Facebook Twitter
    Trending
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    • Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    • Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar
    • 150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

      June 16, 2025

      150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

      June 16, 2025
    • Kerjaya

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Beli kereta pertama dengan skim khas graduan baharu

    Beli kereta pertama dengan skim khas graduan baharu

    By Umi FatehahJune 11, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Beli kereta pertama dengan skim khas graduan baharu. - GAMBAR HIASAN/AMIR KHALID

    MEMBELI kereta pertama sebagai graduan baharu mempunyai beberapa pandangan yang bercanggah. Ada yang kata tidak perlu lagi dan ada juga yang berkata tidak ada salahnya.

    Sebenarnya, ia terpulang kepada sama ada kereta itu menjadi keperluan atau tidak. Apabila graduan sudah mula bekerja, pasti ada yang buntu memikirkan kenderaan untuk perjalanan ulang-alik ke tempat kerja.

    Kalau tempat kediaman berdekatan dengan pengangkutan awam, mungkin anda masih belum memerlukan kereta. Atau bagi yang menetap bersama keluarga, ada yang boleh menghantar dan menjemput. Bagi kedua-dua situasi ini, anda masih belum memerlukan kereta sendiri.

    Tetapi, sekiranya rumah jauh dari pengangkutan awam dan tidak ada orang yang boleh menghantar dan menjemput, maka anda memerlukan kereta sendiri. Mahu bergantung dengan e-hailing pula akan memakan kos yang tinggi.

    Sudah membuat keputusan untuk beli kereta? Ada lagi satu perkara yang anda perlu fikirkan. Disebabkan graduan universiti baru sahaja mula bekerja, pasti anda mempunyai simpanan yang mencukupi untuk membeli kereta. 

    Jangan risau, tahukah anda terdapat Skim Graduan yang disediakan oleh beberapa bank tempatan yang boleh membantu pelajar lepasan universiti untuk memiliki kenderaan?

    Relevan menghuraikan tip untuk memiliki kereta pertama bagi graduan baharu bersama Pegawai Sokongan Jualan di Bank Islam, Nurul Hazira Azman.

    Apa itu skim graduan baharu?

    Skim graduan ini ditubuhkan untuk memberi peluang kepada graduan baharu memiliki kereta pertama. Bezanya, pinjaman biasa dengan skim ini ialah pemohon tidak perlu mempunyai apa-apa komitmen.

    Apakah syarat untuk memohon di bawah skim graduan baharu?

    Setiap bank mempunyai syarat-syarat yang berbeza. Tetapi secara umumnya, jika anda berumur 20 hingga 30 tahun dan bekerja kurang daripada setahun, anda sudah layak memohon skim graduan. 

    Anda perlu sekurang-kurangnya tamat pelajar pada peringkat diploma atau ijazah (bergantung kepada syarat setiap bank) daripada pusat pengajian tinggi tempatan dan luar negara yang diperakui. 

    Pastikan anda sudah tamat pengajian dengan rasmi supaya fakulti atau pihak universiti boleh mengeluarkan surat tamat pengajian.

    Syarat seterusnya ialah tidak pernah memiliki kereta sendiri. Jika sebelum ini sudah pernah memiliki kereta sendiri, anda tidak layak untuk memohon skim graduan baharu yang ditawarkan oleh mana-mana bank.

    Anda juga perlu mempunyai pendapatan tetap sekurang-kurangnya RM1,800 ke atas.

    Sekiranya anda masih mempunyai tunggakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), langsaikan segala tunggakan baru layak untuk memohon skim graduan baharu. Hal ini kerana, untuk memohon skim ini anda perlu bebas daripada mempunyai masalah tunggakan PTPTN. 

    Apakah dokumen yang diperlukan?

    • Wajib menyediakan salinan kad pengenalan.
    • Wajib melampirkan salinan lesen memandu, sekurang-kurangnya lesen P.
    • Wajib mempunyai transkrip mini atau surat tamat pengajian.
    • Jika sudah menerima gaji pertama, serahkan salinan slip gaji bersama dokumen wajib yang lain.
    • Jika mempunyai kad pekerja atau kad perubatan kerja, lampirkan bersama salinan kad tersebut.

    Buat para siswazah yang baru sahaja menamatkan pelajaran dan ingin memiliki kereta pertama, gunakan peluang dan bantuan yang disediakan oleh bank-bank yang menawarkan skim ini. 

    Dalam artikel seterusnya, Relevan akan kongsikan bagaimana mahu memilih kereta yang bersesuaian dengan gaji. Jadi, pastikan anda semua terus layari relevan.com.my dan ikuti TikTok kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut. – RELEVAN

    beli kereta featured graduan baharu kereta kewangan
    Artikel Terkini

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025

    99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

    June 24, 2025

    Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

    June 23, 2025

    Mampukah generasi kita beli rumah?

    June 19, 2025

    Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

    June 18, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.