Facebook Twitter
    Trending
    • Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 
    • Risiko terlalu lama depan laptop
    • 8 hidangan brunch sihat dan mudah
    • Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?
    • Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan
    • Tanda-tanda anda seorang workaholic
    • NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti
    • Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

      November 19, 2025

      Risiko terlalu lama depan laptop

      November 18, 2025

      8 hidangan brunch sihat dan mudah

      November 17, 2025

      Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

      November 17, 2025

      Tips makan luar secara sihat

      November 13, 2025
    • Kewangan

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025
    • Pendidikan

      NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

      November 14, 2025

      Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

      November 13, 2025

      7 tip persediaan menjelang SPM

      November 12, 2025

      Bahaya ketagihan permainan dalam talian

      November 12, 2025

      Masa terbaik ganti puasa

      November 7, 2025
    • Kerjaya

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Merancang keluarga menurut syariat: Apa kata islam tentang pemandulan kekal?

    Merancang keluarga menurut syariat: Apa kata islam tentang pemandulan kekal?

    By Umi FatehahJanuary 2, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Merancang keluarga menurut syariat: Apa kata islam tentang pemandulan kekal? - LAURA OHLMAN/UNSPLASH

    ISU merancang keluarga semakin hangat diperkatakan di media sosial, dengan pelbagai pandangan yang mencetuskan perdebatan. 

    Ada pasangan yang secara sukarela memilih gaya hidup tanpa anak (child-free), manakala yang lain merancang keluarga demi mengurangkan beban kos membesarkan anak. 

    Baru-baru ini, topik mengenai vasektomi, iaitu pemandulan lelaki bagi mengelakkan kehamilan isteri, menjadi perbincangan hangat dalam kalangan pengguna X. 

    Namun, persoalannya, apakah hukum merancang keluarga hingga ke tahap memandulkan isteri atau suami? Adakah tindakan ini dibenarkan dalam Islam?

    Hukum merancang keluarga

    Menurut portal rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, para ulama mempunyai pandangan yang berbeza tentang hukum tanzim al-usrah atau perancangan keluarga atas alasan kemiskinan.

    • Tidak dibenarkan kerana…

    Pandangan pertama, bagi mereka yang tidak membenarkannya, mereka berhujah rezeki itu berada dalam ketentuan Allah. Dan Allah yang menetapkan pembahagian rezeki bagi setiap anak. Allah berfirman dalam al-Quran:

    وَلاَ تَقْتُلُواْ أَوْلاَدَكُم مِّنْ إمْلاَقٍ نَّحْنُ نَرْزُقُكُمْ وَإِيَّاهُمْ

    Maksudnya: Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka.

    Surah al-An’am, (6:151)

    Penyerupaan amalan Jahiliyyah yang membunuh anak-anak mereka kerana takut miskin, sekalipun kaedah ini hanyalah menghalang lahirnya anak-anak. 

    Rezeki itu adalah milik Allah dan perancangan keluarga kerana takutkan kemiskinan ialah suatu bentuk sangka buruk kepada Allah. Maka sepatutnya seseorang itu bertawakal kepada Allah kerana Allah akan memberikan rezeki kepada siapa yang Dia ingini tanpa hisab. 

    • Dibenarkan tetapi dengan syarat…

    Pandangan kedua, bagi mereka yang membenarkannya, mereka memperincikan perancangan keluarga atau tanzim al-usrah kepada tanzim al-nasal (perancangan anak) dan tahdid al-nasal (membataskan anak).

    Tanzim al-Nasal merujuk kepada usaha untuk menjarakkan anak dengan menggunakan kaedah-kaedah seperti memakan ubatan pil perancang, melakukan persetubuhan pada waktu tidak subur dan memakai kondom.

    Selain itu, ada juga yang melakukan azal (ejakulasi luar rahim), mengeluarkan air mani daripada kemaluan wanita selepas selesai persetubuhan serta memasang peranti intrauterine (IUD) bagi tujuan pemandulan sementara. 

    Kaedah ini diharuskan dengan syarat-syarat:

    • Iktikad bahawa jika Allah ingin mengurniakan anak juga, tiada siapa yang boleh menghalang dan wajiblah pasangan memelihara kandungan dan menjaga maslahatnya.
    • Tidak mendatangkan kemudaratan kepada pasangan khususnya isteri.
    • Dilakukan dengan kebenaran dan persetujuan kedua-dua suami isteri.

    Hukum pemandulan lelaki dan perempuan secara kekal

    Berbeza dengan merancang keluarga secara sementara, memandulkan lelaki atau perempuan melibatkan usaha untuk menghalang kehamilan secara kekal. 

    Dari sudut kesihatan, pemandulan kekal bagi lelaki dikenali sebagai prosedur vasektomi iaitu pembedahan kecil pada saluran sperma yang membawa sperma dari testis ke uretra untuk menghalang sperma daripada bercampur dengan air mani yang dikeluarkan semasa ejakulasi. 

    Manakala bagi wanita, prosedur pemandulan kekal dikenali sebagai tubektomi iaitu melibatkan pemotongan, pengikatan atau penyumbatan saluran fallopio untuk menghalang telur dari ovari bertemu dengan sperma, sekali gus mencegah kehamilan secara kekal.

    Menurut pandangan agama, hukum pemandulan kekal mempunyai perbincangan khusus iaitu:

    • Haram tanpa sebab yang sah

    Majoriti ulama berpandangan bahawa memandulkan seseorang tanpa alasan syarak adalah haram kerana ia bertentangan dengan fitrah manusia. Allah S.W.T berfirman:

    “Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?” (Surah Ar-Rahman, 55:13)

    Menafikan potensi kelahiran zuriat dianggap sebagai mengingkari salah satu nikmat Allah, iaitu keupayaan untuk melahirkan generasi.

    • Dibolehkan jika ada keperluan darurat

    Menurut pandangan Mufti Wilayah Persekutuan, prosedur ini dibolehkan jika terdapat sebab-sebab tertentu seperti kesihatan serius yang boleh memudaratkan ibu atau bapa.

    Sebagai contoh, jika seorang wanita menghadapi risiko maut sekiranya hamil lagi, maka langkah ini boleh diambil.

    Beberapa fatwa negeri di Malaysia seperti di Selangor dan Perlis membenarkan prosedur memandulkan atas sebab kesihatan yang sah, namun ia perlu melalui proses pengesahan doktor pakar dan mendapat kebenaran suami atau isteri. – RELEVAN

    featured kesihatan merancang keluarga pemandulan kekal tubektomi vasektomi

    Artikel berkaitan

    Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

    November 19, 2025

    Risiko terlalu lama depan laptop

    November 18, 2025

    8 hidangan brunch sihat dan mudah

    November 17, 2025

    Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

    November 17, 2025

    Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

    November 17, 2025

    Tanda-tanda anda seorang workaholic

    November 17, 2025
    Artikel Terkini

    Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

    November 19, 2025

    Risiko terlalu lama depan laptop

    November 18, 2025

    8 hidangan brunch sihat dan mudah

    November 17, 2025

    Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

    November 17, 2025

    Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

    November 17, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.