Facebook Twitter
    Trending
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    • Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang
    • Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?
    • Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026
    • Kewangan

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026
    • Pendidikan

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kenapa saya memilih untuk tidak menjadi cikgu

    Kenapa saya memilih untuk tidak menjadi cikgu

    By KU SYAFIQ KU FOZIMay 16, 20245 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SAYA bersama cikgu-cikgu sesi petang SMK Bukit Mewah pada 2016. - GAMBAR RELEVAN

    DALAM pengajaran pertamanya, Mr. Keating bersiul-siul melintasi kelas dan terus keluar.

    Muridnya terpinga tetapi dalam beberapa saat, dia menjulurkan kepala dan mengajak semua mengikutinya ke sebuah ruang yang meletakkan gambar alumni dan trofi sekolah.

    Di situ pengajaran pertamanya berlangsung — tentang Walt Whitman dan carpe diem; tentang mengumpul kelopak mawar selagi mampu.

    Dan ia mengingatkan saya pada subjek Kemahiran Komunikasi di universiti yang diajar antara pensyarah terbaik saya pernah ada, Dr. Khairul Azam Bahari.

    Bagaimana Keating memanfaatkan ruang yang dekat dengan pelajar untuk melekatkan doktrinnya tentang carpe diem. Ini terkait dengan satu konsep dalam komunikasi, iaitu proksemiks — kajian tentang ruang antara pengucap dengan pendengar.

    Satu lagi contoh yang baik, apabila Keating meminta pelajar mengerumuninya – huddle up! – untuk membisikkan satu lagi doktrin penting — tentang kata-kata dan idea boleh mengubah dunia; tentang puisi, cinta, keromantisan yang mengisi hidup manusia.

    Dia menarik para pelajar ke ruang intim dan peribadinya untuk menegaskan doktrin-doktrin penting.

    Dengan inspirasi dari Keating dan pengetahuan-pengetahuan yang dikumpul melalui tontonan pelbagai filem, keyakinan menyurup dan memberitahu yang saya boleh menjadi cikgu yang baik.

    Kalau anak murid saya bijak-bijak belaka, saya boleh jadi Keating dari filem Dead Poets Society. Kalau dihantar ke sekolah samseng, saya sarung sut krim Joe Clark dari filem Lean On Me.

    Kalaupun saya tewas lalu jadi cikgu pemalas yang tak peduli pada muridnya, saya boleh jadi Cikgu Syukri yang menunggu kedatangan Cikgu Azian untuk menghidupkan cinta pendidikannya semula seperti dalam filem Baginda.

    Tapi hidup bukan filem. Yang mengarah hidup jauh lebih maha bijaksananya berbanding mana-mana pengarah filem.

    Lalu saya memilih untuk tidak menjadi cikgu.

    Tercampak ke bumi Mualim

    Saya mula meletakkan cita-cita untuk menjadi cikgu di sekolah menengah, rasanya. Itupun sebab mahu beri jawapan konsisten apabila ditanya tentang cita-cita.

    Kerjaya cikgu ialah satu-satunya kerjaya-pilihan-ibu-mertua yang dekat dengan saya. Keluarga saya bukan jenis yang cemerlang serba-serbi.

    Selama lima hari seminggu saya lihat cikgu menjalankan tugasnya. Dan saya suka berkongsi pengetahuan dengan kawan-kawan. Jadi, saya fikir, saya patut jadi cikgu.

    Ketika memilih jurusan untuk ke universiti, saya tidak dipandu pilihan kerjaya, sebaliknya untuk meneroka pengetahuan.

    Saya tergilakan segala ilmu tentang Melayu jadi Akademi Pengajian Melayu di Universiti Malaya jadi sasaran. Tapi keputusan STPM tak begitu baik, jadi tak layak.

    Saya sudah mula mengasuh minat menulis dan membaca, maka pengajian bahasa menjadi sasaran seterusnya. Dengan izin Tuhan, saya dicampak ke pekan Tanjung Malim, di bawah bumbung Kolej Aminuddin Baki, di tanah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

    Saya menyambung pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Bahasa Melayu.

    Tercampak lagi ke Jalan Lima

    Minda saya disuntik idea bahawa dalam empat tahun, saya akan menjadi seorang cikgu bahasa Melayu sejak hari pertama orientasi di UPSI. Gerak-geri saya selepas itu dipandu kemahuan mahu jadi cikgu. Sebab itu saya tonton semua filem yang disebut awal tadi.

    Saya juga baca buku ZF Zamir. Saya berkenalan dengan Paulo Freire. Saya pergi acara borak-bentang tentang pendidikan di Petaling Jaya.

    Saya buat semua itu untuk mempersiap diri menjadi cikgu sebaik Keating, Clark, Syukri dan Azian tapi pada tahun akhir baru tersedar, saya tak sesuai nak jadi cikgu yang berkemeja ke sekolah.

    Praktikum saya hampir gagal, projek tahun akhir juga hampir gagal.

    Sebab itu selepas tamat ijazah, saya bertekad mahu cuba apa saja kerja sebelum reda dengan ketentuan jika saya terpaksa juga jadi cikgu.

    Akhirnya, dengan izin Tuhan lagi, saya dicampak ke Jalan Lima Chan Sow Lin, di bawah bumbung Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, di tanah duri dan api.

    Tabik mental buat cikgu-cikgu

    Tiba masa untuk saya jawab soalan pada tajuk. Kenapa pada akhirnya, saya memilih untuk tidak menjadi cikgu?

    Sebab pengalaman menonton Keating, Clark, Syukri dan Azian serta empat bulan berpraktikum di SMK Bukit Mewah, Seremban buat saya sedar, seorang cikgu perlu ada jiwa yang penuh dengan keinginan untuk menjadi cikgu.

    Seorang cikgu perlu kuat menahan tuntutan kerja pejabatnya yang selalu lebih dari kerja mendidik anak bangsa.

    Seorang cikgu perlu tabah melawan emosi ketika melihat anak muridnya gagal atau berjaya, biadab atau berguna.

    Seorang cikgu, seperti seorang wartawan, perlu terima hakikat yang cikgu jati jarang makan gaji tanpa makan hati.

    Saya tak cukup jiwa sebagai seorang cikgu. Waktu sekolah, saya hanya lihat tugas-tugas cikgu di dalam kelas. Saya tak tahu ada segunung beban kerja lagi yang perlu ditanggung cikgu di bilik guru, malah di rumah.

    Sebab itu setiap kali melintas video atau gambar kawan-kawan seuniversiti dulu sedang menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang cikgu, saya beri tabik mental.

    Jadi cikgu tak semudah kira-kira netizen terhadap jam bekerja mereka, atau jumlah cuti mereka, atau kutipan sumbangan untuk makan malam akhir tahun mereka.

    Mereka manusia tabah yang mencurahkan sayang hampir sepanjang hari; di sekolah sayangnya untuk pelajar, di rumah sayangnya untuk keluarga. 

    Saya pernah lihat bagaimana guru-guru yang sudah berusia masih gigih berusaha memahamkan segala revolusi teknologi yang berlaku dalam dunia pendidikan. Dalam masa sama, mereka keraskan hati melayan sikap pelajar yang biadap dan tidak menghargai.

    Beban dan tekanan yang datang dari segenap penjuru seperti itu bukan untuk orang macam saya, yang lembik dan lemah mental. Saya tak sekuat kawan-kawan yang sampai hari ini masih memegang gelar cikgu.

    Tapi saya bersyukur sebab masih diberi peluang mendidik. Anak murid saya mungkin Umi Fatehah seorang tapi ia cukup memuaskan, cukup menggembirakan.

    Selamat hari guru buat semua cikgu. Sekali lagi, saya hadiahkan tabik mental buat anda semua. – RELEVAN

    Previous Article8.94 juta jawatan dicatatkan pada suku pertama 2024, tertinggi sejak 2018
    Next Article Kurangkan tekanan darah tinggi, amalkan gaya hidup sihat untuk kehidupan lebih sejahtera

    Artikel berkaitan

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026
    Artikel Terkini

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.