Facebook Twitter
    Trending
    • Anak anda mungkin mangsa buli, ini tanda yang perlu diawasi
    • Obesiti makin kritikal, ancaman terhadap kesihatan negara
    • Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan
    • Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya
    • Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang
    • Ketagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan
    • Memartabatkan bahasa melayu, memaknai kemerdekaan
    • 7 Makanan kegemaran ramai yang diam-diam tingkatkan kolesterol
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Obesiti makin kritikal, ancaman terhadap kesihatan negara

      August 19, 2025

      Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan

      August 18, 2025

      Ketagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan

      August 15, 2025

      7 Makanan kegemaran ramai yang diam-diam tingkatkan kolesterol

      August 14, 2025

      Ancaman kanser prostat, tanda awal kanser prostat dan langkah mengatasinya

      August 11, 2025
    • Kewangan

      Merdekakan diri daripada hidup jadi hamba hutang

      August 11, 2025

      Gaji tak cukup, komitmen makin tinggi. Apa nak jadi?

      August 5, 2025

      RMK13: Beri peluang dan bantuan untuk rakyat miliki rumah sendiri

      August 1, 2025

      RMK13: Bantuan kewangan, gaji lebih tinggi dan subsidi bersasar

      July 31, 2025

      RMK13: Tiga fokus utama RMK13

      July 31, 2025
    • Pendidikan

      Anak anda mungkin mangsa buli, ini tanda yang perlu diawasi

      August 19, 2025

      Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya

      August 18, 2025

      Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang

      August 18, 2025

      Memartabatkan bahasa melayu, memaknai kemerdekaan

      August 15, 2025

      Cikgu marah bukan kerana benci

      August 13, 2025
    • Kerjaya

      Umur persaraan 65 tahun: merdeka atau terikat?

      August 14, 2025

      Merdekakan diri daripada beban kerja tak berkesudahan

      August 8, 2025

      Cara ‘tackle’ bos suka mengkritik

      July 25, 2025

      Bermula dengan skru basikal, diteruskan sebagai legasi permotoran global

      July 23, 2025

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Semantik dinamik, sistem dinamikal, filem realisme dan muzik tradisi dihargai dalam Hadiah Rolf Schock 2024

    Semantik dinamik, sistem dinamikal, filem realisme dan muzik tradisi dihargai dalam Hadiah Rolf Schock 2024

    By March 20, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Grafik oleh Relevan

    KITA selalu dengar tentang Hadiah Nobel yang dianugerahkan setiap tahun kepada tokoh yang memberi impak besar dalam enam bidang, iaitu keamanan, fizik, kimia, fisilogi atau perubatan, sastera dan ekonomi.

    Namun, ada satu lagi hadiah yang tidak kurang prestij dan kepentingannya, iaitu Hadiah Rolf Schock yang diberikan kepada tokoh-tokoh dengan sumbangan besar dalam bidang logik dan falsafah, matematik, seni visual serta seni muzik.

    Hadiah tersebut merupakan warisan ahli falsafah dan seniman Sweden, Rolf Schock yang meninggalkan sejumlah harta untuk penganjurannya sebelum meninggal dunia.

    Hadiah tersebut diberikan sejak 1993 dan bermula 2005, ia dianugerahkan setiap tiga tahun. Penentuan pemenang dibuat oleh Akademi Sains Diraja Sweden (KVA), Akademi Seni Halus Diraja Sweden dan Akademi Muzik Diraja Sweden, sebelum disahkan Yayasan Schock.

    Pada 2024, lima orang tokoh dipilih sebagai penerima Hadiah Rolf Schock untuk empat kategori berbeza. Relevan perkenalkan mereka untuk anda, berpandukan biografi ringkas yang dicatat dalam laman web KVA.

    • Hadiah Logik dan Falsafah
    IRENE HEIM (kiri) dan HANS KAMP

    Dua pemenang dipilih untuk Hadiah Logik dan Falsafah, iaitu Hans Kamp dari Universiti Stuttgart, Jerman dan Irene Heim dari Institut Teknologi Massachusetts (MIT), Amerika Syarikat (AS).

    Hadiah tersebut diberikan atas sumbangan kedua-dua mereka terhadap “pengkonsepan dan pembangunan awal (yang berasingan) semantik dinamik untuk bahasa semula jadi”.

    Pada 1980-an, Kamp dan Heim masing-masing secara berasingan membangunkan penyelesaian untuk masalah bahasa semula jadi (natural language – bahasa yang terbentuk secara semula jadi, bertentangan dengan bahasa ciptaan seperti kod komputer) yang bergantung kepada konteks (context-dependent).

    Menurut KVA, teori Kamp dan Heim membawa perubahan besar dalam bidang bahasa kerana memperkenalkan tahap perwakilan baharu antara ekspresi linguistik dengan interpretasinya.

    Kamp dikenali dalam lapangan linguistik sebagai pengasas Teori Perwakilan Wacana (DRT) manakala Heim bertanggungjawab mengasaskan teori Semantik Perubahan Fail, kedua-duanya pada awal 1980-an.

    • Hadiah Matematik
    LAI-SANG YOUNG

    Hadiah Rolf Schock 2024 dalam Matematik dianugerahkan kepada Lai-Sang Young dari Institut Courant, Universiti New York, AS.

    Menurut KVA, Young menerima hadiah tersebut atas “sumbangan berterusan dan mendalamnya kepada teori sistem dinamikal hiperbolik tidak seragam (non-uniformly hyperbolic dynamical systems)”.

    Young merupakan figura utama dalam teori sistem dinamikal – cabang matematik moden yang memberi tumpuan kepada proses semula jadi dan berulang evolusi masa.

    Young juga mencipta formula untuk hubungan antara dimensi fraktal, entropi dan eksponen Lyapunov yang mengembangkan sistem dinamikal. Lebih signifikan, beliau turut membangunkan Young Tower, binaan matematik yang membolehkan pembuktian susut eksponensial korelasi dalam beberapa sistem.

    • Hadiah Seni Visual
    STEVE MCQUEEN

    Hadiah Rolf Schock 2024 dalam Seni Visual dianugerahkan kepada pengarah, penulis skrip dan seniman Britain, Steve McQueen.

    Menurut KVA, hadiah tersebut dianugerahkan kepada McQueen kerana “realisme yang diwakilinya adalah bersamaan dengan peleraian kelebihan, kuasa dan penindasan, dan sebuah komunikasi jujur tentang detik kegembiraan dan euforia yang tenang; sebuah dukungan terhadap nilai kemanusiaan”.

    Antara filem yang pernah diarahkan McQueen ialah Hunger (2008), Shame (2011) dan 12 Years of Slave (2013).

    Filem Hunger mengangkat McQueen sebagai pemenang hadiah Camera d’Or di Festival Filem Cannes manakala 12 Years of Slave diiktiraf sebagai filem terbaik dalam Anugerah Oscar dan Golden Globe.

    • Hadiah Seni Muzik
    OUMOU SANGARE

    Hadiah Rolf Schock 2024 dalam Seni Muzik dianugerahkan kepada penyanyi dan komposer, Oumou Sangare.

    Menurut KVA, Sangare menerima hadiah tersebut atas “penulisan muzik yang diakari tradisi kuno”. Kata KVA, sebagai antara biduanita terbaik dalam muzik tradisional, Sangare merangkul semua bahagian masyarakat dan menjadi sumber inspirasi pelbagai genre muzik dari seluruh dunia.

    Penyanyi dari Mali itu juga dikenali dengan warna muzik terang dan bertenaga yang sering memuatkan mesej revolusionari tentang hak wanita, tradisi dan kemiskinan.

    Sangare mewakili genre muzik tradisional dari barat Afrika yang digelar Wassoulou yang diilhamkan dari tradisi vokal serta instrumen dari perkampungan di selatan Mali.

    Sangare juga antara penyanyi paling berpengaruh dari Afrika walaupun permulaan hidupnya dikelambu kemiskinan di Mali. Hampir seluruh karier muziknya diabadikan untuk memberi suara kepada golongan tidak bernasib baik dari seluruh dunia. – RELEVAN

    featured filem Hadiah Rolf Schock matematik muzik pendidikan sains Seni Visual

    Artikel berkaitan

    Anak anda mungkin mangsa buli, ini tanda yang perlu diawasi

    August 19, 2025

    Obesiti makin kritikal, ancaman terhadap kesihatan negara

    August 19, 2025

    Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan

    August 18, 2025

    Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya

    August 18, 2025

    Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang

    August 18, 2025

    Ketagih kopi? 8 golongan ini perlu elak kopi demi kesihatan

    August 15, 2025
    Artikel Terkini

    Anak anda mungkin mangsa buli, ini tanda yang perlu diawasi

    August 19, 2025

    Obesiti makin kritikal, ancaman terhadap kesihatan negara

    August 19, 2025

    Bau badan, petunjuk kesihatan yang sering diabaikan

    August 18, 2025

    Kemerdekaan dan tanggungjawab di alam maya

    August 18, 2025

    Adab dan pantang larang menggunakan Jalur Gemilang

    August 18, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.