramai yang masih tidak sedar betapa pentingnya simpanan kecemasan. Kita tidak perlu menyimpan jumlah yang besar setiap bulan. Cukup sekadar RM50 atau RM100 asalkan tabiat itu konsisten. Simpanan kecemasan boleh membantu mengelakkan kebergantungan kepada kad kredit sekiranya berlaku kecemasan seperti kerosakan kereta atau keperluan mendadak yang lain.

    Duit takkan cukup kalau tak diurus dengan betul

    Masalah utama yang dihadapi oleh Iman bukan pada jumlah gajinya tetapi cara wang itu diurus. Selagi tidak ada sempadan yang jelas antara keperluan dan keinginan, selagi itulah perasaan ‘tidak cukup’ akan kekal.

    Hakikatnya, Iman terperangkap dalam kitaran gaya hidup yang kelihatan stabil pada luaran tetapi goyah dari segi asas kewangan. 

    Kesilapan yang dilakukan Iman bukan sahaja menjejaskan keupayaannya untuk menyimpan malah membuatkan dia hidup ibarat kasi pagi makan pagi kais petang makan petang walaupun gajinya mewah. – RELEVAN 

    Artikel berkaitan

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    December 31, 2025

    Senarai cuti umum 2026

    December 31, 2025

    Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

    December 30, 2025

    Berwaspada bila susut berat badan

    December 30, 2025

    Azam 2026 untuk jadi pelajar cemerlang

    December 30, 2025

    10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

    December 29, 2025
    Artikel Terkini

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    December 31, 2025

    Senarai cuti umum 2026

    December 31, 2025

    Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

    December 30, 2025

    Berwaspada bila susut berat badan

    December 30, 2025

    Azam 2026 untuk jadi pelajar cemerlang

    December 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.