Facebook Twitter
    Trending
    • Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan
    • Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya
    • Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang
    • Ketagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan
    • Memartabatkan bahasa melayu, memaknai kemerdekaan
    • 7 Makanan kegemaran ramai yang diam-diam tingkatkan kolesterol
    • Umur persaraan 65 tahun: merdeka atau terikat?
    • Cikgu marah bukan kerana benci
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan

      August 18, 2025

      Ketagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan

      August 15, 2025

      7 Makanan kegemaran ramai yang diam-diam tingkatkan kolesterol

      August 14, 2025

      Ancaman kanser prostat, tanda awal kanser prostat dan langkah mengatasinya

      August 11, 2025

      Makin ramai sakit tetapi masih tak jaga makan

      August 7, 2025
    • Kewangan

      Merdekakan diri daripada hidup jadi hamba hutang

      August 11, 2025

      Gaji tak cukup, komitmen makin tinggi. Apa nak jadi?

      August 5, 2025

      RMK13: Beri peluang dan bantuan untuk rakyat miliki rumah sendiri

      August 1, 2025

      RMK13: Bantuan kewangan, gaji lebih tinggi dan subsidi bersasar

      July 31, 2025

      RMK13: Tiga fokus utama RMK13

      July 31, 2025
    • Pendidikan

      Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya

      August 18, 2025

      Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang

      August 18, 2025

      Memartabatkan bahasa melayu, memaknai kemerdekaan

      August 15, 2025

      Cikgu marah bukan kerana benci

      August 13, 2025

      Carilab perkenal platform digital carian makmal pertama negara

      August 13, 2025
    • Kerjaya

      Umur persaraan 65 tahun: merdeka atau terikat?

      August 14, 2025

      Merdekakan diri daripada beban kerja tak berkesudahan

      August 8, 2025

      Cara ‘tackle’ bos suka mengkritik

      July 25, 2025

      Bermula dengan skru basikal, diteruskan sebagai legasi permotoran global

      July 23, 2025

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mengenali “Pahlawan Gikuyu”: Terjemahan wawancara Ngugi wa Thiong’o (Bahagian 2)

    Mengenali “Pahlawan Gikuyu”: Terjemahan wawancara Ngugi wa Thiong’o (Bahagian 2)

    By May 6, 2024Updated:May 8, 20247 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    NGUGI WA THIONG'O

    DALAM bahagian 1, Ngugi wa Thiong’o menyorot kembara awalnya sebagai penulis, termasuk siri penyisihan yang dialaminya di Kenya.

    Soalan-soalan seterusnya oleh Nanda Dyssou lebih mendalami karya-karya Thiong’o dan sengsara yang menjadi latar penulisannya.

    Wawancara ini dijalankan oleh Nanda Dyssou dan disiarkan di laman web LARB pada 23 April 2017.

    NANDA DYSSOU: Dalam Birth of a Dream Weaver, awak merujuk warisan sejarah dan memori awak sebagai: “Imej-imej berbilang kekejaman yang dilakukan rejim pendatang orang putih di Kenya bersaing-saing dalam diri saya”. Dan, seperti yang awak cakap, awak telah menjadi mangsa cubaan bunuh, pemenjaraan, penganiayaan dan pengharaman.

    Adakah memori segala keganasan yang dilihat dan dialami mengubah cara awak menulis?

    NGUGI WA THIONG’O: Memori keganasan penjajah masih menghantui saya. Begitu juga kekejaman terhadap keluarga saya. Apabila saya melihat pembunuhan di Timur Tengah, atau keganasan polis tak ada otak terhadap orang kulit hitam di jalan Amerika Syarikat, imej-imej itu datang semula. Kemudian saya bekerja lebih keras.

    Saya mahu melihat dunia tanpa penjara dan kem tahanan. Saya nak tengok dunia tanpa gelandangan dan kebuluran. Saya nak saksikan pengakhiran logik di sebalik pembangunan moden, yang kalau mahu maju, yang lain perlu mundur.

    Saya nak lihat penghujung anggapan bahawa, untuk ada beribu jutawan, perlu ada berbilion orang miskin. Kita perlu akhirkan kegilaan ini, iaitu jumlah bilionair dalam satu negara ialah ukuran kemajuan. Bagaimana dengan berbilion orang miskin yang dicipta oleh bilionair itu?

    Ada apa-apa yang awak rasa terlalu sakit untuk ditulis?

    Kita menulis tentang kesakitan untuk bantu diri menghadapi kesakitan – bantu menamatkannya, harapnya. Kita mahu bantu manusia berjuang untuk menyembuhkan luka. (Bertolt) Brecht pernah tanya: “Dalam kegelapan / Akankah ada nyanyian? / Ya, akan ada yang menyanyi / Tentang kegelapan”. Sajak ini menjadi epigraf untuk memoir saya, Dreams in a Time of War (2010).

    Apa yang awak anggap sebagai kejayaan terbesar dalam karier, setakat ini? Apa karya yang paling dibanggakan?

    Teks yang berbeza beri memori yang berbeza untuk saya. Disebabkan itu, semua menjadi kegemaran, secara sama rata.

    Jika saya pilih Devil on the Cross, itu kerana keadaan unik ketika menulisnya. Ia juga novel pertama saya dalam Gikuyu, yang menjadikannya novel moden pertama dalam bahasa itu.

    Saya juga gembira kerana satu lagi novel saya dalam Gikuyu, Wizard of the Crow, ditulis ketika saya dalam buangan, memenangi California Gold Medal 2006, yang pernah dimenangi John Steinbeck.

    Saya selalu bergurau yang Wizard of the Crow ialah satu-satunya novel dalam sejarah yang ditulis di antara dua oren. Sebab saya mula tulis novel itu di Orange, New Jersey dan menghabiskannya di Orange County, California.

    Bagaimana awak menilai kejayaan buku-buku awak?

    Susah. Tapi saya selalu rasa gembira yang semacam apabila ada pembaca dari mana-mana negara di dunia yang memberitahu bagaimana teks-teks tertentu mempengaruhi hidup mereka. 

    Seorang aktivis politik dari India, saya berjumpa dengan dia di Hyderabad, berterima kasih kepada saya untuk Devil on the Cross. Dia bercadang mahu bunuh diri tapi ada sekali dia masuk dalam sebuah kedai buku dan baca buku itu, dan ia buatkan dia bertemu tujuan hidup yang baharu.

    Dalam detik sebegitu, saya rasa nak menangis, menyedari semua usaha untuk menghasilkan satu karya jadi berbaloi.

    Saya gembira apabila pembaca kata, Wizard of the Crow buat mereka ketawa. Ada sekali dalam majlis resepsi di Universiti Duke, saya bertemu dua profesor yang jalan kerjayanya – satu bidang undang-undang dan satu bidang sastera – telah dipengaruhi oleh watak peguam progresif dalam Petals of Blood.

    Profesor sastera itu awalnya berminat dengan undang-undang tapi selepas melihat apa yang novel mampu lakukan, dia tukar bidang kepada sastera, sementara profesor undang-undang itu berminat dengan sastera tapi selepas bertemu watak fiksyen seorang peguam, dia tukar bidang.

    Jika seseorang baru nak kenal karya awak, buku mana yang awak rasa sesuai dengan mereka?

    Apa kata mula dengan Dreams in a Time of War dan Weep Not, Child (1964)? Kedua-duanya diambil dari tempoh yang sama ketika saya kanak-kanak dan pastinya menarik untuk lihat bagaimana fiksyen dan memoir berbeza dari segi pendekatannya terhadap realiti.

    Tapi jika awak mahu ketawa supaya tidak menangis, apa kata Wizard of the Crow? Kalau tak, mana-mana novel saya akan bawa awak kepada yang lain.

    Bagaimana gaya prosa dan struktur naratif awak berubah selama ini?

    Dua novel pertama saya, Weep Not, Child dan The River Between (1965) dicirikan dengan struktur naratif yang linear dan ayat-ayat pendek. Kemudian, dalam A Grain of Wheat dan Petals of Blood, saya tertarik untuk melapiskan masa dan ruang.

    Kelinearan diganti beberapa garis yang bersilang-silang, mewujudkan banyak watak, banyak ruang, banyak masa dan banyak perkembangan. Ini memerlukan kepelbagaian ayat, dari yang pendek sampai ke sangat panjang.

    Sama dengan kemajuan gaya awak, orang juga boleh ikuti evolusi idea sosiopolitik dengan membaca karya awak mengikut urutan.

    Saya berminat dengan operasi kuasa dalam masyarakat. Tiada aspek kehidupan yang tidak terkesan dengan siapa atau apa kelas sosial yang memegang kuasa dalam masyarakat, dan akhirnya di mana kuasa itu diletak.

    Saya memang sudah berevolusi. Tapi saya konsisten dalam melihat dunia dari kaca mata dan keperluan mereka yang lemah. Globalektik menyimpulkan pandangan saya sekarang: hidup terhubung – bumi, air, langit, semua makhluk dan semua yang membolehkan dan mempertahan kehidupan.

    Saya sekarang faham kenapa orang dulu-dulu menyembah matahari, hormat pada air, dan api, dan tanah, dan haiwan, dan tumbuhan. Di Gikuyu sebelum penjajahan, awak kena tanam pokok baharu untuk ganti pokok yang awak tebang atau cabut.

    Bumi ialah ibu kita dan tidak ada orang yang patut mendakwa bumi lebih miliknya berbanding orang lain. Ia juga kenapa sekarang saya percaya bahawa penganiayaan terhadap alam ialah jenayah terhadap kemanusiaan dan kehidupan. Pencemaran air dan udara di mana-mana memberi kesan kepada semua makhluk di mana-mana. 

    Apa yang membuatkan awak memilih bentuk memoir?

    Memoir membantu saya menjelaskan diri sendiri. Saya gunakannya untuk berkata, “Hey, saya masih hidup dan saya masih percaya dengan bahasa-bahasa Afrika, dan ya, saya perlu melawan dengan apa saja senjata sastera yang ada”.

    Kadang-kadang saya boleh dapat ganjaran yang tak diduga. Cerita dongeng yang saya tulis dalam bahasa Gikuyu sekarang telah diterjemahkan ke 61 bahasa, 40 daripadanya merupakan bahasa Afrika. Tajuknya Ituika ria Murungaru (The Upright Revolution: Or Why Humans Walk Upright).

    Saya teruja kerana mereka yang di belakang projek itu ialah kolektif Pan-Afrika muda bersama Projek Penerbitan Jalada. Mereka diketuai Moses Kilolo, ketua pengarangnya.

    Awak dah tulis tiga memoir: Dreams in a Time of War, In the House of the Interpreter dan Birth of a Dream Weaver. Awak fikir akan tulis satu lagi, menyambung cerita dalam Dream Weaver?

    Tiga memoir itu hanya sampai 1964. Saya nak buat lagi tapi saya mahu tulis satu lagi novel dahulu. Novel itu membawa saya ke tempat dan alam yang tiada genre lain pernah mampu lakukan.

    Ironinya, teater mempunyai impak yang lebih besar dalam hidup saya, termasuk dalam penciptaan fiksyen, berbanding novel. Apa-apa pun, skrip yang hantar saya ke Penjara Kamiti, di mana saya memikirkan seluruh persoalan tentang bahasa dan memulakan penulisan novel pertama saya dalam Gikuyu.

    Penulisan awak berhubung dengan kedua-dua isu berskala besar melibatkan masyarakat dan isu yang sama kritikal tentang protagonis individu. Yang mana lebih menekan fikiran apabila mula mengusahakan sesebuah novel?

    Ia berbeza dari novel ke novel tapi kebanyakannya bermula dengan satu imej, idea yang kabur. Penulisan kreatif seperti penerokaan sesuatu yang kita tak tahu.

    Selalunya, saya terkejut dengan watak yang muncul, malah yang membangkitkan isu yang saya belum fikirkan secara mendalam lagi. Sebab itu novel seterusnya akan selalu berbeza dengan yang sebelum ini.

    Tapi semua itu catatan kesusasteraan dari pengembara yang sama, dengan keanehannya yang tersendiri. Bunga yang saya sanggup berhenti untuk menatapnya, ia mungkin berbeza dari bunga yang dikagumi pengembara lain.

    Ada apa-apa tema atau subjek yang awak nak tulis tapi belum berkesempatan?

    Bukanlah tema sangat, lebih kepada cabaran untuk menulis novel seterusnya. Novel terbaik saya ialah novel yang saya belum tulis.

    Menarik! Ada manuskrip yang belum diterbitkan dalam laci meja awak?

    Ya, ada beberapa, mungkin tujuh. Semuanya dalam bahasa Gikuyu, termasuk tiga terjemahan bahasa Moliere dan Gogol ke bahasa Gikuyu. – RELEVAN

    Wawancara ini terpaksa dipecahkan kepada beberapa bahagian kerana terlalu panjang. Ikuti sambungan selepas ini di Relevan. Baca bahagian satu di sini dan bahagian tiga di sini.

    bahasa featured Ngugi wa Thiong'o pendidikan terjemahan wawancara

    Artikel berkaitan

    Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan

    August 18, 2025

    Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya

    August 18, 2025

    Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang

    August 18, 2025

    Ketagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan

    August 15, 2025

    Memartabatkan bahasa melayu, memaknai kemerdekaan

    August 15, 2025

    7 Makanan kegemaran ramai yang diam-diam tingkatkan kolesterol

    August 14, 2025
    Artikel Terkini

    Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan

    August 18, 2025

    Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya

    August 18, 2025

    Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang

    August 18, 2025

    Ketagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan

    August 15, 2025

    Memartabatkan bahasa melayu, memaknai kemerdekaan

    August 15, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.