Facebook Twitter
    Trending
    • Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya
    • Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas
    • Beli kereta atau rumah dahulu?
    • Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    • James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    • Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    • Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    • Makan durian sambil beringat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025

      Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

      July 7, 2025

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025
    • Kewangan

      Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

      July 17, 2025

      Beli kereta atau rumah dahulu?

      July 14, 2025

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025
    • Pendidikan

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025
    • Kerjaya

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Generasi muda tidak cerewet memilih kerja tetapi…

    Generasi muda tidak cerewet memilih kerja tetapi…

    By Umi FatehahNovember 15, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Generasi muda tidak cerewet memilih kerja tetapi... GAMBAR HIASAN/AMIR KHALID

    BARU-baru ini, terdapat perbincangan di media sosial mengenai kebimbangan bahawa graduan baharu terlalu memilih dalam menentukan pekerjaan selepas menamatkan pengajian.

    Adakah generasi muda sebenarnya cerewet dalam memilih pekerjaan atau ada faktor lain yang menyebabkan mereka berhati-hati dalam pemilihan kerja?

    Realitinya, persepsi bahawa anak muda terlalu memilih kerja tidak menggambarkan keadaan sebenar. 

    Gaji rendah tetapi kos sara hidup meningkat

    Salah satu isu terbesar yang dihadapi oleh golongan muda ialah gaji tidak setimpal dengan kos sara hidup makin meningkat. 

    Menurut laporan New Straits Times, banyak pekerjaan untuk jawatan permulaan tidak menawarkan gaji yang mencukupi untuk menampung keperluan asas seperti sewa rumah, pengangkutan dan makanan. 

    Ia terutamanya dirasai di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur di mana kos sara hidup adalah jauh lebih tinggi.

    Pilihan untuk menolak pekerjaan dengan gaji rendah bukanlah kerana cerewet tetapi kerana tidak mahu terjerat dalam keadaan kewangan yang tidak stabil. Keputusan ini adalah rasional berdasarkan kos hidup yang dihadapi setiap hari.

    Fleksibiliti dan keseimbangan kerja-hidup semakin menjadi keutamaan

    Generasi milenial dan Gen Z memberikan penekanan tinggi terhadap keseimbangan kerja-hidup dan fleksibiliti pekerjaan. 

    Menurut laporan TODAY Online, generasi muda kini lebih memilih pekerjaan yang mempunyai waktu kerja fleksibel atau peluang bekerja dari rumah. Perubahan itu mencerminkan peningkatan kesedaran tentang kepentingan kesihatan mental dan kesejahteraan diri.

    Kebanyakan majikan yang masih memegang kepada budaya kerja lama mungkin melihat sikap ini sebagai malas atau cerewet. 

    Namun, kajian menunjukkan bahawa pekerja yang mempunyai keseimbangan kerja-kehidupan lebih produktif dan kurang cenderung mengalami keletihan melampau.

    Ia menjelaskan mengapa generasi muda tidak lagi menerima budaya kerja yang mengutamakan waktu kerja panjang tanpa henti.

    Pengalaman kerja yang bermakna lebih diutamakan

    Menurut Amazing People, golongan muda bukan sekadar mencari pekerjaan untuk memenuhi keperluan kewangan tetapi mereka juga mencari pengalaman kerja yang bermakna. 

    Mereka mahukan pekerjaan yang memberikan peluang untuk belajar, berkembang dan memberi impak positif kepada masyarakat. Itu bukan bermakna generasi muda terlalu memilih tetapi ia merupakan satu pendekatan yang bijak dalam membina kerjaya yang boleh bertahan lama.

    Sebagai contoh, mereka lebih rela menunggu peluang selaras dengan minat mereka daripada menerima pekerjaan yang tidak ada peluang perkembangan kerjaya.

    Generasi kini percaya bahawa pengalaman kerja yang baik akan memberi mereka kelebihan dalam jangka panjang walaupun perlu menolak beberapa tawaran pada awalnya.

    Perubahan keutamaan mengikut fasa kehidupan

    Keutamaan dalam memilih pekerjaan juga berubah mengikut fasa kehidupan. Pada peringkat awal bekerja, ramai anak muda lebih cenderung mencari pekerjaan yang menawarkan fleksibiliti dan peluang untuk berkembang. 

    Namun, apabila mereka memasuki fasa kehidupan yang lebih matang seperti berkahwin atau mempunyai anak, keutamaan mereka cenderung beralih kepada kestabilan kewangan.

    Laporan dari The Edge Malaysia menunjukkan bahawa pada fasa tersebut, anak muda lebih bersedia menerima pekerjaan yang mungkin kurang menarik tetapi menawarkan gaji yang stabil. 

    Keputusan itu dibuat berdasarkan keperluan untuk menampung keluarga dan memastikan kestabilan kewangan jangka panjang.

    Adakah majikan bersedia untuk lakukan perubahan?

    Majikan yang mahu menarik dan mengekalkan bakat muda perlu mengubah pendekatan mereka. Banyak syarikat telah mula menawarkan waktu kerja fleksibel, peluang bekerja dari rumah serta program pembangunan diri yang komprehensif. 

    TODAY Online turut melaporkan bahawa usaha kecil seperti tidak mengganggu selepas waktu kerja dapat meningkatkan kepuasan pekerja dan mengurangkan kadar pekerja berhenti kerja.

    Perubahan dalam pendekatan ini menunjukkan bahawa majikan perlu bersedia untuk menyesuaikan diri dengan keperluan pekerja generasi muda yang lebih mengutamakan kesejahteraan diri dan nilai pekerjaan yang bermakna. 

    Hanya dengan cara itu mereka dapat mengekalkan daya saing dalam pasaran kerja yang semakin mencabar.

    Generasi muda bukanlah memilih kerja tanpa sebab – mereka menilai pekerjaan berdasarkan beberapa faktor penting seperti gaji yang setimpal, peluang perkembangan diri serta keseimbangan kerja-kehidupan. – RELEVAN

    featured generasi muda kerja kerjaya memilih kerja
    Artikel Terkini

    Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

    July 17, 2025

    Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

    July 16, 2025

    Beli kereta atau rumah dahulu?

    July 14, 2025

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    July 11, 2025

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    July 9, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.