Facebook Twitter
    Trending
    • Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu
    • Masa terbaik untuk puasa enam dan puasa ganti
    • Cuaca membahang, ini cara lindungi diri daripada strok haba
    • Iftar Murabbi didik kebersamaan pelajar dan guru
    • Berdosakah ‘pau’ duit raya anak ?
    • Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan
    • Pantau glukosa walaupun ketika beraya
    • Tak dapat balik kampung? Syawal masih boleh diraikan dengan cara ini
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Cuaca membahang, ini cara lindungi diri daripada strok haba

      March 25, 2026

      Pantau glukosa walaupun ketika beraya

      March 23, 2026

      Perut kembung lepas beraya? 5 tip dari farmasi, perut lega sambil nikmati juadah raya

      March 19, 2026

      3 penyakit paling mudah menular semasa rumah terbuka

      March 19, 2026

      Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

      March 14, 2026
    • Kewangan

      Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

      March 23, 2026

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026
    • Pendidikan

      Masa terbaik untuk puasa enam dan puasa ganti

      March 26, 2026

      Iftar Murabbi didik kebersamaan pelajar dan guru

      March 25, 2026

      Berdosakah ‘pau’ duit raya anak ?

      March 24, 2026

      Tak dapat balik kampung? Syawal masih boleh diraikan dengan cara ini

      March 23, 2026

      Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 

      March 17, 2026
    • Kerjaya

      Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

      March 27, 2026

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mengapa buku fizikal masih diperlukan?

    Mengapa buku fizikal masih diperlukan?

    By JOHANNA MUMTAZ WANPANovember 27, 2024Updated:November 27, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Kenapa pilih buku fizikal - UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN

    DALAM dunia serba moden, teknologi telah mengubah cara kita membaca dan mencari maklumat.

    Dengan kehadiran e-buku dan media sosial, ramai pelajar lebih cenderung menggunakan peranti digital untuk membaca. Namun, adakah kita mahu budaya membaca buku fizikal terus dilupakan?

    Membaca buku fizikal sebenarnya ada kelebihan tersendiri. Bayangkan keseronokan menyentuh helaian kertas dan mencium bau buku baharu.

    Kajian mendapati membaca buku fizikal membantu meningkatkan daya ingatan dan kefahaman kerana pelajar lebih fokus tanpa gangguan daripada notifikasi media sosial.

    Kenapa pilih buku fizikal?

    Buku fizikal bukan sekadar bahan bacaan tetapi juga sumber inspirasi yang menghubungkan pembaca dengan ilmu, emosi dan pengalaman secara mendalam.

    Membaca tanpa skrin digital mampu mengurangkan keletihan mata, meningkatkan tumpuan dan membantu menenangkan emosi. Selain itu, buku fizikal membawa nilai sentimental yang tinggi terutama apabila dijaga dengan baik dan diwariskan daripada satu generasi ke generasi berikutnya.

    Bagaimana hendak mula membaca?

    Pelajar boleh bermula dengan memilih buku cerita yang menarik seperti novel fantasi, kisah pengembaraan atau buku biografi tokoh terkenal.

    Buku-buku ini bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga membantu pelajar meluaskan pengetahuan dan imaginasi mereka.

    Lebih menarik, buku yang dibaca juga boleh direkodkan dalam Program Nilai Ilmu Amalan Membaca (Nilam), antara inisiatif yang diperkenalkan di sekolah untuk menggalakkan tabiat membaca dan memberikan pengiktirafan kepada pelajar yang aktif membaca.

    Gabungan buku fizikal dan digital

    Walaupun buku fizikal penting, kita tidak boleh menafikan kelebihan teknologi. Pelajar boleh menggunakan e-buku untuk rujukan pantas atau mempelajari topik baharu. Namun, mengimbangi kedua-duanya adalah langkah yang lebih bijak.

    Contohnya, pelajar boleh membaca buku fizikal sebelum tidur untuk melatih otak agar lebih santai manakala e-buku boleh digunakan ketika dalam perjalanan ke sekolah.

    Budaya membaca kekal hidup

    Membaca adalah jambatan ilmu, tidak kira menerusi apa-apa medium sekalipun. Tetapi membaca buku fizikal membawa kita lebih dekat dengan tradisi sekali gus mengekalkan nostalgia yang tidak boleh ditukar ganti. – RELEVAN

    Previous ArticleFakta semesta: Hujan berlian di Uranus dan Neptun
    Next Article Pentingnya menuntut ilmu dengan beradab

    Artikel berkaitan

    Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

    March 27, 2026

    Masa terbaik untuk puasa enam dan puasa ganti

    March 26, 2026

    Cuaca membahang, ini cara lindungi diri daripada strok haba

    March 25, 2026

    Iftar Murabbi didik kebersamaan pelajar dan guru

    March 25, 2026

    Berdosakah ‘pau’ duit raya anak ?

    March 24, 2026

    Dompet ‘kering’ selepas raya? Ini cara kembali kawal kewangan

    March 23, 2026
    Artikel Terkini

    Baik buruk ‘job hopping’ yang perlu anda tahu

    March 27, 2026

    Masa terbaik untuk puasa enam dan puasa ganti

    March 26, 2026

    Cuaca membahang, ini cara lindungi diri daripada strok haba

    March 25, 2026

    Iftar Murabbi didik kebersamaan pelajar dan guru

    March 25, 2026

    Berdosakah ‘pau’ duit raya anak ?

    March 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.