Facebook Twitter
    Trending
    • Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?
    • Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?
    • 6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia
    • Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?
    • Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap
    • Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza
    • Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?
    • 10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026

      Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza

      February 28, 2026

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026
    • Kewangan

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026

      Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

      March 3, 2026

      Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

      March 2, 2026

      Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

      February 26, 2026

      Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

      February 25, 2026
    • Pendidikan

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Panduan lengkap pertukaran jurusan untuk pelajar IPTA

    Panduan lengkap pertukaran jurusan untuk pelajar IPTA

    By Umi FatehahJune 28, 20246 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Panduan lengkap pertukaran jurusan untuk pelajar IPTA. - GAMBAR HIASAN UTUSAN

    HARI ini, 28 Jun 2024, keputusan permohonan Unit Pusat Universiti (UPU) telah diumumkan. Ada yang menerima khabar gembira dan ada juga terpaksa menelan pahit kerana tidak berjaya mendapat sebarang tawaran.

    Bukan itu sahaja, ada dalam kalangan pelajar yang menerima tawaran kursus yang kurang diminati menyebabkan mereka berada dalam dilema.

    Persoalannya, adakah pelajar-pelajar yang tidak mendapat kursus diidamkan boleh menukar jurusan?

    Jawapannya, ya. Akan tetapi, ia tertakluk kepada syarat dan kekosongan tempat di universiti masing-masing.

    Namun begitu, ada juga institusi pengajian tinggi Awam (IPTA) yang tidak membenarkan pelajar untuk menukar jurusan. 

    IPTA yang tidak membenarkan menukar jurusan/IPTA lain

    Menurut Portal Kemasukan Universiti Teknologi MARA (UiTM), pelajar yang menerima tawaran pengajian di UiTM tidak dibenarkan untuk menukar jurusan atau menukar IPTA seperti yang tertakluk di dalam Peraturan Akademik UiTM.

    Merujuk kepada Buku Panduan Akademik Universiti Malaysia Pahang (UMP) pula, pelajar tidak dibenarkan untuk menukar program pengajian. 

    Tetapi ada pengecualian di mana pelajar tersebut menerima kebenaran Senat dengan justifikasi yang boleh diterima dan keperluan pertukaran program akan dipertimbangkan. Justifikasi yang boleh diterima termasuklah pelaksanaan pendidikan fleksibel oleh universiti.

    Pelajar yang mendapat tawaran di Universiti Malaya (UM) juga tidak dibenarkan untuk menukar program. Akan tetapi, pertimbangan permohonan pertukaran program adalah tertakluk kepada syarat universiti ini. 

    Semak syarat kelayakan di Perlembagaan Universiti Malaya, muka surat 12.

    Selain itu, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) turut tidak membenarkan untuk menukar jurusan. Namun permohonan rayuan pertukaran program pengajian boleh dipertimbangkan dengan alasan-alasan yang kukuh dan tertakluk kepada syarat-syarat tertentu.  

    Pelajar boleh semak syarat di Buku Peraturan Akademik UniMAP.

    Berikut, Relevan menyenaraikan IPTA yang menawarkan pilihan untuk menukar jurusan. Perlu diingat, sebelum melakukan permohonan pastikan para pelajar sudah meneliti syarat yang dikehendaki oleh setiap universiti.

    IPTA yang membenarkan menukar jurusan/IPTA lain

    • Universiti Putra Malaysia (UPM)

    Pelajar perlu mendapat kelulusan dan sokongan daripada pihak fakulti atau institut asal dan fakulti atau institut yang dikehendaki. 

    Pelajar juga perlu mendapatkan kelulusan daripada penyelia terdahulu serta yang baharu. 

    Permohonan pelajar ini akan dipertimbangkan dan diluluskan.

    Para pelajar boleh merujuk kepada prosedur pertukaran bidang UPM untuk syarat-syarat kelayakan. 

    • Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

    Permohonan pertukaran program pengajian hendaklah dikemukakan kepada Timbalan Naib

    Canselor (Akademik dan Antarabangsa) secara bertulis melalui Dekan mulai semester kedua pengajian.

    Ini bermakna, pelajar semester pertama pengajian tidak dibenarkan memohon pertukaran program. 

    Permohonan pertukaran program boleh dilakukan mulai semester kedua pengajian hingga semester keempat pengajian sahaja. Sekiranya permohonan diluluskan, pelajar akan mengikuti program baharu pada semester berikutnya.

    Borang Pertukaran Program boleh didapatkan di pautan yang disediakan. Para pelajar juga dinasihatkan untuk merujuk syarat-syarat lain sebelum memfailkan permohonan.

    • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

    Permohonan boleh dibuat semasa semester pertama pengajian anda. Jawatankuasa Kecil Pertukaran Program (COP) hanya akan mempertimbangkan dan membuat keputusan selepas keputusan semester pertama dikeluarkan.

    Pelajar perlu membayar RM100 yuran pentadbiran untuk pemprosesan. Pemohon akan dimaklumkan keputusan selewat-lewatnya pada minggu pertama semester baharu. Permohonan boleh dilakukan menerusi Portal Pelajar (i-ma’aluum).

    Rujuk Buku Peraturan Penukaran Program UIAM di pautan yang disediakan.

    • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

    Bagi UPNM, sekiranya melibatkan dua fakulti yang berbeza, permohonan perlu mendapat perakuan dan pelepasan daripada kedua-dua belah pihak. Walau bagaimanapun, kelulusan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat. 

    Para pelajar boleh menyemak syarat kelayakan lain di Peraturan Akademik UPNM, muka surat 16.

    • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

    Universiti boleh mempertimbangkan permohonan pelajar untuk pertukaran program pengajian dalam fakulti atau antara fakulti bergantung kepada syarat-syarat yang ditetapkan.

    Semak syarat kelayakan dan isi borang permohonan di Buku dan Borang Tukar Program.

    • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

    Pelajar perlu membuat permohonan secara rasmi kepada Bahagian Pengurusan Akademik selewat-lewatnya sebelum minggu kedua awal semester.

    Pelajar perlu menyertakan salinan keputusan peperiksaan SPM, STPM/Setaraf, Diploma/Setaraf, MUET, salinan surat tawaran dan dokumen sokongan yang lain.

    Rujuk Garis Panduan Pertukaran Program Pengajian UKM sebelum melakukan permohonan.

    • Universiti Sains Malaysia (USM)

    USM menubuhkan Pertukaran Rancangan Pengajian (PRP) untuk memberi peluang kepada pelajar bagi membuat permohonan menukar Rancangan Pengajian yang diterima kepada Rancangan Pengajian lain.

    Pelajar dikehendaki untuk membayar caj yuran permohonan kepada Jabatan Bendahari. Resit bayaran hendaklah dilampirkan bersama-sama dengan surat permohonan. Rujuk pautan Pertukaran Rancangan Pengajian USM untuk informasi lanjut. 

    • Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

    Pelajar UMT hanya dibenarkan untuk menukar program dalam aliran yang sama iaitu Aliran Sains kepada Aliran Sains dan Aliran Sastera kepada Aliran Sastera.

    Para pelajar boleh hubungi bahagian akademik UMT untuk dapatkan pengesahan kerana pautan yang tersedia di portal UMT mengalami masalah teknikal.

    • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

    Kebenaran untuk menukar program dalam fakulti yang sama dan penentuan semester bagi memulakan program baharu yang terlibat adalah tertakluk kepada kelulusan Dekan Fakulti. 

    Gred Penilaian kursus-kursus yang telah diikuti dalam program sebelumnya akan lupus kecuali kursus yang diluluskan untuk pemindahan gred oleh program penerima.

    Para pelajar dinasihatkan untuk melakukan pembacaan syarat dengan lebih teliti di peraturan akademik UNIMAS.

    • Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

    Merujuk kepada Peraturan Akademik UMK, pelajar perlu mengikuti satu semester pengajian di universiti dan status akademik pemohon mesti sekurang-kurangnya dalam Keadaan Baik (KB).

    • Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)

    Pelajar perlu menghantar Borang Permohonan Pertukaran Program UNISZA yang lengkap kepada fakulti pada semester semasa, bermula minggu ke-10 sehingga minggu kedua pada semester yang berikutnya. 

    • Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)

    UTeM juga menyediakan peluang kepada pelajar untuk menukar program pengajian. Semak syarat-syarat terlebih dahulu sebelum menghantar permohonan. Borang permohonan boleh dimuat turun melalui pautan yang diberikan. 

    • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

    Bagi pelajar peringkat Diploma yang ingin menukar program, permohonan boleh dilakukan dalam tempoh dua minggu selepas tarikh permulaan semester pertama. 

    Manakala bagi pelajar peringkat Ijazah, permohonan pertukaran program hendaklah dibuat dalam tempoh dua minggu dari tarikh permulaan semester kedua.

    Untuk semakan lanjut, rujuk Peraturan Akademik UTHM di pautan yang diberikan.

    • Universiti Utara Malaysia (UUM)

    Pelajar yang ingin menghantar permohonan pertukaran program perlu sekurang-kurangnya menjalani satu semester dan memperoleh purata nilai gred keseluruhan (PNGK) di bawah 2.5.

    Akan tetapi, keutamaan diberikan kepada pelajar yang mendapat status Lulus Bersyarat (LB) dan Semester Ulangan.

    Semak syarat-syarat lain dengan lebih teliti di pautan Soalan Lazim UUM.

    • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

    Bagi pelajar yang mendapat penempatan di USIM, permohonan boleh dilakukan bermula semester kedua hingga semester empat, kecuali bagi program perubatan dan pergigian.

    Pelajar daripada Aliran Sastera dibenarkan untuk menukar program ke Aliran Sains. Akan tetapi, pelajar Aliran Sains tidak dibenarkan untuk menukar kepada Aliran Sastera. Semak syarat lain dengan lebih lanjut dalam garis panduan yang disediakan. – RELEVAN

    Previous ArticleCalon gagal UPU diberi masa 10 hari buat rayuan, ikuti langkah ini
    Next Article Tangis, tawa, konfeti rasa dalam teater Persiapan Seorang Aktor

    Artikel berkaitan

    Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

    March 3, 2026

    Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

    March 3, 2026

    6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

    March 3, 2026

    Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

    March 2, 2026

    Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

    March 2, 2026

    Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza

    February 28, 2026
    Artikel Terkini

    Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

    March 3, 2026

    Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

    March 3, 2026

    6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

    March 3, 2026

    Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

    March 2, 2026

    Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

    March 2, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.