Facebook Twitter
    Trending
    • Sedang di ‘fasa luteal’ ? ini 8 cara untuk mengawalnya
    • Belum daftar MyDigital ID? Jangan tangguh sehingga terlambat
    • Petua simpan barang basah agar tahan lebih lama
    • Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda
    • Risiko guna telefon sambil makan
    • Selalu baran? Ini cara kawal perasaan agar tidak dibenci orang sekeliling
    • Sendawa tak berhenti? Ia mungkin petanda masalah kesihatan ini
    • Tanda anda sedang bahagia dengan pekerjaan sekarang
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Sedang di ‘fasa luteal’ ? ini 8 cara untuk mengawalnya

      May 1, 2026

      Risiko guna telefon sambil makan

      April 29, 2026

      Sendawa tak berhenti? Ia mungkin petanda masalah kesihatan ini

      April 29, 2026

      Perut buncit walaupun kurang makan? Ini punca sebenar 

      April 23, 2026

      5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah

      April 22, 2026
    • Kewangan

      Petanda anda perlu mula buat ‘side income’

      April 27, 2026

      FOMO beli barang mewah? Kenapa susah lawan nafsu dan cara atasinya

      April 27, 2026

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026

      Cara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah

      April 23, 2026

      Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

      April 20, 2026
    • Pendidikan

      Belum daftar MyDigital ID? Jangan tangguh sehingga terlambat

      May 1, 2026

      Petua simpan barang basah agar tahan lebih lama

      April 30, 2026

      Selalu baran? Ini cara kawal perasaan agar tidak dibenci orang sekeliling

      April 29, 2026

      Bahaya letak 10 barang ini di atas peti ais

      April 21, 2026

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026
    • Kerjaya

      Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

      April 30, 2026

      Tanda anda sedang bahagia dengan pekerjaan sekarang

      April 28, 2026

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026

      Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

      April 24, 2026

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Penyakit Minamata dan keracunan metil merkuri

    Penyakit Minamata dan keracunan metil merkuri

    By Zahra Mohamad ZhahirAugust 26, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Penyakit Minamata
    Salah seorang penduduk Minamata yang mengalami kecacatan kekal akibat keracunan metil merkuri. - GAMBAR HIASAN/RESEARCHGATE

    PADA sekitar tahun 1950-an, satu penyakit misteri telah menggemparkan penduduk di bandar Minamata, Jepun.

    Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun didapati mengalami simptom neurologikal yang sangat pelik.

    Ketika dibawa ke hospital, badan gadis tersebut tersentak-sentak seperti mengalami sawan. Dalam masa sama, kanak-kanak tersebut juga mengalami kesukaran untuk bercakap dan berjalan.

    Tidak lama kemudian, tiga lagi pesakit dikejarkan ke hospital setelah mengalami simptom sama.

    Perkara itu menimbulkan panik dalam kalangan penduduk Minamata yang pada waktu itu percaya bahawa penyakit tersebut boleh berjangkit.

    Susulan kemunculan penyakit misteri itu, Pusat Kesihatan Awam Minamata telah menubuhkan pasukan khas untuk membuat siasatan lanjut.

    Mereka mendapati, terdapat 54 kes termasuk 17 kematian sejak kemunculan penyakit tersebut pada Disember 1953.

    Pada masa sama, bandar Minamata turut mengalami bencana alam yang pelik. Kucing-kucing di jalanan mati secara misteri. Ikan pula mula terapung pada permukaan air.

    Siasatan Pusat Kesihatan Awam Minamata mendapati penghidap ‘penyakit misteri’ tersebut hampir kesemuanya tinggal di persisiran Laut Shiranui.

    Malah, kebanyakan penduduk Minamata adalah nelayan dan hampir semuanya makan ikan dan kerang-kerangan setiap hari.

    Perkara tersebut telah menarik perhatian pakar dari Pasukan Penyelidik Universiti Kumamoto. Mereka telah bekerjasama dengan Pusat Kesihatan Awam Minamata untuk mencari punca sebenar penyakit misteri yang melanda bandar kecil tersebut.

    Keracunan logam berat

    Pada 3 November 1956, Pasukan Penyelidik Universiti Kumamoto mengesahkan bahawa penyakit misteri tersebut bukanlah penyakit yang berjangkit. Tetapi, ia berlaku disebabkan keracunan sejenis logam berat.

    Logam berat tersebut memasuki badan ikan serta kerang-kerangan di kawasan Laut Shiranui dan secara tidak sedar telah meracuni penduduk di kawasan sekitarnya.

    Mereka percaya Laut Shiranui telah tercemar dengan logam berat tertentu dalam kepekatan yang membimbangkan.

    Bagaimanapun, pada ketika itu, pakar masih belum dapat mengenal pasti logam berat apa yang mencetuskan simptom misteri yang dialami penduduk Minamoto.

    Pada 22 Julai 1959, Profesor Tadao Takeuchi dari Pasukan Penyelidik Universiti Kumamoto akhirnya mengesahkan penyakit tersebut berlaku disebabkan keracunan metil merkuri.

    Menurutnya, penyakit tersebut berpunca daripada pembuangan bahan kimia secara haram oleh sebuah kilang milik Chisso Corporation. Penyakit misteri tersebut kemudian dinamakan sebagai Penyakit Minamata.

    Mereka mendapati, logam berat yang dibuang ke dalam laut meresap ke dalam rumpai. Kemudian, rumpai tersebut dimakan pula oleh ikan dan diserap kerang-kerangan.

    Proses tersebut turut dikenali dengan nama bioakumulasi. Lama kelamaan, kepekatan merkuri dalam badan ikan menjadi terlalu tinggi sehingga menyebabkan ikan-ikan tersebut mati.

    Proses bioakumulasi akan memberi impak terhadap haiwan atau manusia yang bertubuh kecil terlebih dahulu. Sebab itulah, kucing dan juga kanak-kanak merupakan antara yang pertama menunjukkan simptom.

    Artikel berkaitan: Mengenang Porygon: 600 kanak-kanak diserang sawan kerana Pokemon

    Artikel berkaitan: Semut pura-pura mati untuk selamatkan diri?

    Buang merkuri ke dalam laut selama 36 tahun

    Setelah pengumuman tersebut dibuat, satu siasatan telah dijalankan terhadap Chisso Corporation yang telah mendirikan kilang di pesisir laut Shiranui.

    Siasatan tersebut mendapati, kilang-kilang milik syarikat itu telah membuang merkuri ke dalam teluk Minamata selama 36 tahun.

    Chisso Corporation telah menggunakan merkuri sebagai pemangkin (catalyst) bagi menghasilkan dua bahan kimia lain, iaitu asetaldehid dan vinil klorida.

    Dianggarkan, mereka telah menghumban hampir 70 hingga 150 tan merkuri yang bercampur dengan cairan buangan kilang ke dalam laut.

    Pakar menemui mendapan sebanyak 1.51 meter padu dengan kepekatan merkuri setinggi 25 ppm pada lantai lautan. Malah, ada beberapa kawasan yang mempunyai mendapan sedalam empat meter.

    Atas kecuaian syarikat tersebut, Chisso Corporation telah diarahkan untuk membayar pampasan kepada semua pesakit.

    Pada 1997, laporan kewangan syarikat tersebut menunjukkan defisit sebanyak 36.4 bilion Yen, bersamaan RM1.09 bilion.

    Perkara tersebut telah menimbulkan kerisauan dalam kalangan penerima pampasan, terutamanya yang masih terjejas dengan penyakit tersebut.

    Bagi mengelakkan masalah dalam bayaran pampasan, kerajaan Jepun telah memberikan bantuan kewangan kepada Chisso Corporation untuk terus menjalankan perniagaan seperti biasa supaya mereka mampu membayar pampasan.

    Malah, mereka juga dibenarkan membayar pampasan secara ansuran.

    Dalam pada itu, Chisso Corporation juga diarahkan untuk terlibat dalam usaha-usaha pembersihan yang dijalankan kerajaan Jepun.

    Tragedi yang membuka mata dunia

    Berikutan tragedi tersebut, peraturan mengenai pembuangan sebarang cairan daripada kilang terus ke dalam laut telah diperketat hampir di seluruh dunia.

    Sejak kes pertama dicatatkan, misteri mengenai penyakit tersebut memakan masa hampir 12 tahun untuk diselesaikan.

    Lebih menggerunkan, kesan keracunan metil merkuri kekal menghantui penduduk Minamata sehingga hari ini.

    Pada penghujung April 2022, sebanyak 2,284 orang pesakit disahkan menghidap penyakit Minamata. 268 orang penghidapnya masih hidup sehingga hari ini. – RELEVAN

    Previous ArticleSejarah dan sains di sebalik pembinaan empangan
    Next Article Kenapa kita perlu hormat Jalur Gemilang?

    Artikel berkaitan

    Sedang di ‘fasa luteal’ ? ini 8 cara untuk mengawalnya

    May 1, 2026

    Belum daftar MyDigital ID? Jangan tangguh sehingga terlambat

    May 1, 2026

    Petua simpan barang basah agar tahan lebih lama

    April 30, 2026

    Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

    April 30, 2026

    Risiko guna telefon sambil makan

    April 29, 2026

    Selalu baran? Ini cara kawal perasaan agar tidak dibenci orang sekeliling

    April 29, 2026
    Artikel Terkini

    Sedang di ‘fasa luteal’ ? ini 8 cara untuk mengawalnya

    May 1, 2026

    Belum daftar MyDigital ID? Jangan tangguh sehingga terlambat

    May 1, 2026

    Petua simpan barang basah agar tahan lebih lama

    April 30, 2026

    Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

    April 30, 2026

    Risiko guna telefon sambil makan

    April 29, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.