Facebook Twitter
    Trending
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Elak papa selepas beraya, 5 tip berbelanja sambil beringat

    Elak papa selepas beraya, 5 tip berbelanja sambil beringat

    By Umi FatehahMarch 25, 2024Updated:March 25, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    RANCANG perbelanjaan dengan baik dan jangan terlalu ikutkan nafsu. - GAMBAR SADDAM YUSOFF/UTUSAN

    HARI Raya Aidilfitri adalah saat yang dinanti-nantikan oleh umat Islam seluruh dunia bagi meraikan kemenangan setelah berjaya berpuasa sepanjang Ramadan. 

    Menjelang hari raya, banyak persiapan yang perlu dilakukan seperti membeli baju raya, membuat atau membeli kuih raya, menziarahi sanak saudara dan menyediakan duit raya. Jadi, kesemuanya memerlukan bajet yang besar.

    Memikirkan soal kewangan, ada yang tidak lagi teruja menanti hari raya kerana takutkan perbelanjaan-perbelanjaan besar yang perlu dikeluarkan.

    Jadi, bagi mengelakkan timbul masalah papa selepas beraya, ikuti tip di bawah agar kewangan anda tidak runtuh selepas sakan Aidilfitri.

    1. Urus perbelanjaan dengan berhati-hati

    Sebenarnya, bajet perbelanjaan hari raya bagi tahun semasa perlu bermula setelah tamatnya hari raya tahun lepas. 

    Seperti yang dikongsikan oleh Suraya Zainuddin dalam artikel “Rancang perbelanjaan persekolahan, Ramadan dan Aidilfitri”, kita boleh buat anggaran perbelanjaan Aidilfitri semasa berdasarkan perbelanjaan tahun lalu.

    Katakan perbelanjaan bagi raya tahun lepas ialah RM2,400, kita sudah boleh menganggarkan amaun yang lebih kurang sama juga untuk tahun ini.

    Sekiranya anda tidak mula menyimpan perbelanjaan Aidilfitri sejak tahun lepas, tidak mengapa. Formulanya masih sama iaitu sediakan bajet berpandukan jumlah yang dibelanjakan untuk tahun lepas.

    Berdasarkan bajet itu pula, beli apa yang perlu sahaja. Matlamat kita tentunya mahu menjaga kewangan, baik semasa hari raya atau selepas hari raya. 

    Jadi, rancang perbelanjaan dengan baik dan jangan terlalu ikutkan nafsu. Tidak ada salahnya pun sekiranya kita beraya secara sederhana.

    1. Senaraikan barang yang perlu dibeli mengikut keutamaan

    Untuk membuat senarai mengikut keutamaan, anda perlu melihat perbelanjaan hari raya tahun sebelumnya. Setelah menilai perbelanjaan hari raya tahun lepas, anda akan mengenal pasti apa yang lebih utama untuk dibeli pada tahun ini.

    Susun barangan mengikut keutamaan dan bahagikan mengikut kategori, iaitu perbelanjaan primer, sekunder dan tertier. Primer ialah perbelanjaan yang perlu diutamakan dan tertier ialah perbelanjaan yang kurang penting tetapi boleh dibeli sekiranya ada wang lebihan. 

    Jadi, buat penilaian berdasarkan perbelanjaan tahun sebelumnya dan susun mengikut kategori yang disebutkan. 

    Perkara penting yang perlu anda tanamkan dalam diri adalah tidak membiarkan orang sekeliling mempengaruhi keputusan. Setiap orang mempunyai keutamaan kewangan yang berbeza. Berbelanjalah mengikut senarai keutamaan yang telah dibuat dan jangan mudah terpengaruh dengan keputusan orang lain. 

    1. Rekod setiap perbelanjaan

    Matlamat merekodkan setiap perbelanjaan adalah untuk mengetahui aliran keluar masuk wang. Catat segala perbelanjaan dan pendapatan, bermula dari membeli-belah barang keperluan seperti baju raya dan sebagainya.

    1. Jangan mudah terpengaruh dengan diskaun

    Diskaun tidak dinafikan memang sangat menarik tetapi anda perlu melihat semula kepada senarai keutamaan. 

    Katakan, jenama A membuat diskaun untuk baju kurung moden. Harga asalnya ialah RM399 tetapi setelah diskaun, baju itu dijual pada harga RM299. Tetapi, jenama B menjual baju kurung moden tetapi dengan rekaan yang sederhana pada harga RM199. 

    Cuba fikirkan mana lebih berbaloi dan adakah diskaun yang ditawarkan daripada jenama A betul-betul menjimatkan?

    Selain itu, tip untuk tidak mudah tergoda: apabila ingin membeli sesuatu, tepuk dada dan tanya diri sendiri, adakah anda benar-benar memerlukan barang ini atau ia hanya sekadar kehendak?

    1. Bina tabung kecemasan

    Memang tidak dinafikan Aidilfitri sinonim dengan perbelanjaan yang besar. Selain keperluan keluarga, kadangkala kita memerlukan dana untuk berkumpul bersama keluarga besar. Namun, jangan habiskan semua wang anda untuk hari raya semata-mata.

    Dalam apa jua keadaan sekalipun, anda tetap perlu menyimpan untuk simpanan kecemasan untuk situasi tidak dijangka seperti membayar kerosakan kereta, perkakas rumah yang rosak secara tiba-tiba atau ada ahli keluarga yang jatuh sakit.

    Jadi, dalam pengiraan bajet perbelanjaan hari raya, asingkan juga sejumlah wang dan masukkan dalam tabung simpanan kecemasan. – RELEVAN

    aidilfitri belanja beraya featured kewangan raya wang
    Artikel Terkini

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.