Facebook Twitter
    Trending
    • Formula 70-20-10 dalam uruskan kewangan peribadi
    • Kisah di sebalik nama 9 Kapal Flotilla
    • Bukan tak cukup duit tetapi tak cukup kawal diri
    • Hati-hati, fon telinga boleh jadi punca hilang deria pendengaran
    • 7 figura ternama dunia menghidap Sindrom Asperger
    • Influenza A – kenali simptom dan cara menjaga diri
    • Sejarah 19 tahun pelayaran bantuan ke Gaza
    • Bahaya minum air botol ditinggalkan dalam kereta
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Hati-hati, fon telinga boleh jadi punca hilang deria pendengaran

      October 8, 2025

      7 figura ternama dunia menghidap Sindrom Asperger

      October 7, 2025

      Influenza A – kenali simptom dan cara menjaga diri

      October 7, 2025

      Bahaya minum air botol ditinggalkan dalam kereta

      October 6, 2025

      Apa yang perlu anda tahu mengenai kanser payudara 

      October 1, 2025
    • Kewangan

      Formula 70-20-10 dalam uruskan kewangan peribadi

      October 8, 2025

      Bukan tak cukup duit tetapi tak cukup kawal diri

      October 8, 2025

      Panduan BUDI95 yang wajib anda tahu

      September 25, 2025

      Satu kad yang membawa pelbagai rahmat

      September 24, 2025

      Inflasi naik 1.3 peratus pada Ogos 2025 – DOSM

      September 23, 2025
    • Pendidikan

      Kisah di sebalik nama 9 Kapal Flotilla

      October 8, 2025

      Sejarah 19 tahun pelayaran bantuan ke Gaza

      October 6, 2025

      Siapa 23 sukarelawan GSF ditahan Israel?

      October 3, 2025

      Global Sumud Flotilla: Apa yang kita tahu setakat ini

      October 3, 2025

      Global Sumud Flotilla: Israel langgar undang-undang laut antarabangsa

      October 2, 2025
    • Kerjaya

      Tujuh cara untuk menonjolkan diri dalam resume

      October 1, 2025

      4 kerja sambilan boleh dilakukan pelajar

      September 19, 2025

      Budaya hustle demi hasil ‘bunuh’ kesihatan mental

      September 17, 2025

      Apa langkah seterusnya selepas tamat pengajian?

      September 12, 2025

      Rajin bekerja sahaja tidak cukup, perlu tahu cara menjual kelebihan diri

      September 10, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Cara merawat gigitan dan menghalang jangkitan pepijat

    Cara merawat gigitan dan menghalang jangkitan pepijat

    By February 2, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PEPIJAT merupakan sejenis serangga kecil yang bersifat parasit. - GAMBAR DEPOSITPHOTOS

    KITA semua pernah jumpa manusia yang bercakap angkuh tak berhenti, gelak bingit-bingit tak peduli orang atau yang jenis makan tak tutup mulut, dia mahu semua orang dengar jeritan makanannya yang dikunyah.

    Tapi dari semua tabiat itu, tak ada siapa yang dapat melawan jengkelnya seekor serangga bernama pepijat. 

    Betul. Orang makan berbunyi kita boleh suruh dia tutup mulut tapi pepijat, kita nak suruh apa? 

    Ia akan terus menghuni bucu tilam yang terlipat, membiak tanpa kawalan dan waktu kita tidur, menikam stiletnya, menghisap darah dan meninggalkan bengkak serta gatal-gatal pada badan.

    Lebih teruk lagi, jangkitan pepijat sukar dihapuskan. Masing-masing boleh hidup paling lama pun kira-kira setahun tetapi ia membiak dengan cepat. 

    Seekor pepijat boleh bertelur, secara purata, sebiji telur sehari. Pada waktu subur merenyam, boleh sampai lima ke tujuh biji.

    Namun, pepijat bukanlah penjahat ulung yang tak mampu ditewaskan. Ada cara dan tekniknya. Ikuti perkongsian ini.

    Pepijat itu apa? 

    Pepijat merupakan sejenis serangga kecil yang bersifat parasit. Ia memerlukan darah manusia atau binatang untuk terus hidup.

    Walaupun tidak menyebarkan penyakit, gigitan pepijat sangat merimaskan. Ia menyebabkan kulit menjadi gatal dan kemerahan. 

    Pada waktu siang, susah nak jumpa pepijat sebab ia makhluk nokturnal – hidupnya aktif di waktu malam, terutamanya waktu lazim manusia tidur. 

    Malah, saiz kecilnya juga menyebabkan ia susah nak ditemui. Tempat kegemarannya di bucu atau kelim tilam dan bantal.

    Jika anda digigit pepijat, terdapat kesan merah dan sedikit membengkak pada kulit. Sebab itu kadang-kadang kita keliru sebab kesan gigitannya tak jauh beza dengan gigitan nyamuk, kutu atau ruam biasa.

    Malah, kesannya juga tak terus muncul. Ketika menggigit, pepijat akan menyuntik bahan anestetik dan antigumpal yang menghalang darah daripada membeku. Ia juga menyebabkan kita tidak berasa sakit ketika digigit.

    Cara merawat gigitan pepijat

    Walaupun tidak membahayakan kesihatan, rasa gatal pada kesan gigitan pepijat membuatkan kita geram nak garu. Kalau kita menggaru secara berlebihan, ia boleh menyebabkan jangkitan.

    Akademi Dermatologi Amerika Syarikat (AAD) mencadangkan langkah berikut untuk mengurangkan rasa tak selesa pada bekas gigitan pepijat:

    • Bersihkan kesan gigitan dengan air dan sabun.
    • Sapu krim kortikosteroid (antiradang kulit) atau losyen kalamin (losyen kulit) untuk membantu mengurangkan kegatalan dan keradangan.
    • Gunakan antihistamin untuk melegakan simptom.

    Jika anda mengalami terlalu banyak gigitan, kulit melepuh, tindak balas alergik atau tanda-tanda jangkitan kulit (kemerahan, nanah, cecair meleleh), sila berjumpa doktor.

    Cara nak halang jangkitan pepijat

    Cara terbaik adalah dengan menjauhi pepijat seboleh mungkin. 

    Pepijat suka ‘menumpang’ dalam barang yang kita bawa dan menjangkiti seluruh bilik dalam masa yang singkat. Ia mungkin menyorok dalam beg, baju atau apa-apa barang.

    Ia juga boleh bergerak dari bilik ke bilik atau dari rumah ke rumah melalui lantai, lubang pada pintu, alat elektrik, perabot, buku atau pakaian.

    Boleh jadi juga, pepijat masuk ke rumah anda melalui perabot dan barang terpakai. Selalu periksa barang-barang yang dibeli sebelum bawa masuk ke rumah.

    Anda juga boleh bawa pulang pepijat selepas melancong. Berikut merupakan tip untuk mengelak membawa balik pepijat apabila melancong.

    • Jangan letak bagasi di atas karpet, tilam atau perabot berkusyen. Letakkan bagasi dalam tab mandi atau atas meja bilik air sementara anda periksa tanda-tanda pepijat dalam bilik.
    • Periksa kesan darah gelap, tompok hitam atau kulit pepijat kering pada cadar, kelim tilam dan bantal.
    • Periksa juga kepala katil, laci meja, sofa dan kerusi.

    Apabila pulang ke rumah, buat perkara berikut:

    • Periksa kehadiran pepijat pada bagasi dan beg di luar sebelum bawa masuk ke rumah.
    • Gunakan penyedut hampagas atau pengewap (steamer) pada beg dan bagasi untuk menghapuskan pepijat dan telur-telurnya.
    • Basuh dan keringkan pakaian, termasuk yang belum dipakai, menggunakan suhu tinggi. – RELEVAN

    featured kesihatan pepijat

    Artikel berkaitan

    Formula 70-20-10 dalam uruskan kewangan peribadi

    October 8, 2025

    Kisah di sebalik nama 9 Kapal Flotilla

    October 8, 2025

    Bukan tak cukup duit tetapi tak cukup kawal diri

    October 8, 2025

    Hati-hati, fon telinga boleh jadi punca hilang deria pendengaran

    October 8, 2025

    7 figura ternama dunia menghidap Sindrom Asperger

    October 7, 2025

    Influenza A – kenali simptom dan cara menjaga diri

    October 7, 2025
    Artikel Terkini

    Formula 70-20-10 dalam uruskan kewangan peribadi

    October 8, 2025

    Kisah di sebalik nama 9 Kapal Flotilla

    October 8, 2025

    Bukan tak cukup duit tetapi tak cukup kawal diri

    October 8, 2025

    Hati-hati, fon telinga boleh jadi punca hilang deria pendengaran

    October 8, 2025

    7 figura ternama dunia menghidap Sindrom Asperger

    October 7, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.