Facebook Twitter
    Trending
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    • Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang
    • Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?
    • Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026
    • Kewangan

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026
    • Pendidikan

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Stetoskop, warisan abadi René Laennec dalam dunia perubatan

    Stetoskop, warisan abadi René Laennec dalam dunia perubatan

    By JOHANNA MUMTAZ WANPAJanuary 30, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Stetoskop, warisan abadi René Laennec dalam dunia perubatan

    DALAM dunia perubatan, banyak tokoh yang telah berjasa dengan penemuan yang membantu memajukan bidang kesihatan.

    Salah seorang tokoh yang amat dikenali adalah René Laennec, seorang doktor dan ahli anatomi dari Perancis. Beliau terkenal dengan penemuan yang revolusioner pada 1816 iaitu stetoskop, alat yang kini menjadi kegunaan utama dalam profesion perubatan.

    Asal usul

    René Laennec dilahirkan pada 17 Februari 1781 di Quimper, Perancis. Sejak kecil, Laennec menunjukkan minat dalam bidang perubatan dan sains. Beliau melanjutkan pengajian di Universiti Paris dan akhirnya berjaya membawa gelaran doktor perubatan.

    Meskipun berdepan kekangan teknologi ketika itu, Laennec tidak pernah berputus asa dan sentiasa berusaha mencari jalan untuk memperbaiki kaedah diagnosis penyakit. Beliau sangat berminat dengan penyakit jantung dan paru-paru yang kemudiannya menjadi fokus utama penemuan stetoskop.

    Penemuan stetoskop

    Pada 1816, Laennec berdepan satu cabaran besar semasa bertugas sebagai seorang doktor. Beliau sering kali menghadapi kesukaran untuk mendengar bunyi jantung dan paru-paru terutamanya pada pesakit yang bertubuh besar.

    Ketika itu, cara yang digunakan oleh doktor adalah dengan meletakkan telinga mereka terus ke dada pesakit. Namun begitu, kaedah tersebut tidak begitu efektif dan kadangkalanya menyebabkan ketidakselesaan kepada pesakit.

    Pada suatu hari, Laennec berdepan kesukaran untuk mendengar bunyi jantung pesakitnya dengan kaedah yang biasa digunakan. Kemudiannya, beliau mendapat ilham untuk menggunakan sehelai kertas yang digulung seperti tiub untuk mendengar bunyi itu.

    Dengan cara tersebut, beliau dapat mendengar degupan jantung dengan lebih jelas dan tepat. Menerusi eksperimen itu, Laennec berjaya mencipta stetoskop pertama dalam sejarah.

    Nama stetoskop diambil daripada bahasa Yunani, “stethos” bermaksud dada manakala “skopein” membawa erti melihat atau mendengar.

    Revolusi dunia perubatan

    Stetoskop ciptaan Laennec bukan sahaja memberikan kemudahan untuk mendengar bunyi jantung dan paru-paru malah ia juga membuka jalan kepada diagnosis yang lebih tepat dan terperinci bagi pelbagai jenis penyakit.

    Dengan stetoskop, doktor dapat mendengar denyutan jantung, pernafasan dan bunyian dalam dada yang memberikan petunjuk penting tentang keadaan kesihatan seseorang.

    Penemuan ini memberikan impak yang sangat besar terutamanya dalam mengesan pelbagai jenis penyakit jantung, paru-paru dan pernafasan yang tidak dapat dikenal pasti dengan kaedah lain.

    Laennec bukan sekadar mencipta alat tersebut tetapi beliau juga memberi penekanan kepada penggunaan stetoskop dalam cara yang sistematik dan saintifik.

    Pada 1819, beliau menerbitkan buku bertajuk “De l’Auscultation Médiate” (Pengendalian bunyi jantung dan paru-paru) yang menjelaskan tentang teknik penggunaan stetoskop serta menyenaraikan pelbagai jenis penyakit yang dapat dikesan dengan alat tersebut.

    Sehingga kini, buku itu masih menjadi rujukan utama bagi pengamal perubatan di seluruh dunia.

    Impak berkekalan

    Penemuan stetoskop memberi impak yang amat besar kepada dunia perubatan dan sehingga kini, alat itu tidak boleh dipisahkan daripada doktor dan jururawat di mana-mana hospital atau klinik.

    Stetoskop telah merevolusikan cara doktor mendiagnosis penyakit terutamanya yang berkaitan dengan jantung atau paru-paru. Alat itu bukan sekadar berfungsi untuk mendengar bunyi tetapi ia juga adalah simbol kepakaran, ketelitian dan dedikasi dalam bidang perubatan.

    Walaupun Laennec meninggal dunia pada usia muda, penemuannya terus dimanfaatkan dan dihargai dalam dunia perubatan.

    Meskipun stetoskop telah mengalami pelbagai perubahan dari segi reka bentuk dan bahan namun asas fungsinya tetap sama di mana ia mampu menyelamatkan nyawa dengan memberikan doktor maklumat penting tentang keadaan tubuh pesakit.

    Penemuan stetoskop pada 1816 telah membuka era baharu dalam diagnosis perubatan khususnya dalam mengenal pasti penyakit jantung dan paru-paru. Usaha gigih dan dedikasi Laennec sepanjang kariernya menunjukkan betapa pentingnya inovasi dalam memajukan bidang kesihatan.

    Stetoskop yang dicipta lebih dari dua abad lalu terus digunakan di seluruh dunia dan sehingga kini, ia menjadi lambang kemajuan perubatan yang memberi manfaat besar kepada setiap individu.

    René Laennec bukan hanya dikenang sebagai seorang doktor tetapi beliau juga dikenali sebagai inovator yang berjaya menaik taraf dunia perubatan. – RELEVAN

    Previous ArticleKenapa wanita perlu ada duit sendiri?
    Next Article Hidup sudah lengkap seadanya, henti bandingkan diri dengan orang lain

    Artikel berkaitan

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026
    Artikel Terkini

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.