Facebook Twitter
    Trending
    • RMK13: Beri peluang dan bantuan untuk rakyat miliki rumah sendiri
    • RMK13: Malaysia jadi negara AI, hak pendidikan untuk Orang Asli dan OKU
    • RMK13: Arah baharu untuk Malaysia lebih sihat, selamat
    • RMK13: Bantuan kewangan, gaji lebih tinggi dan subsidi bersasar
    • RMK13: Tiga fokus utama RMK13
    • Belum cukup umur, tidak perlu ada media sosial
    • Miskin masa vs miskin duit: Mana lebih penat?
    • 6 cara kekal cergas tanpa perlu ke gim
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      RMK13: Arah baharu untuk Malaysia lebih sihat, selamat

      July 31, 2025

      6 cara kekal cergas tanpa perlu ke gim

      July 28, 2025

      Cuci muka terlalu kerap buat kulit cepat berkedut!

      July 24, 2025

      Dah lama tak buat scaling? Jangan tunggu sakit baru cari doktor gigi

      July 22, 2025

      Manfaat matcha berbanding kopi yang ramai tak tahu

      July 22, 2025
    • Kewangan

      RMK13: Beri peluang dan bantuan untuk rakyat miliki rumah sendiri

      August 1, 2025

      RMK13: Bantuan kewangan, gaji lebih tinggi dan subsidi bersasar

      July 31, 2025

      RMK13: Tiga fokus utama RMK13

      July 31, 2025

      Miskin masa vs miskin duit: Mana lebih penat?

      July 29, 2025

      Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

      July 17, 2025
    • Pendidikan

      RMK13: Malaysia jadi negara AI, hak pendidikan untuk Orang Asli dan OKU

      August 1, 2025

      Belum cukup umur, tidak perlu ada media sosial

      July 30, 2025

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025
    • Kerjaya

      Cara ‘tackle’ bos suka mengkritik

      July 25, 2025

      Bermula dengan skru basikal, diteruskan sebagai legasi permotoran global

      July 23, 2025

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Imbuhan misteri bernama sisipan: fungsi dan maknanya

    Imbuhan misteri bernama sisipan: fungsi dan maknanya

    By June 6, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    IMBUHAN sisipan mempunyai fungsi dan maknanya yang tersendiri. - GAMBAR RELEVAN/FARIS IDERIS

    SEMUA imbuhan lain berada di luar kata dasar. Baik imbuhan awalan, akhiran atau apitan; mereka tak menyibuk mahu menyelit di celah-celah huruf perkataan lain.

    Tapi tidak untuk imbuhan sisipan. Imbuhan berbaka langka ini (hanya ada empat, itupun salah satunya hanya wujud dalam satu perkataan) tidak malu untuk menghadirkan dirinya dalam kata dasar sehingga umat manusia terkeliru – ingatkan perkataan dengan imbuhan sisipan memang kata dasar yang asal.

    Lihat bagaimana lazimnya kita menggunakan perkataan seperti gemilang, selerak, serabut dan kelemumur. Tak seperti kata terbitan (perkataan yang diletakkan imbuhan) lain, kita boleh terus nampak yang mana imbuhan, yang mana kata dasar. 

    Ya, kata dasar untuk kelemumur ialah kemumur.

    Bagai ninja, imbuhan sisipan menyelit di celah kata dasar, duduk dan menetap sampai orang tak perasan kehadirannya.

    Empat bentuk

    Kalau anda selak buku tatabahasa, tak banyak penjelasan yang diberikan tentang imbuhan sisipan.

    Kedua-dua ‘kitab’ tatabahasa Melayu peringkat tinggi, Tatabahasa Asas dan Tatabahasa Dewan juga tidak banyak memuatkan soal imbuhan sisipan tetapi penerangannya cukup tuntas.

    Tatabahasa Dewan mendefinisikan sisipan sebagai imbuhan yang diselitkan di antara unsur-unsur kata dasar.

    Imbuhan sisipan juga wujud dalam sistem bahasa lain. Contoh yang ditunjukkan Tatabahasa Dewan ialah bahasa Tagalog (sisipan -um- dalam gumunting) serta bahasa Kamhmu (sisipan -rn- dalam srnal dan trniap).

    Terdapat empat bentuk imbuhan sisipan dalam bahasa Melayu, iaitu -el-, -er-, -em- dan -in-. Contoh penggunaan keempat-empatnya adalah seperti berikut:

    Sisipan Kata dasar Kata terbitan
    -el- gembung gelembung
    -er- gigi gerigi
    -em- kuncup kemuncup
    -in- sambung sinambung

    Mengubah golongan kata

    Ada perkataan yang berubah golongan katanya apabila disisipkan imbuhan. Boleh jadi kata adjektif berubah kepada kata nama atau kata kerja menjadi kata adjektif. Ada juga perkataan yang kekal golongan katanya.

    Cuma, imbuhan sisipan bahasa Melayu tidak boleh menukar golongan kata dasar kepada kata kerja. Ia hanya menjadi kata kerja apabila ditambah dengan imbuhan kata kerja lain.

    Contohnya, kata gelabah yang berasal dari gabah boleh dijadikan kata kerja dengan menambah imbuhan awalan meN-, menjadi menggelabah.

    Imbuhan sisipan yang membentuk kata nama hanya ada tiga, iaitu -el-, -er- dan -em-. 

    (Ada pihak menerima penggunaan kata “kinerja” yang dipinjam dari bahasa Indonesia, yang merupakan sisipan imbuhan -in- ke dalam kata “kerja”, mengubah golongan kata kerja kepada kata nama. Namun, penggunaannya tidak mantap dalam bahasa Melayu.)

    Ketiga-tiga imbuhan itu boleh menyisip dalam kata nama, kata kerja atau kata adjektif untuk membentuk kata nama. Contohnya seperti berikut:

    Kata nama kepada kata nama

    Kata dasar Imbuhan Kata Terbitan
    tapak -el- telapak
    kuping -er- keruping
    tali -em- temali

    Kata kerja kepada kata nama

    Kata dasar Imbuhan Kata terbitan
    kupas -el- kelupas
    kuncup -em- kemuncup

    Kata adjektif kepada kata nama

    Kata dasar Imbuhan Kata terbitan
    kembung -el- kelembung
    kuning -em- kemuning

    Imbuhan sisipan yang membentuk kata adjektif pula ada empat, iaitu -el-, -er-, -em- dan -in-. Keempat-empat imbuhan itu boleh menyisip dalam kata nama, kata kerja atau kata adjektif untuk membentuk kata adjektif. Contohnya seperti berikut:

    Kata adjektif kepada kata adjektif

    Kata dasar Imbuhan Kata terbitan
    geman -el- geleman
    cerlang -em- cemerlang

    Kata nama kepada kata adjektif

    Kata dasar Imbuhan Kata terbitan
    sabut -er- serabut
    guruh -em- gemuruh

    Kata kerja kepada kata adjektif

    Kata dasar Imbuhan Kata terbitan
    serak -el- selerak
    godak -er- gerodak
    sambung -in- sinambung

    Ciri dan sifat

    Penjelasan tentang makna imbuhan sisipan ditulis secara ringkas dalam Tatabahasa Dewan mahupun Tatabahasa Asas.

    Menurut Tatabahasa Dewan, kata nama terbitan hasil proses pengimbuhan sisipan bermaksud sesuatu yang mempunyai ciri yang terkandung dalam kata dasar.

    Tatabahasa Asas pula memecahkan dua makna sisipan kata nama, iaitu sesuatu yang mempunyai ciri seperti yang terkandung dalam kata dasar (contoh: kelangkang, telunjuk) dan hasil (contoh: kelemumur, keruping).

    Untuk sisipan kata adjektif pula, Tatabahasa Asas meletakkan makna sifat yang dinyatakan oleh kata dasar.

    Sudah beku

    Walaupun agak terpencil, imbuhan sisipan mempunyai fungsi dan maknanya yang tersendiri. Ia boleh mengekalkan dan mengubah golongan kata. Ia juga mengendong maksud ciri dan sifat kata dasar.

    Satu ciri penting imbuhan sisipan ialah tidak produktif. Ini bermakna, kata terbitan baharu tidak lagi dibentuk dengan sisipan.

    Tatabahasa Dewan menjelaskan, bentuk-bentuk kata sisipan sudah membeku dalam kata terbitan tertentu dan tidak dapat hadir dalam perkataan-perkataan yang lain kecuali dalam beberapa istilah yang baru dicipta.

    Maknanya, tidaklah boleh kita suka-suka mahu sisipkan imbuhan dalam perkataan yang diketahui tidak pernah disisip imbuhan sebelum ini. Perkataan kaut tiba-tiba menjadi kelaut, contohnya. – RELEVAN

    bahasa bahasa Melayu featured imbuhan pendidikan
    Artikel Terkini

    RMK13: Beri peluang dan bantuan untuk rakyat miliki rumah sendiri

    August 1, 2025

    RMK13: Malaysia jadi negara AI, hak pendidikan untuk Orang Asli dan OKU

    August 1, 2025

    RMK13: Arah baharu untuk Malaysia lebih sihat, selamat

    July 31, 2025

    RMK13: Bantuan kewangan, gaji lebih tinggi dan subsidi bersasar

    July 31, 2025

    RMK13: Tiga fokus utama RMK13

    July 31, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.