Facebook Twitter
    Trending
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    • Padah lambat makan
    • Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026

      Apa yang terjadi jika ‘cut sugar’ selama 14 hari

      January 26, 2026
    • Kewangan

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Makanan-makanan yang merosakkan otak

    Makanan-makanan yang merosakkan otak

    By KU SYAFIQ KU FOZIMay 20, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BEBERAPA makanan boleh memberikan kesan negatif kepada otak. - GAMBAR HIASAN/ROBINA WEERMEIJER (Unsplash)

    KITA takut kalau sesetengah makanan boleh melemahkan jantung, merosakkan hati atau menyempitkan salur darah akibat kolesterol tetapi bagaimana dengan makanan yang merosakkan otak?

    Bukanlah bermakna otak anda boleh mereput atau terluka akibat beberapa jenis makanan, cuma sesetengah makanan memberi kesan kepada fungsi kognitif. Ingatan boleh melemah, minda boleh tertekan dan anda boleh menghidap beberapa penyakit yang kemudiannya memberi kesan kepada kesihatan otak.

    Berikut merupakan tujuh jenis makanan yang boleh memberi kesan kepada fungsi kognitif dan otak anda.

    • Makanan yang dibuat dengan minyak benih industri dan terproses

    Menurut pakar psikiatri nutrisi, Dr. Uma Naidoo minyak yang banyak diproses – biasanya diekstrak dari kacang soya, jagung, biji sesawi (sumber minyak kanola), biji kapas, bunga matahari dan biji kesumba – mengandungi asid lemak omega-6 yang tinggi.

    Pengambilan berlebihan omega-6 boleh menyebabkan tubuh menghasilkan kimia yang mengakibatkan keradangan pada otak.

    Kata Uma Naidoo, jika anda menggoreng sayuran atau memanggang ikan dan daging, lebih baik gunakan minyak zaitun, kelapa atau avokado.

    • Makanan dengan gula tambahan atau ditapis

    Kata Uma Naidoo, otak kita menggunakan tenaga dalam bentuk glukosa – sejenis gula – untuk menggerakkan aktiviti sel. Tapi diet dengan gula yang tinggi boleh menyebabkan lebihan glukosa dalam otak.

    Ini menyebabkan kerosakan memori dan mengurangkan keliutan (plasticity) hipokampus – bahagian otak yang mengawal ingatan.

    Banyak makanan berperisa mengandungi gula tambahan tersembunyi, seperti sos pasta, kicap dan makanan dalam tin. 

    • Makanan terproses

    Diet yang banyak mengandungi makanan terproses (snek, sosej, nugget, makanan dalam tin dan sebagainya) membawa risiko telomeres yang lebih pendek. 

    Telomeres merupakan struktur yang dibentuk oleh jajaran DNA dan protein yang berfungsi menutup dan melindungi kromosom. Telomeres yang lebih panjang menggalakkan penuaan sel yang lebih sihat.

    Telomeres yang pendek pula membawa risiko penyakit degeneratif (artritis, Parkinson dan sebagainya) pada usia muda.

    Ada juga kajian mendapati, peserta yang banyak makan makanan terproses lebih berkemungkinan mengalami kemurungan sederhana.

    Uma Naidoo turut meninggalkan tip: jika anda tak boleh nak sebut apa bahan yang disenarai pada makanan terproses, atau tak tahu itu apa, jangan makan.

    • Makanan dengan pemanis buatan

    Apabila makanan ditambah pemanis buatan yang tiada nilai nutrisi, ia menambah bakteria usus yang ‘jahat’. Kesannya, mood anda boleh terganggu.

    Pemanis itu termasuk sakarin, sukralosa dan stevia. Pemanis tiruan seperti aspartam pula boleh jadi berbahaya dan ia telah dikaitkan secara terus dengan kebimbangan dalam beberapa kajian. 

    Oleh itu, Uma Naidoo mencadangkan beberapa alternatif, iaitu madu, ekstrak biksu cina atau gula kelapa.

    • Makanan bergoreng

    Mungkin makanan kegemaran ramai tetapi makanan bergoreng memberi kesan yang jelas kepada otak.

    Kajian melibatkan 18,000 orang mendapati diet yang tinggi dengan makanan bergoreng dikaitkan dengan memori dan daya fikiran yang lemah.

    Sebagai alternatif, pertimbangkan makanan yang dibakar, digoreng kering (air-fried) atau dikukus.

    • Daging merah, mentega, krim dan susu penuh (whole milk)

    Menurut Harvard Medical School, makanan berasaskan haiwan seperti daging merah, mentega, krim dan susu penuh mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi.

    Ini meningkatkan tahap kolesterol lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) yang tidak sihat dalam darah. Apabila kolesterol tersebut terkumpul dalam salur darah, ia boleh menyebabkan strok.

    Ujian melibatkan lebih 8,600 peserta mendapati diet dengan lemak tepu membawa 39 peratus lebih risiko untuk menghidap Alzheimer dan lebih dua kali ganda risiko menghidap demensia.

    Untuk setiap empat gram sehari lemak tepu, risiko demensia meningkat 15 peratus.

    • Soda diet 

    Kajian mengaitkan pengambilan lazim soda diet dengan risiko tinggi strok dan demensia. 

    Bagaimanapun, alasan yang dinyatakan dalam jurnal Stroke tidak jelas dan kajian tersebut tidak membuktikan sebab dan akibat.

    Maka, ia masih dianggap sebagai amaran awal. – RELEVAN

    Previous Article7 kelebihan berbasikal, boleh kurus dan bantu kesihatan mental
    Next Article Kenali duck syndrome dan kaitannya dengan gangguan mental

    Artikel berkaitan

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026

    Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

    January 28, 2026
    Artikel Terkini

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026

    Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

    January 28, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.