Facebook Twitter
    Trending
    • Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan
    • Jangan cas telefon sebelah bantal!
    • Naik turun tangga buat badan jadi langsing?
    • 10 individu paling kaya di dunia
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

      February 2, 2026

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026
    • Kewangan

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026
    • Pendidikan

      Jangan cas telefon sebelah bantal!

      February 2, 2026

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 15 sekolah bersaing dalam projek alam sekitar Toyota Eco Youth

    15 sekolah bersaing dalam projek alam sekitar Toyota Eco Youth

    By Zubaidah IbrahimMay 10, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TAHUN ini TEY menyasarkan pelajar berusia antara 13 hingga 17 tahun dan telah disertai 15 sekolah di seluruh Malaysia.

    GENERASI muda merupakan sandaran harapan untuk masa hadapan yang lebih baik. Mereka akan menggalas tanggungjawab besar untuk memajukan negara dan juga melindungi alam sekitar.

    Menyedari hakikat tersebut, UMW Toyota Motor (UMWT) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) melancarkan Toyota Eco Youth (TEY) edisi ke-23.

    Program pendidikan alam sekitar tahunan peringkat kebangsaan ini merupakan inisiatif yang membuktikan komitmen UMWT dalam usaha memperkasakan golongan muda agar terlibat secara aktif dalam membangunkan penyelesaian isu alam sekitar yang mampan.

    Program TEY merupakan lanjutan kepada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat itu, selari dengan komitmen UMWT dalam mengutamakan pemuliharaan alam sekitar. 

    Ia dipandu oleh pelan tindakan alam sekitar Toyota yang menetapkan laluan ke arah mencapai pelepasan karbon sifar menjelang 2050.

    Pada tahun ini, program tersebut menyasarkan pelajar berusia antara 13 hingga 17 tahun dan telah berjaya menarik penyertaan dari 15 sekolah di seluruh Malaysia. 

    Antara sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Batu, Johor; SMK Alor Janggus, Kedah; SMK Sultan Ismail, Kelantan; SMK Sultan Alauddin, Melaka dan SMK Seri Bentong, Pahang.

    Peserta yang berjaya menunjukkan pencapaian yang tinggi dan berinovatif dalam menyelesaikan masalah alam sekitar akan menerima hadiah wang tunai sehingga RM80,000.

    Mereka akan mengikuti program ini bermula 7 Mei dan acara kemuncak serta pengumuman pemenang akan berlangsung pada 14 November 2024.

    Menurut Presiden UMWT, Datuk Ravindran K, program TEY selari dengan Cabaran Alam Sekitar Toyota 2050 yang bertujuan untuk mencapai matlamat karbon neutral dan memberikan kesan positif terhadap alam sekitar yang ketara dalam kalangan pelajar sekolah menengah serta guru mereka. 

    “Kami juga berusaha untuk memastikan bahawa kemampanan setiap projek sekolah akan diteruskan walaupun selepas program tahun ini tamat.

    “Sejak diperkenalkan pada 2001, TEY  telah berkembang dan menjadi program kesedaran alam sekitar sekolah di seluruh negara.

    “Selama lebih 23 tahun, TEY telah menerima penyertaan lebih 300,000 pelajar dari 521 sekolah dan komuniti sekitar mereka,”katanya.

    Tambah beliau, menerusi program ini, UMWT secara aktif menangani cabaran alam sekitar semasa sambil melengkapkan para belia dengan kemahiran penting untuk menyelesaikan masalah di masa depan. 

    Inisiatif ini menerapkan falsafah Move Your World ke dalam minda para belia, tanpa sempadan untuk masa depan yang mampan.

    TEY memupuk penjagaan alam sekitar masa depan, menggalakkan inovasi dan penyelesaian praktikal untuk cabaran ekologi. 

    Program edisi ke-23 ini menyokong inovator muda dalam usaha mereka mencipta masa depan yang lebih hijau.

    Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Toyota Eco Youth edisi ke-23, sila layari https://www.toyota.com.my/toyotaecoyouth/.- RELEVAN

    Previous ArticleMenonton Cakra Khan di Universiti Kebangsaan Malaysia
    Next Article Mengenali “Pahlawan Gikuyu”: Terjemahan wawancara Ngugi wa Thiong’o (Bahagian akhir)

    Artikel berkaitan

    Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

    February 2, 2026

    Jangan cas telefon sebelah bantal!

    February 2, 2026

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026
    Artikel Terkini

    Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

    February 2, 2026

    Jangan cas telefon sebelah bantal!

    February 2, 2026

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.