Facebook Twitter
    Trending
    • Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza
    • Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?
    • 10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi
    • Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka
    • Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?
    • Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini
    • 5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan
    • Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza

      February 28, 2026

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026
    • Kewangan

      Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

      February 26, 2026

      Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

      February 25, 2026

      5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

      February 23, 2026

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026
    • Pendidikan

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026

      Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

      February 18, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 makanan kaya dengan probiotik, bantu kurus dan cantikkan kulit

    5 makanan kaya dengan probiotik, bantu kurus dan cantikkan kulit

    By Umi FatehahJanuary 30, 2024Updated:January 30, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 makanan kaya dengan probiotik, bantu kurus dan cantikkan kulit. - GAMBAR HIASAN MAKA FOOD/PEXELS

    PROBIOTIK ialah bakteria hidup dan yis yang baik untuk badan, terutamanya untuk sistem penghadaman. Badan kita sebenarnya penuh dengan bakteria baik dan jahat. Probiotik sering digelar sebagai bakteria baik kerana ia membantu menjaga usus kita.

    Selain menjaga kesihatan usus, probiotik juga mempunyai faedah lain seperti mengurangkan kemurungan, mengekalkan kesihatan jantung dan meningkatkan imuniti. Sesetengah kajian juga menyatakan bahawa probiotik mungkin boleh membuatkan kulit muka kelihatan lebih cantik.

    Mengambil probiotik dalam bentuk makanan tambahan adalah satu cara popular untuk meningkatkan jumlah bakteria baik dalam badan. Tetapi, anda juga boleh mendapatkannya daripada makanan seperti berikut.

    1. Yogurt
    Yogurt. – GAMBAR ANUSHA A/UNSPLASH

    Yogurt adalah salah satu sumber probiotik yang terbaik. Ia diperbuat daripada susu yang ditapai oleh probiotik, terutamanya daripada bakteria asid laktik dan bifidobakteria.

    Faedah kesihatan yang dikaitkan dengan makan yogurt termasuk mengurangkan risiko diabetes, mengurangkan risiko kanser payudara dan kolon serta mendorong kepada pengurusan berat badan yang lebih baik.

    Selain itu, yogurt mungkin sesuai untuk orang yang mempunyai lactose intolerant. Ini kerana bakteria menukar sebahagian daripada laktosa kepada asid laktik iaitu elemen yang membuatkan yogurt rasa masam.

    Tetapi perlu diingat bahawa tidak semua yogurt mengandungi probiotik hidup. Proses penghasilan yogurt itu sendiri kadangkala boleh membunuh bakteria hidup. Atas sebab ini, pastikan anda memilih yogurt dengan bakteria hidup.

    1. Kefir
    Kefir

    Kefir ialah minuman susu probiotik yang ditapai. Ia dibuat dengan menambah bijirin kefir kepada susu lembu atau kambing. Perkataan “kefir” dipercayai berasal daripada perkataan Turkiye iaitu “keyif”, yang bermaksud berasa baik selepas makan.

    Kefir telah dikaitkan dengan pelbagai manfaat kesihatan. Ia boleh meningkatkan kesihatan tulang, membantu masalah pencernaan dan melindungi daripada jangkitan. Kefir juga boleh menjadi pilihan yang baik untuk orang yang mempunyai lactose intolerant.

    Kefir mengandungi beberapa strain utama bakteria baik dan yis, menjadikannya sumber probiotik yang lebih kuat berbanding yogurt.

    1. Tempe
    Tempe

    Siapa di antara anda yang suka makan tempe? Teruskan tabiat yang baik itu kerana tempe merupakan makanan yang bagus untuk anda yang perlu mengurangkan pengambilan protein daripada ayam dan daging.

    Tempe juga dikenali sebagai protein berasaskan tumbuhan. Proses menghasilkan tempe melibatkan penapaian yang menggunakan kacang soya. Penapaian juga menghasilkan beberapa vitamin B12 iaitu nutrien yang pada asalnya tidak terkandung dalam kacang soya.

    1. Kimchi
    Kimchi. – GAMBAR PORTUGESE GRAVITY/UNSPLASH

    Kimchi ialah hidangan sampingan Korea yang ditapai dan mempunyai rasa pedas-pedas. Kubis biasanya merupakan bahan utama tetapi ia juga boleh dibuat daripada sayur-sayuran lain seperti lobak putih.

    Kimchi diperisakan dengan campuran perasa seperti kepingan cili merah kering (chilli flakes), bawang putih, halia, daun bawang dan garam. Ia mengandungi bakteria lactobacillus dan bakteria asid laktik lain yang boleh memberi manfaat kepada kesihatan pencernaan.

    Kimchi yang diperbuat daripada kubis kaya dengan beberapa vitamin dan mineral, termasuk vitamin K, riboflavin (vitamin B2), dan zat besi.

    1. Miso
    Miso

    Miso ialah salah satu elemen perasa dalam masakan Jepun. Ia dibuat secara tradisional dengan menapai kacang soya dengan garam dan kulat yang dipanggil koji.

    Miso juga boleh dibuat dengan mencampurkan kacang soya dengan bahan lain seperti barli dan beras. Orang Jepun kerap menggunakan pes ini dalam sup miso iaitu makanan yang kebiasaannya dihidang sebagai sarapan pagi di Jepun.

    Miso adalah sumber protein dan serat yang baik. Ia juga tinggi dalam pelbagai vitamin, mineral dan sebatian tumbuhan termasuk vitamin K.

    Sesetengah kajian mencadangkan bahawa miso juga boleh mengurangkan risiko kanser, obesiti dan tekanan darah tinggi. Ia juga boleh membantu menormalkan tahap kolesterol anda.

    Pertimbangkan untuk mengambil probiotik daripada sumber makanan di atas sebelum mencuba untuk mengambil makanan tambahan atau suplemen yang dijual di pasaran. Selain lebih murah, ia juga dijamin akan memberi kesan positif kepada kesihatan seluruh tubuh badan. – RELEVAN

    Previous ArticleSatu hari di Pasar Boco: azam lama, nostalgia dan aroma mandiri
    Next Article Apa itu sindrom patah hati? Simptom sama dengan serangan jantung

    Artikel berkaitan

    Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza

    February 28, 2026

    Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

    February 26, 2026

    Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka

    February 25, 2026

    Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

    February 25, 2026

    Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

    February 24, 2026

    5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

    February 23, 2026
    Artikel Terkini

    Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza

    February 28, 2026

    Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

    February 26, 2026

    10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

    February 25, 2026

    Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka

    February 25, 2026

    Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

    February 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.