Facebook Twitter
    Trending
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    • Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    • Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar
    • 150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA
    • Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan
    • Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar
    • Sam Altman: Penggerak revolusi AI
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

      June 16, 2025

      150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

      June 16, 2025

      Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

      June 12, 2025

      Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

      June 6, 2025
    • Kerjaya

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Memahami hak sebagai pekerja

    Memahami hak sebagai pekerja

    By Umi FatehahMay 1, 2025Updated:May 2, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Memahami hak sebagai pekerja. - GAMBAR HIASAN CHARLES DELUVIO/UNSPLASH

    SETIAP kali kita berbicara tentang dunia pekerjaan, tumpuan sering diberikan kepada gaji, peluang kenaikan pangkat atau jenis kerja yang diidamkan. Namun, satu perkara yang sering dipandang ringan tetapi sangat penting ialah hak sebagai pekerja.

    Hak pekerja bukan semata-mata hal teknikal dalam buku undang-undang. Ia adalah garis perlindungan asas yang memastikan setiap individu yang bekerja sama ada sebagai pekerja tetap, sambilan atau kontrak tidak ditindas atau diperguna. 

    Pengetahuan tentang hak pekerja bukan hanya berguna untuk yang baru bekerja, malah penting bagi semua supaya tidak mudah ditindas atau dimanipulasi.

    Mengapa penting faham hak sebagai pekerja?

    Ramai anak muda masuk ke alam pekerjaan dengan bersemangat tetapi tanpa pengetahuan asas tentang hak mereka. Hasilnya, mereka lebih mudah menerima layanan tidak adil seperti kerja lebih masa tanpa bayaran, tiada cuti tahunan atau diberhentikan tanpa notis.

    Pengetahuan adalah kuasa penting dan perisai paling kukuh. Dengan memahami hak-hak sebagai pekerja, seseorang akan lebih peka terhadap sebarang ketidakadilan di tempat kerja dan lebih yakin untuk mengambil tindakan yang perlu.

    Gaji minimum bukan sekadar angka

    Gaji minimum yang ditetapkan oleh kerajaan bukan hanya sebagai panduan tetapi juga merupakan hak yang dilindungi undang-undang. Pada masa ini, kadar gaji minimum di Malaysia adalah RM1,500 sebulan untuk kebanyakan sektor dan kawasan.

    Jika seseorang bekerja secara sepenuh masa dan menerima gaji di bawah kadar minimum ini tanpa alasan sah, majikan tersebut telah melanggar undang-undang. Anda berhak membuat aduan kepada Jabatan Tenaga Kerja Malaysia (JTKM) dan majikan boleh dikenakan tindakan.

    Cuti rehat, cuti sakit dan cuti umum

    Ramai pekerja muda tidak tahu bahawa mereka berhak mendapat pelbagai jenis cuti, termasuk:

    • Cuti tahunan: Minimum lapan hingga 16 hari setahun, bergantung kepada tempoh perkhidmatan.
    • Cuti sakit berbayar: Sekurang-kurangnya 14 hari setahun jika tiada rawatan hospital.
    • Cuti umum: Sekurang-kurangnya 11 hari setahun termasuk Hari Kebangsaan, Hari Pekerja dan Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong.

    Kalau majikan tidak membenarkan anda bercuti walaupun anda layak, itu satu bentuk pencabulan hak pekerja.

    Tiada kontrak bertulis?

    Kontrak kerja bukan semata-mata formaliti. Ia dokumen penting yang menyatakan hak dan tanggungjawab kedua-dua pihak majikan dan pekerja.

    Tanpa kontrak bertulis, pekerja mudah terdedah kepada eksploitasi contohnya dipaksa bekerja lebih masa tanpa bayaran atau diberhentikan tanpa notis. 

    Sekiranya anda mula bekerja tanpa sebarang perjanjian bertulis, anda perlu segera berbincang dengan majikan untuk dapatkan kontrak rasmi.

    Waktu kerja dan bayaran lebih masa

    Berdasarkan Akta Kerja 1955, waktu kerja biasa tidak boleh melebihi lapan jam sehari atau 48 jam seminggu.

    Sekiranya anda diminta bekerja lebih masa, anda layak menerima bayaran 1.5 kali ganda daripada kadar gaji biasa.

    Kerja pada hari rehat atau cuti umum pula dibayar dengan kadar lebih tinggi iaitu antara dua hingga tiga kali ganda daripada gaji harian biasa.

    Penting untuk anda catat sendiri waktu kerja dan semak slip gaji bagi memastikan tiada manipulasi oleh pihak majikan.

    Saluran aduan jika dianiaya

    Jika anda berdepan diskriminasi, layanan tidak adil, atau penindasan di tempat kerja jangan diamkan diri. Anda boleh hubungi JTK di kawasan anda buat aduan secara dalam talian melalui sistem e-Aduan JTK atau dapatkan nasihat daripada kesatuan pekerja (jika anda ahli).

    Undang-undang buruh diwujudkan untuk melindungi anda, dan anda berhak menuntut keadilan secara sah.

    Sedar hak, lindungi diri sendiri

    Mengetahui hak sebagai pekerja bukan sekadar untuk melindungi diri daripada penindasan ia adalah langkah penting untuk membina masa depan kerjaya yang sihat dan adil. 

    Jangan tunggu sampai anda teraniaya baru mahu belajar. Ambil tahu dari sekarang kerana dalam dunia kerja, yang tahu akan selamat tetapi kalau tidak tahu mungkin menjadi mangsa. – RELEVAN

    featured hak pekerja Hari Pekerja kerjaya
    Artikel Terkini

    Mampukah generasi kita beli rumah?

    June 19, 2025

    Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

    June 18, 2025

    Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

    June 17, 2025

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

    June 16, 2025

    150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

    June 16, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.