Facebook Twitter
    Trending
    • Jenis kain yang tidak boleh dijemur
    • Harga diam dan mengalah di tempat kerja 
    • Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air
    • Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri
    • Jangan simpan makanan ini dalam peti ais
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    • Petanda anda seorang ‘picky eater’
    • Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026

      Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

      January 20, 2026

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026
    • Kerjaya

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Melawan ketagihan validasi: Hargai diri sendiri tanpa menanti pujian

    Melawan ketagihan validasi: Hargai diri sendiri tanpa menanti pujian

    By Umi FatehahFebruary 14, 2025Updated:February 14, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Henti menilai kehidupan berdasarkan pencapaian orang lain.

    DALAM artikel sebelum ini, Relevan membincangkan bagaimana media sosial telah menjadi platform utama untuk mencari pengiktirafan dan penerimaan sosial.

    Pengguna sering kali mengaitkan nilai diri mereka dengan jumlah tanda suka, komen dan perkongsian yang diterima, sehingga menjadikan validasi digital sebagai satu keperluan emosi. Fenomena ini bukan sahaja memberi kepuasan sementara tetapi juga mendorong ketagihan yang sukar dikawal.

    Namun, apabila pergantungan kepada validasi dalam talian semakin ketara, ia boleh memberi kesan negatif terhadap keyakinan diri dan kesejahteraan mental. Hal ini kerana pengguna cenderung membandingkan kehidupan mereka dengan gambaran sempurna yang dipaparkan dalam talian.

    Menyedari implikasi ini, adalah penting untuk memahami bagaimana ketagihan terhadap validasi boleh dikurangkan dengan pendekatan yang lebih sihat dan berkesan.

    Bagaimana mengatasi ketagihan validasi?

    Presiden Persatuan Kesihatan Mental Malaysia, Datuk Dr. Andrew Mohanraj berkata ketagihan terhadap validasi di media sosial boleh dikurangkan dengan mengamalkan beberapa langkah bagi membina keyakinan diri tanpa bergantung kepada pengiktirafan digital.

    “Nilai diri seseorang tidak sepatutnya ditentukan oleh jumlah suka dan komen di media sosial. Sebaliknya, ia datang daripada keyakinan dalaman dan pencapaian peribadi.

    “Langkah pertama ialah memahami bahawa nilai diri seseorang tidak ditentukan oleh reaksi orang lain di media sosial.

    “Seseorang individu perlu sedar bahawa kehidupan yang dipaparkan dalam talian sering disunting untuk kelihatan sempurna. Membandingkan diri sendiri dengan orang lain hanya akan menjejaskan keyakinan diri,” katanya.

    Memahami bahawa pengiktirafan digital bukan penentu harga diri.

    Beliau juga mencadangkan untuk mengurangkan perbandingan sosial agar keyakinan diri sendiri tidak terjejas sehinggakan ada yang menetapkan jangkaan tidak realistik terhadap diri sendiri.

    Katanya, daripada menilai kehidupan sendiri berdasarkan pencapaian atau penampilan orang lain, lebih baik memberi tumpuan kepada perkembangan diri secara peribadi.

    Selain itu, had masa penggunaan media sosial perlu dikawal bagi mengelakkan ketagihan yang berlebihan.

    Melakukan detoks digital secara berkala juga dapat membantu mengurangkan kebergantungan terhadap media sosial selain memberi ruang untuk menilai semula hubungan seseorang dengan dunia digital dan mencari kepuasan di luar skrin.

    Selain itu, membina hubungan sosial di dunia nyata adalah langkah penting dalam memastikan kesejahteraan emosi.

    Meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan boleh memberikan sokongan yang lebih bermakna berbanding sekadar bergantung kepada pengiktirafan dalam talian.

    “Aktiviti seperti membaca, bersenam, bermain alat muzik, atau melibatkan diri dalam seni dapat membantu seseorang menemui kepuasan tanpa perlu bergantung kepada validasi digital.

    “Kesihatan fizikal perlu dijaga untuk memastikan kesejahteraan mental. Pengambilan makanan, senaman yang konsisten dan tidur mencukupi dapat membantu meningkatkan tahap keyakinan diri serta mengurangkan kesan negatif ketagihan media sosial,” katanya.

    Dengan memahami dan mengamalkan langkah-langkah ini, seseorang dapat membina keyakinan diri yang lebih kukuh tanpa perlu bergantung kepada media sosial untuk menilai harga diri.

    Apa yang penting pada akhirnya adalah diri sendiri dan bukan atas apa yang dinyatakan oleh orang lain. – RELEVAN

    Previous ArticleKecanduan validasi: Bagaimana ‘likes’ dan ‘views’ menjadi ukuran diri
    Next Article Punca ramai anak muda hilang motivasi dan rasa putus asa

    Artikel berkaitan

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026

    Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

    January 20, 2026

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026
    Artikel Terkini

    Jenis kain yang tidak boleh dijemur

    January 21, 2026

    Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

    January 21, 2026

    Pendeta Za’ba, tokoh reformasi pendidikan tanah air

    January 21, 2026

    Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

    January 20, 2026

    Jangan simpan makanan ini dalam peti ais

    January 20, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.