Facebook Twitter
    Trending
    • Beli dulu baru menyesal kemudian
    • Parut buli yang tidak akan sembuh
    • Tarikh penting buat rakyat Malaysia
    • Bagaimana hilangkan rasa mengidam
    • Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bagaimana hilangkan rasa mengidam

      January 7, 2026

      Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

      January 7, 2026

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025
    • Kewangan

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025
    • Pendidikan

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Efsan Chan promosi kesihatan mental, tepis stigma masyarakat

    Efsan Chan promosi kesihatan mental, tepis stigma masyarakat

    By April 30, 2024Updated:April 30, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    EFSAN Chan mula aktif membuat perkongsian kesihatan mental di TikTok sejak Februari 2021.

    EFSAN Chan tidak pernah merasa terbeban dengan kerjayanya sebagai jururawat. Dia sentiasa berfikiran terbuka dan para petugas di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak juga sentiasa mewujudkan persekitaran kerja yang ceria serta positif.

    Dia juga mengamalkan gaya hidup sihat seperti melakukan senaman kecergasan di gimnasium, beriadah, tidak merokok dan mengambil makanan seimbang.

    Efsan Chan turut meluangkan masa menonton wayang pada masa lapang. Meskipun tidak berjaya bergelar seorang guru tetapi minatnya sebagai pendidik tidak pernah padam.

    EFSAN Chan mengamalkan gaya hidup sihat seperti melakukan senaman kecergasan di gimnasium, beriadah, tidak merokok dan mengambil makanan seimbang.

    Sebaliknya, dia menggunakan platform TikTok untuk berkongsi mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mental kepada masyarakat. Perkongsian di TikTok dilakukan sekadar suka-suka pada Februari 2021 memandangkan ketika itu ramai yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

    “Ketika itu kes kemurungan meningkat, begitu juga kes bunuh diri dan statistik kemasukan ke unit psikiatrik turut bertambah.

    “Tekanan emosi meningkat kerana kehilangan orang tersayang disebabkan Covid-19, kehilangan pekerjaan, masalah kewangan dan juga perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” ujar jejaka berasal dari Kuala Kangsar, Perak itu.

    ARTIKEL BERKAITAN: Jururawat lelaki di hospital psikiatri, melawan penyakit ‘halimunan’

    Keadaan yang kacau-bilau itu membuatkan Efsan Chan terpanggil untuk berkongsi mengenai kesihatan mental dan tidak menyangka ia tular dalam sekelip mata.

    Pendidikan kesihatan mental

    Jelasnya, ramai orang di luar sana yang tidak tahu akses untuk mendapatan rawatan mental. Ada juga yang malu dan takut dengan stigma masyarakat. Oleh itu, Efsan Chan berharap kehadirannya dalam media sosial terutamanya TikTok sedikit sebanyak dapat membantu mereka mendapatkan rawatan sewajarnya.

    Selain berkongsi di TikTok, Efsan Chan juga menyebarkan ilmu kesihatan mental di Telegram, Facebook dan Instagram.

    Platform TikToknya yang dikenali sebagai Efsan Chan telah diikuti seramai 162,600 orang. Bagi menyebar luas ilmu kesihatan mental, Efsan Chan menubuhkan saluran Telegram yang diberi nama Mental Health Soldiers with Efsan Chan sebagai salah satu platform untuk orang ramai bertanya, meluahkan perasaan dan berkongsi pengalaman dengan mereka yang mengalami masalah sama.

    Tidak terhenti di situ, dia juga dijemput untuk berkongsi ilmu kesihatan mental di radio, sekolah dan institusi pengajian tinggi.

    “Masyarakat kita masih kurang kesedaran tentang kesihatan mental. Ramai yang mempunyai stigma dan mitos yang salah terhadap kesihatan mental sehingga sanggup mendiskriminasikan individu yang berdepan masalah ini.

    “Ada yang melabel pesakit mental sebagai ganas, tidak siuman, gila, tidak mampu berdikari, kurang pegangan agama dan sebagainya yang mengakibatkan mereka terus tertekan dan menjauhkan diri daripada masyarakat,” katanya.

    Ujar Efsan Chan lagi, kita tidak boleh ambil remeh isu berkaitan kesihatan mental kerana statistik menunjukkan bahawa penyakit mental kini berada pada kedudukan kedua tertinggi dihidapi oleh rakyat Malaysia selepas penyakit jantung.

    Antara jenis penyakit mental yang tertinggi di Malaysia ialah skizofrenia, kemurungan, kecelaruan bipolar dan juga kebimbangan (anxiety).

    Masalah ini bertambah rumit apabila kurangnya pengetahuan masyarakat mengenai penyakit mental. Bercerita mengenai perancangan masa hadapan, Efsan Chan berhasrat menyambung pengajian ke peringkat tertinggi dan menggali lebih banyak lagi ilmu kesihatan mental. Di kesempatan ini juga, Efsan Chan mengucapkan Selamat Hari Jururawat Sedunia yang akan disambut pada 12 Mei ini kepada rakan-rakan sejawat di Hospital Bahagia Ulu Kinta dan seluruh negara.

    “Sebagai jururawat kita juga merupakan rakan kongsi dalam merawat pesakit bukan sedakar pembantu kepada doktor.

    “Tepis stigma masyarakat yang menganggap bahawa kita hanya membantu dan berdiri di samping doktor,” katanya.- RELEVAN

    Previous ArticleJururawat lelaki di hospital psikiatri, melawan penyakit ‘halimunan’
    Next Article Jaminan pendapatan asas dan orang kaya yang selalu anggap orang miskin bodoh

    Artikel berkaitan

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026
    Artikel Terkini

    Beli dulu baru menyesal kemudian

    January 9, 2026

    Parut buli yang tidak akan sembuh

    January 8, 2026

    Tarikh penting buat rakyat Malaysia

    January 8, 2026

    Bagaimana hilangkan rasa mengidam

    January 7, 2026

    Darah tinggi kini menyerang kanak-kanak, makanan proses punca

    January 7, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.