Facebook Twitter
    Trending
    • Anak anda mungkin mangsa buli, ini tanda yang perlu diawasi
    • Obesiti makin kritikal, ancaman terhadap kesihatan negara
    • Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan
    • Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya
    • Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang
    • Ketagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan
    • Memartabatkan bahasa melayu, memaknai kemerdekaan
    • 7 Makanan kegemaran ramai yang diam-diam tingkatkan kolesterol
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Obesiti makin kritikal, ancaman terhadap kesihatan negara

      August 19, 2025

      Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan

      August 18, 2025

      Ketagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan

      August 15, 2025

      7 Makanan kegemaran ramai yang diam-diam tingkatkan kolesterol

      August 14, 2025

      Ancaman kanser prostat, tanda awal kanser prostat dan langkah mengatasinya

      August 11, 2025
    • Kewangan

      Merdekakan diri daripada hidup jadi hamba hutang

      August 11, 2025

      Gaji tak cukup, komitmen makin tinggi. Apa nak jadi?

      August 5, 2025

      RMK13: Beri peluang dan bantuan untuk rakyat miliki rumah sendiri

      August 1, 2025

      RMK13: Bantuan kewangan, gaji lebih tinggi dan subsidi bersasar

      July 31, 2025

      RMK13: Tiga fokus utama RMK13

      July 31, 2025
    • Pendidikan

      Anak anda mungkin mangsa buli, ini tanda yang perlu diawasi

      August 19, 2025

      Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya

      August 18, 2025

      Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang

      August 18, 2025

      Memartabatkan bahasa melayu, memaknai kemerdekaan

      August 15, 2025

      Cikgu marah bukan kerana benci

      August 13, 2025
    • Kerjaya

      Umur persaraan 65 tahun: merdeka atau terikat?

      August 14, 2025

      Merdekakan diri daripada beban kerja tak berkesudahan

      August 8, 2025

      Cara ‘tackle’ bos suka mengkritik

      July 25, 2025

      Bermula dengan skru basikal, diteruskan sebagai legasi permotoran global

      July 23, 2025

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tangis, tawa, konfeti rasa dalam teater Persiapan Seorang Aktor

    Tangis, tawa, konfeti rasa dalam teater Persiapan Seorang Aktor

    By Umi FatehahJune 28, 20247 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Tangis, tawa, konfeti rasa dalam teater Persiapan Seorang Aktor. - GAMBAR OLEH SUFIAN ABAS

    TEMPOH hari, saya telah ceritakan serba sedikit tentang latar belakang teater Persiapan Seorang Aktor. 

    Bagi yang tidak tahu tentang teater ini, jemput baca artikel Menziarah isteri seorang aktor yang mabuk seni dan Teater dalam bentuknya yang paling tulen.

    Teater Persiapan Seorang Aktor arahan Dr. Syahrul Musa berkisahkan kehidupan seorang pelakon teater, Sadiq Saufi yang dimainkan Aloy Paradoks dan isterinya, Nina dimainkan oleh Fazleena Hishamuddin. 

    Sadiq mengalami kesukaran untuk menjiwai watak Hamlet, putera Denmark yang malang dan ditimpa banyak ujian. 

    Dia menghadapi banyak cabaran disebabkan watak-watak yang dilakonkannya sebelum ini seolah tidak mengizinkan Hamlet merasuk diri Sadiq. Disebabkan itu, Sadiq yang terlalu obses dengan seni lakonnya melalui hari-hari yang menyedihkan dan terpaksa bergantung kepada isterinya.

    Nina pula tanpa lelah dan jemu terus memberikan semangat dan apa jua jenis sokongan agar suaminya dapat menjiwai watak Hamlet di samping mampu menjalani kehidupan seharian seperti biasa.

    ARTIKEL BERKAITAN: Menziarah isteri seorang aktor yang mabuk seni

    Untuk sesi latihan tempoh hari, saya hanya berkesempatan untuk menonton babak dua. Dalam babak tersebut, saya tidak berpeluang melihat Syahrul berlatih. 

    Kali ini, saya dapat menonton dan menghayati teater tersebut sehingga babak terakhir. Pada babak ketiga, barulah Syahrul membuat kemunculan. Dia memainkan watak sebagai pengarah teater Hamlet, Razak Stanislavski.

    Tibanya saya dan seorang lagi penulis Relevan, Fatin Zahra di Studio Sedar Ruang, Alam Budiman pada jam 8:15 malam, sudah ramai yang berkumpul di bawah menunggu pintu dibuka. 

    Tayangan bermula 8:30 malam, berbaki lagi 15 minit. Ramai yang tunggu dengan wajah ceria, tak sabar mahu melihat kerenah Fazleena dan Aloy.

    Sebagai seorang penduduk Alam Budiman sendiri, ini pertama kali saya lihat begitu ramai orang berkumpul di satu tempat. Perasaan terkejut bercampur dengan teruja bila saya nampak ramai orang-orang hebat malam itu.

    Antaranya pelakon popular, Azhan Rani, pengasas jurnal Svara, Hafiz Jelir, pengarah Metro Crime Series, Megat Sharizal dan ramai lagi. 

    Semasa kami sedang menunggu pintu dibuka di tepi jalan, ada seorang makcik dan anaknya yang memandu kereta Proton X70 Premium berwarna gangsa berhenti di hadapan kami dan bertanya, “ada apa ramai-ramai di sini?”

    Kami pun jawab, “Ada pementasan teater malam ini.”

    “Teater apa?” tanya dia kembali.

    “Teater Persiapan Seorang Aktor,” jawab kami serentak. 

    “Eh, kenapa saya tidak tahu apa-apa pun pasal (teater) ini? Di mana saya boleh dapatkan maklumat dan beli tiket?” tanya dia dengan nada teruja. 

    Anaknya sudah cemas dan tersenyum kelat melihat ibunya banyak pula tanya. Kereta lain yang beratur di belakang mereka bukan main banyak lagi. Maklumlah, waktu puncak ramai yang dalam perjalanan untuk pulang ke rumah.

    “Makcik Google sahaja nama teater ini. Nanti akan ada maklumat dan laman web pembelian tiket,” jawab Fatin. 

    Kami sebenarnya bukan malas layan tapi malu alah kerana sudah ada kereta mengehon di belakang. Kalau boleh, memang kami nak suruh dia buka portal Relevan dan baca artikel berkaitan teater ini. 

    ARTIKEL BERKAITAN: Teater dalam bentuknya yang paling tulen

    Tidak lama selepas itu, makcik Proton X70 Premium berwarna gangsa dan anaknya pun beredar.

    Tengok kehadiran orang ramai di studio itu sahaja sudah cukup untuk buat makcik itu nak beli tiket. Saya harap, dia betul-betul beli tiket teater ini. Saya boleh jamin, dia takkan menyesal dan akan berterima kasih kepada kami sebab mempromosikan teater tersebut di tepi jalan. 

    Pengalaman penuh menonton Persiapan Seorang Aktor

    Dalam artikel ini, saya akan tulis ulasan sebagai seorang yang tidak berpengalaman menonton teater, tanpa memberi spoiler. Mungkin agak sukar kerana kalau boleh saya nak ceritakan dari awal sampai habis tetapi tidak adil begitu. 

    Bila dapat tengok teater ini sepenuhnya, barulah saya faham jalan ceritanya. Ketika saya menonton sesi latihan mereka, saya sudah teruja. Dapat tengok sampai habis, lagilah saya teruja!

    Tanpa pengalaman menonton teater, ada kemungkinan besar pengalaman saya ini jadi berat sebelah. 

    Ini merupakan teater pertama yang saya tonton dan saya pula minat sangat dengan Fazleena; Fatin juga begitu. Siapa sahaja tidak jatuh hati melihat Fazleena tersenyum manis sehingga matanya pun jadi kecil.

    Tetapi penghakiman dan pengalaman saya tidak berat sebelah. Ia sepenuhnya seronok dan mengujakan untuk saya, penikmat teater kali pertama. Dan saya yakin, 60 orang penonton yang memenuhi ruang intim itu bersetuju dengan pendapat saya.

    Kalau boleh saya tidak mahu kerdipkan mata kerana takut terlepas pandang gelagat Aloy dan Fazleena. 

    Dalam artikel sebelum ini, saya ada tulis “dapat melihat gelagat mereka dalam jarak yang dekat seperti melihat ibu dan ayah di rumah.” 

    Sepanjang tayangan itu, mereka tidak dinafikan berjaya memukau para penonton untuk percaya bahawa mereka memang suami isteri. Azhan Rani juga cakap benda yang sama dalam hantaran di Instagramnya. Keserasian mereka luar biasa! 

    Tulang pipi saya sakit

    Tulang pipi saya sakit sebab asyik gelak terbahak-bahak. Sambil gelak, saya urut-urut pipi saya. Saya hanya dapat berehat beberapa minit sahaja sebelum sambung ketawa lagi. 

    Saya rasa semua sudah sedia maklum Aloy sangat kelakar orangnya. Lawak dan gelagatnya yang bersahaja buat semua penonton geli hati dan tak kering gusi.

    Nasib baik saya bawa botol air, boleh basahkan tekak untuk sambung ketawa lagi. Sesekali, saya dan Fatin tertawa sambil bertepuk tampar. Terhibur betul.

    Tetapi, apa yang lebih menarik, Fazleena juga berjaya melontarkan punchline yang kelakar! Siapa sangka wanita bertubuh kecil dan sopan santun itu boleh melawak. 

    Saya tidak mahu sebut secara spesifik dialog apakah yang Fazleena cakap sehingga seluruh studio itu bergegar dengan tawa. Menurutnya, itu dialog spontan. Syahrul juga tidak dapat menahan ketawa. Hebat betul boleh buat orang ketawa tanpa sengaja. 

    Hampir lupa satu lagi elemen kelakar. Kalau anda ingat, minggu lepas tular satu hantaran daripada penerbit drama tersohor, Datuk Saniboey Mohd Ismail yang memaparkan tangkap layar WhatsApp miliknya dengan seorang lagi penerbit di mana mereka berbincang tentang Aloy.

    Dalam perbualan itu, penerbit yang tidak didedahkan namanya berkata, Aloy tidak mempunyai kredibiliti sebagai hero untuk drama bersiri itu. Katanya lagi, wajah dan penampilan Aloy hanya sesuai untuk watak biasa, seperti orang awam.

    Sepanjang pementasan teater pada malam itu, ada beberapa kali mereka bergurau senda tentang isu tersebut. 

    “Kau dahlah muka awam!” jerit Razak kepada Sadiq. Penonton semua mengilai ketawa kerana mereka faham asas lawak itu. 

    Melihat mereka bergurau tentang isu tersebut, saya faham bahawa mereka tahu nilai Aloy dan tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh penerbit itu. 

    Siapa yang memandang rendah kepada Aloy dan mahu mengenali siapa sebenarnya lelaki berkepala hampir botak ini, beli tiket dan tengok teater Persiapan Seorang Aktor. Mungkin anda akan lebih faham mengapa Aloy jauh lebih layak untuk menyandang watak utama dalam siri TV3 itu.

    Ada masa ketawa, ada masa bergenang air mata

    Sudah puas ketawa, kita bergenang air mata pula. Pada babak terakhir, Aloy muncul di bawah cahaya dalam kegelapan memakai jaket Bocskai (baju tradisional Hungary) berwarna hitam dan mengenakan tengkolok. 

    ALOY memakai jaket Bocskai pada babak terakhir.

    Pada ketika itu, Aloy menyampaikan dialog sehingga mukanya merah dan air mata mula mengalir. Di samping tersentuh mendengar dialog, sebagai seorang yang empath, saya turut mengalirkan air mata.

    Pada awalnya saya kurang faham babak ini. Setelah ditelaah dan menghayati, saya rasa puas sebab akhirnya dapat faham apa yang berlaku dan ingin disampaikan.

    Aloy ini hebat, bukan? Mampu buat orang ketawa dan menangis hanya selang beberapa minit. 

    Tidak lupa juga kehebatan Syahrul. Sebagai Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Seni Persembahan, Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan berpengalaman melakonkan teater, persembahannya juga luar biasa.

    Sosok penampilannya kelihatan seperti seorang lelaki gagah yang santai. Tetapi babak di mana dia menjerit memarahi Sadiq buat saya seram sejuk. 

    Kepuasan dua orang penikmat teater kali pertama

    Sebenarnya, dalam perjalanan pergi ke studio berlaku kemalangan kecil. Saya terlanggar kereta makcik jiran sebelah rumah semasa sedang mengundur. Panik, takut dimarahi, semua perasaan ada. 

    Tetapi teater ini berjaya buat saya lupa perkara itu buat sementara waktu. 

    Setelah tamat pementasan teater tersebut, saya dan Fatin berkunjung ke mamak berdekatan untuk mengisi perut. Sepanjang tempoh menunggu maggie goreng telur mata sampai dan sambil makan, kami tak henti-henti bercakap tentang teater itu. 

    Puas, seronok dan mahu tengok lagi.

    Tiga perkataan itu cukup untuk menceritakan pengalaman kami. Fatin mahu ajak rakannya menonton pada hari Sabtu. Saya pula bercadang mahu bawa ibu saya tonton teater ini pada hari Ahad. 

    “Nak tengok lagilah!” jerit kami serentak.

    Teater ini sudah mula ditayangkan bermula 27 Jun (Khamis) hingga 30 Jun (Ahad) pada jam 8:30 malam. Saya nak hasut anda semua untuk tonton teater ini juga. Pembelian tiket boleh dilakukan di https://teaterpsasedarruang.peatix.com/. 

    Satu sesi terhad kepada 60 penonton sahaja. Jangan lengahkan masa, takut habis pula tiket nanti. – RELEVAN

    aloy paradoks fazleena hashim featured pendidikan teater persiapan seorang aktor

    Artikel berkaitan

    Anak anda mungkin mangsa buli, ini tanda yang perlu diawasi

    August 19, 2025

    Obesiti makin kritikal, ancaman terhadap kesihatan negara

    August 19, 2025

    Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan

    August 18, 2025

    Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya

    August 18, 2025

    Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang

    August 18, 2025

    Ketagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan

    August 15, 2025
    Artikel Terkini

    Anak anda mungkin mangsa buli, ini tanda yang perlu diawasi

    August 19, 2025

    Obesiti makin kritikal, ancaman terhadap kesihatan negara

    August 19, 2025

    Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan

    August 18, 2025

    Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya

    August 18, 2025

    Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang

    August 18, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.