Facebook Twitter
    Trending
    • Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik
    • Punca bateri telefon sentiasa habis
    • Kubis goreng boleh mengundang kanser?
    • 8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi
    • 5 tabiat pagi yang merosakkan otak
    • 4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah
    • Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini
    • Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kubis goreng boleh mengundang kanser?

      February 5, 2026

      5 tabiat pagi yang merosakkan otak

      February 4, 2026

      4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

      February 4, 2026

      Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

      February 2, 2026

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026
    • Kewangan

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026
    • Pendidikan

      Punca bateri telefon sentiasa habis

      February 6, 2026

      Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini

      February 4, 2026

      Jangan cas telefon sebelah bantal!

      February 2, 2026

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026
    • Kerjaya

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Lindungi diri daripada penipu, selamatkan wang anda

    Lindungi diri daripada penipu, selamatkan wang anda

    By Zubaidah IbrahimMarch 7, 2024Updated:March 7, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PENIPU dan penjenayah siber mengambil kesempatan disebalik kecanggihan teknologi untuk memerangkap mangsa tanpa ada batasan jarak dan masa.- Gambar hiasan/Freepik

    PENIPU atau scammer telah wujud sejak sekian lama dan seiring perubahan waktu cara mereka menipu juga semakin licik tambahan pula dengan bantuan teknologi memudahkan lagi kerja mereka untuk memerangkap mangsa.

    Dengan hanya berbekalkan komputer riba dan telefon pintar, penipu boleh memerangkap mangsa tanpa batasan geografi ataupun masa. Maksudnya, mereka berada di mana-mana sahaja, di dalam mahupun di luar negara.

    Betapa liciknya mereka ini, dengan hanya menekan satu pautan, duit anda dalam bank boleh lesap sekelip mata. Bersusah-payah anda menabung bertahun-tahun.

    Oleh itu, penting untuk kita sedar dan berjaga-jaga dengan kejahatan penipu supaya tidak terpedaya dengan tipu helah mereka. Berikut Relevan kongsikan tujuh langkah untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa scammer.

    1. Kenal pasti jenis penipuan

    Terdapat pelbagai jenis penipuan kewangan seperti penipuan pembayaran mudah alih, menyamar sebagai perekrut pekerjaan, menjerat mangsa dengan cinta, menawarkan pinjaman pendidikan, menyamar sebagai pengutip hutang dan menawarkan pulangan pelaburan yang lumayan.

    Penipu juga menyamar sebagai ahli keluarga atau kenalan rapat untuk meminta bantuan kewangan atau dengan niat mencuri maklumat peribadi anda.

    2. Semak akaun bank anda

    Semak kad kredit dan penyata perbankan anda sekurang-kurangnya sekali seminggu dan siasat sebarang caj yang mencurigakan. Walaupun ada satu caj kecil ia boleh membuka ‘pintu’ kepada penipu untuk mencuri duit anda dan menjadi petanda permulaan masalah yang lebih besar pada masa akan datang.

    Oleh itu, bertindak segera jika anda mendapati ada caj pembayaran yang mencurigakan dari akaun perbankan anda. Hubungi

    institusi kewangan dengan segera dan maklumkan kepada mereka mengenai perkara tersebut.

    3. Kata laluan yang kukuh dan kerap ditukar

    Adalah penting untuk menggunakan kata laluan yang kukuh supaya akaun dalam talian dilindungi daripada penceroboh. Lebih baik lagi jika anda menukarnya dengan kerap. Pastikan juga anda tidak menggunakan kata laluan yang sama untuk pelbagai akaun yang lain.

    4. Internet yang selamat

    Cuba elak menggunakan Wi-Fi awam kerana ia kurang selamat dan boleh menyebabkan anda terdedah kepada penggodam. Jika menggunakan komputer awam  seperti di perpustakaan, sentiasa log keluar daripada mana-mana akaun yang anda telah log masuk sebelum meninggalkan tempat itu. J

    ika anda membeli-belah dalam talian atau memasukkan apa-apa jenis maklumat sensitif, pastikan anda menggunakan tapak web yang selamat. Begitu juga sambungan Internet.

    5. Semak alamat e-mel dan pautan

    Penipu sangat bijak untuk menarik orang ramai mengklik pautan berniat jahat. Mereka menyamar sebagai wakil daripada kerajaan, agensi atau syarikat untuk membuatkan anda

    percaya. Mereka bukan sahaja bijak memperdaya tetapi juga membuat anda rasa terdesak mahu klik pautan tanpa membacanya sepenuhnya. Sentiasa baca e-mel dan pautan dengan teliti untuk memastikan ia sah.

    Jika anda tidak pasti, hubungi terus syarikat atau agensi kerajaan terbabit untuk mengesahkan sama ada mereka menghantarnya kepada anda atau tidak.

    6. Carik maklumat sensitif

    Jangan buang sebarang kertas yang mengandungi maklumat sensitif sebelum mengoyak atau mencarikkannya. Mereka yang berniat jahat sanggup ‘menyelam’ ke dalam sampah untuk mendapatkan maklumat seperti nombor akaun dan kata laluan.

    Scammer juga akan menggunakannya untuk mengakses data anda atau mencuri identiti anda. Ingat, pastikan anda carikkan penyata bank, maklumat cukai dan maklumat-maklumat sulit yang lain.

    7. Mendidik diri 

    Cara terbaik untuk melindungi diri daripada menjadi mangsa penipuan kewangan adalah dengan mendidik diri tentang penipuan itu dan sentiasa berwaspada dengan taktik-taktik baharu penipu yang menggunakan pelbagai helah untuk memerangkap anda. – RELEVAN

    Previous ArticleBeruntung majikan ada pekerja wanita, ini 5 kelebihan kaum hawa
    Next Article Penipuan pelaburan malar segar yang digelar Skim Ponzi

    Artikel berkaitan

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026

    Punca bateri telefon sentiasa habis

    February 6, 2026

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    February 5, 2026

    8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

    February 5, 2026

    5 tabiat pagi yang merosakkan otak

    February 4, 2026

    4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

    February 4, 2026
    Artikel Terkini

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026

    Punca bateri telefon sentiasa habis

    February 6, 2026

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    February 5, 2026

    8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

    February 5, 2026

    5 tabiat pagi yang merosakkan otak

    February 4, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.