Facebook Twitter
    Trending
    • Bahaya tidur selepas makan
    • Gajet jadi ibu bapa kedua di rumah
    • Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’
    • Bahana bangun tidur lambat
    • Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 
    • Gaji pertama hilang sekelip mata
    • 5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum
    • Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bahaya tidur selepas makan

      November 4, 2025

      Bahana bangun tidur lambat

      October 31, 2025

      5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

      October 29, 2025

      Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

      October 29, 2025

      Makanan yang beri tenaga buat pelari maraton

      October 27, 2025
    • Kewangan

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025

      Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’

      October 28, 2025

      7 cara untuk perbaiki pengurusan kewangan

      October 23, 2025
    • Pendidikan

      Gajet jadi ibu bapa kedua di rumah

      November 4, 2025

      Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia

      October 29, 2025

      4 universiti tempatan antara 150 terbaik dunia

      October 27, 2025

      Kenali pemimpin dunia bakal hadir Sidang Kemuncak ASEAN

      October 24, 2025

      LSE ungguli senarai universiti terbaik UK 2026

      October 24, 2025
    • Kerjaya

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025

      Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

      October 16, 2025

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025

      Nak nampak yakin dalam temu duga? Tanya 7 soalan ini

      October 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Perkahwinan dan kewangan: Tip-tip sebelum berkahwin

    Perkahwinan dan kewangan: Tip-tip sebelum berkahwin

    By Umi FatehahMay 2, 2024Updated:May 2, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Sebelum dan selepas berkahwin, isu kewangan dan cabarannya berbeza-beza. - GAMBAR HIASAN SHIDDIEQIIN ZON

    WANG tidak menjamin kebahagiaan. Tetapi, kalau mahu capai kebahagiaan melalui perkahwinan, semuanya perlukan wang. Sama ada sedang berusaha untuk berkahwin atau sudah berkahwin, topik kewangan ini tidak akan habis dibicarakan.

    Sebelum dan selepas berkahwin, isu kewangan dan cabarannya berbeza-beza. Relevan akan ceritakan cabaran sebelum dan selepas berkahwin dalam dua bahagian. Untuk artikel ini iaitu bahagian pertama, Relevan kupaskan hal ehwal kewangan yang perlu dibincangkan sebelum berkahwin.

    1. Berkenalan dari sudut kewangan 

    Ramai pasangan mungkin menangguh atau mengelak bercakap soal kewangan sebelum berkahwin atas alasan belum bersedia, tidak mahu menekan atau menghormati privasi. Tetapi, jika isu ini tidak dibincang, ia mungkin mendatangkan risiko.

    Katakanlah, pasangan anda mempunyai hutang atau perlu menanggung hutang keluarga. Perkara ini akan terbawa-bawa selepas anda berkahwin juga. 

    Mungkin disebabkan pasangan anda sudah menggalas beban keluarganya, anda pula perlu menanggung majoriti bil-bil perkahwinan sendiri. 

    Cuba wujudkan suasana yang santai dan bercakap dengan terbuka. Antara topik yang boleh ditanya selain hutang ialah berapakah jumlah kad kredit yang dimiliki, berapa peratus wang daripada gaji disimpan dalam tabung.

    Memahami tabiat perbelanjaan dan gambaran kewangan pasangan akan membantu anda membuat keputusan tentang cara menggabungkan wang anda selepas anda berkahwin.

    1. Menyimpan untuk kehidupan selepas persandingan

    Sebaik sahaja anda sudah mencapai tahap perhubungan yang serius, buka akaun simpanan khas untuk dana perkahwinan. 

    Secara umumnya, ramai pakar mengesyorkan meletakkan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada pendapatan gabungan anda ke dalam simpanan setiap bulan. Jika mahu menabung untuk majlis perkahwinan, pertimbangkan untuk meningkatkan jumlah yang disimpan supaya bajet untuk kehidupan selepas perkahwinan seperti rumah, perabot dan sebagainya sudah tersedia. 

    Walaupun ibu bapa akan membantu membiaya perkahwinan, anda mungkin masih menyimpan wang, mungkin untuk berbulan madu atau bayaran muka rumah baharu.

    1. Bina bajet yang bersesuaian

    Kenal pasti jangkaan masing-masing dan bina bajet yang bersesuaian dengan kemampuan. Sebolehnya, elakkan berhutang semata-mata untuk majlis persandingan. 

    Tidak ada salahnya jika membuat majlis yang sederhana sahaja. Sekiranya ada pihak yang mempertikaikan, hiraukan sahaja. Bukan mereka yang mahu berkahwin, kan?

    1. Buat keputusan siapa uruskan bil dan sebagainya

    Kumpulkan semua bil, rekod perbelanjaan, pinjaman dan letakkan semuanya di atas meja. Kira jumlah hutang yang perlu dibayar dan berapakah pendapatan gabungan setiap bulan selepas mula hidup bersama.

    Selepas menghadiri kursus kahwin, tetapkan dengan jelas siapa yang bertanggungjawab untuk membayar bil elektrik, air, internet dan sebagainya. Tetapkan juga sama ada sewa rumah kedua-duanya membayar 50-50 atau ia tanggungjawab suami sepenuhnya.

    Kemudian, tetapkan pula siapa yang akan menguruskan simpanan masa hadapan, simpanan percutian atau kereta baharu. – RELEVAN

    featured kahwin kewangan perkahwinan simpanan

    Artikel berkaitan

    Bahaya tidur selepas makan

    November 4, 2025

    Gajet jadi ibu bapa kedua di rumah

    November 4, 2025

    Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

    October 31, 2025

    Bahana bangun tidur lambat

    October 31, 2025

    Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

    October 30, 2025

    Gaji pertama hilang sekelip mata

    October 30, 2025
    Artikel Terkini

    Bahaya tidur selepas makan

    November 4, 2025

    Gajet jadi ibu bapa kedua di rumah

    November 4, 2025

    Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

    October 31, 2025

    Bahana bangun tidur lambat

    October 31, 2025

    Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

    October 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.