Facebook Twitter
    Trending
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jururawat lelaki di hospital psikiatri, melawan penyakit ‘halimunan’

    Jururawat lelaki di hospital psikiatri, melawan penyakit ‘halimunan’

    By April 30, 2024Updated:April 30, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    EFSAN Chan seronok dapat membantu pesakit mental untuk kembali pulih dan menjalani kehidupan lebih baik.

    KERJAYA sebagai jururawat sangat sinonim dengan wanita sehinggakan ada sesetengah orang beranggapan ia sesuatu yang janggal apabila jawatan itu disandang oleh lelaki. Perkara itu diakui oleh Muhammad Ehsan Panjang Ahmad, 34, yang kini merupakan Jururawat Terlatih di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

    Pada awalnya dia menolak untuk menjadi jururawat kerana beranggapan lelaki tidak sesuai bergelar jururawat. Namun, setelah dipujuk ibunya, Noor Rizan Jaafar, 64, dia akhirnya akur dan menyambung pengajian dalam bidang kejururawatan walaupun pada awalnya bercita-cita sebagai guru.

    “Mak menyarankan saya untuk menyambung pengajian dalam bidang kejururawatan. Alasannya, mudah untuk saya dapat kerja kerana negara kita memerlukan ramai jururawat lelaki.

    “Berkat doa ibu, segalanya menjadi mudah dan saya bertambah suka dalam bidang ini setelah didedahkan dengan ilmu kejururawatan dan mula menjalani sesi praktikal di hospital serta klinik,” kata pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejururawatan di Universiti Teknologi Mara, Puncak Alam, Selangor.

    IBU merupakan pendorong utama Efsan Chan untuk bergelar jururawat.

    Hospital Bahagia Ulu Kinta merupakan tempat pertama dia memulakan kerjayanya sebagai jururawat dan kini sudah 10 tahun dia bertugas di situ.

    Melawan halimunan

    Menurut Muhammad Ehsan atau lebih dikenali sebagai Efsan Chan, jururawat yang bertugas di unit psikiatri perlu berhadapan dengan penyakit yang tidak nampak dengan mata kasar.

    “Sebagai contoh, jika masalah penyakit fizikal seperti jantung, kita tahu bahagian jantung mana yang mengalami masalah, begitu juga jika berlaku kepatahan tulang, kita tahu bahagian tulang mana yang patah.

    “Tetapi berbeza bekerja di unit psikiatri, kami perlu membuat pemantauan dan penilaian selama 24 jam untuk mengenal pasti keabnormalan tingkah laku pesakit seperti corak tidur, selera makan dan juga tingkah laku.

    “Pesakit yang mengalami masalah mental sangat sukar untuk dinilai kerana tingkah laku dan pemikiran mereka sentiasa berubah-ubah,” kata anak sulung daripada dua beradik itu.

    ARTIKEL BERKAITAN: Efsan Chan promosi kesihatan mental, tepis stigma masyarakat

    Tambahnya, perkara tersebut memberi cabaran dan memerlukan masa lebih panjang terutamanya kepada doktor untuk mendiagnosis jenis penyakit mental yang dihidapi pesakit tersebut.

    Pesakit di hospital tersebut akan menerima beberapa rawatan dan bantuan sokongan seperti diajar terapi kognitif tingkah laku, terapi kerohanian, sesi psikoterapi secara individu atau berkumpulan dan sesi kaunseling

    Mereka juga akan mengikuti program rehabilitasi yang mana pesakit akan diajar cara pengurusan diri sendiri seperti memasak, menjahit, berkebun dan sebagainya.

    Program rehabilitasi ini dilakukan sebagai bantuan dan persediaan kepada para pesakit sebelum mereka pulang ke rumah.

    Sepanjang 10 tahun berkhidmat di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Efsan Chan berpengalaman bertugas di beberapa unit psikiatri dan merawat pelbagai jenis keadaan pesakit mental.

    Antaranya pernah bertugas di Unit Forensik Psikiatrik yang mana pesakit dengan kes jenayah dimasukkan atas arahan mahkamah dan penjara.

    Pesakit akan dipantau kelakuan mereka untuk mengesahkan sama ada mereka benar-benar mengalami masalah mental semasa melakukan jenayah.

    Selain itu, Efsan Chan juga mempunyai pengalaman merawat pesakit psikogeriatrik iaitu pesakit yang sudah tua yang mengalami masalah mental dan mengalami kemerosotan fizikal disebabkan faktor usia.

    Kebanyakan pesakit psikogeriatrik yang ditempatkan di wad itu akan menghabiskan sisa-sisa kehidupan mereka di wad kerana dibuang keluarga.

    Stigma Sinis

    Mengulas mengenai cabaran sebagai jururawat di hospital psikiatri, Efsan Chan berkata, mereka terdedah kepada tingkah

    laku agresif pesakit. Tetapi itu tidak mematahkan semangatnya dan rakan-rakan jururawat yang lain untuk terus berbakti.

    “Kami tidak ambil hati dan faham mereka tidak bermaksud untuk berbuat demikian kerana pesakit tidak sedar apa yang dilakukan.

    “Itu adalah asam garam dalam tugas kami. Apa yang penting ialah merawat sehabis baik untuk memulihkan pesakit supaya mereka dapat menjalani kehidupan lebih baik selepas keluar dari wad.

    “Selain itu, kami juga tidak terlepas daripada stigma masyarakat yang memberi pandangan sinis kononnya penyakit mental ini boleh berjangkit kepada kami jika lama bertugas di unit psikiatrik,” ujar penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 itu.- RELEVAN

    featured hospital jururawat kesihatan lelaki
    Artikel Terkini

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.