Facebook Twitter
    Trending
    • Apa langkah seterusnya selepas tamat pengajian?
    • Jangan ambil ‘pen kurus’ sembarangan
    • ‘Demam’ kumpul patung Labubu, apa kata Islam?
    • Global Sumud Flotilla: Solidariti dunia rentas lautan demi Gaza
    • Riben kuning jadi ingatan, bendung cubaan bunuh diri
    • Rajin bekerja sahaja tidak cukup, perlu tahu cara menjual kelebihan diri
    • Jangan diam kalau dibuli
    • 5 matlamat kewangan selepas umur 30
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan ambil ‘pen kurus’ sembarangan

      September 12, 2025

      Riben kuning jadi ingatan, bendung cubaan bunuh diri

      September 10, 2025

      Pempengaruh ubah kehidupan dengan diet ‘suku suku separuh’

      September 9, 2025

      Asyik tidur waktu siang? 

      September 9, 2025

      5 tanaman penyeri dalam rumah

      September 4, 2025
    • Kewangan

      5 matlamat kewangan selepas umur 30

      September 9, 2025

      RM100 MyKasih: Barang mana patut didahulukan?

      September 5, 2025

      Tuanku Abdul Rahman, tokoh tertera di mata wang ringgit Malaysia

      September 3, 2025

      Bantuan RM100 SARA MyKasih – Senarai barang, cara tebus dan lokasi pasar raya

      September 2, 2025

      BNPL – budaya hutang alaf baru yang mengancam generasi kini

      August 21, 2025
    • Pendidikan

      ‘Demam’ kumpul patung Labubu, apa kata Islam?

      September 11, 2025

      Global Sumud Flotilla: Solidariti dunia rentas lautan demi Gaza

      September 11, 2025

      Jangan diam kalau dibuli

      September 10, 2025

      Fakta semesta: Apa itu fenomena ‘Blood Moon’ ?

      September 8, 2025

      Persiapan lengkap sebelum menjejak kaki ke universiti

      September 5, 2025
    • Kerjaya

      Apa langkah seterusnya selepas tamat pengajian?

      September 12, 2025

      Rajin bekerja sahaja tidak cukup, perlu tahu cara menjual kelebihan diri

      September 10, 2025

      Graduan cari kerja, pasaran cari pengalaman

      August 29, 2025

      Minat guru semakin luntur, masa depan negara berisiko

      August 22, 2025

      Smokey Nagata: Pencinta keunikan dan kelajuan dalam dunia automotif

      August 20, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jurang kekayaan semakin melebar, perlu 229 tahun untuk hapuskan kemiskinan tegar

    Jurang kekayaan semakin melebar, perlu 229 tahun untuk hapuskan kemiskinan tegar

    By January 18, 20245 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PEKERJA di seluruh dunia terpaksa bekerja lebih keras dan lama untuk gaji pada paras kemiskinan. - GAMBAR HIASAN/EUGENE NELMIN (Unsplash)

    KEKAYAAN lima individu terkaya dunia meningkat lebih dua kali ganda sejak 2020 dan dalam masa sama, hampir lima bilion manusia lain semakin miskin.

    Menurut Oxfam International, lima individu terkaya dunia seperti dalam senarai Forbes meningkatkan kekayaan mereka daripada AS$405 bilion (RM1.91 trilion) kepada AS$869 bilion (RM4.1 trilion) sejak 2020, dengan kadar AS$14 juta (RM66.03 juta) setiap jam.

    Katanya, jika trend itu berterusan, dunia akan menemui trilionair pertamanya dalam tempoh sedekad, sedangkan kemiskinan tegar memerlukan 229 tahun untuk dihapuskan.

    Fakta-fakta itu merupakan dapatan daripada laporan Inequality Inc. yang diterbitkan pada 15 Januari.

    Laporan sama turut mendedahkan bahawa tujuh daripada 10 syarikat terbesar dunia mempunyai ketua pegawai eksekutif (CEO) atau pemegang saham prinsipal yang bertaraf bilionair.

    Syarikat-syarikat tersebut juga bernilai AS$10.2 trilion (RM48.11 trilion), lebih tinggi berbanding gabungan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) semua negara dalam benua Afrika dan Amerika Latin.

    Dekad perpecahan

    Pengarah Eksekutif interim Oxfam International, Amitabh Behar menganggap data-data berkenaan jurang kekayaan yang dikumpul dalam tempoh beberapa tahun ini merupakan permulaan kepada dekad perpecahan (decade of division).

    Ia merujuk kepada pelebaran jurang kekayaan yang semakin ekstrem, khususnya apabila orang ramai terpaksa menanggung hentakan ekonomi akibat pandemik, inflasi dan peperangan sementara kekayaan bilionair terus meningkat.

    “Ketaksaksamaan ini bukan kemalangan; kelas bilionair sedang memastikan syarikat-syarikat terus menambah kekayaan mereka dengan mengorbankan orang lain.

    “Kuasa korporat yang tak terkawal (runaway corporate) dan monopoli adalah mesin yang menjana ketaksaksamaan. Dengan memerah tenaga pekerja, mengelak cukai, menswastakan negara dan mendorong perubahan iklim, syarikat-syarikat mengalirkan kekayaan tanpa hujung kepada pemilik ultrakaya mereka,” katanya dalam kenyataan pada 15 Januari.

    Malah, bagi Behar, bukan sekadar kekayaan yang dialirkan kepada ultrakaya tetapi juga kuasa. Dan ia menghakis demokrasi dan hak orang ramai.

    Kata beliau, tidak ada mana-mana syarikat atau individu yang patut mempunyai kuasa sebesar itu terhadap ekonomi dan kehidupan orang ramai.

    “Mudahnya, tidak ada manusia yang sepatutnya memiliki 1 bilion dolar,” tegasnya.

    Monopoli meraja

    Menurut Oxfam, dalam tempoh tiga tahun ini, pertumbuhan mendadak kekayaan melampau sangat kukuh sementara kemiskinan tegar global tertakung pada tahap sebelum pandemik.

    Katanya, kekayaan para bilionair meningkat 3.3 trilion sejak 2020 dan meningkat tiga kali ganda lebih cepat berbanding kadar inflasi.

    Terdapat tiga fakta yang dikongsikan Oxfam, menunjukkan ancaman monopoli yang semakin membesar dan membimbangkan.

    • Bernard Arnault menjadi manusia kedua terkaya dunia hasil pemilikan empayar barangan mewah, LVMH yang telah didenda badan antipakatan Perancis. Beliau juga memiliki rangkaian media terbesar Perancis, iaitu Les Echos dan Le Parisien.
    • Orang terkaya Afrika, Aliko Dangote hampir memonopoli industri simen di Nigeria. Pengembangan empayarnya kepada industri minyak membangkitkan kebimbangan tentang monopoli swasta yang baharu.
    • Kekayaan Jeff Bezos meningkat AS$32.7 bilion (RM154.23 bilion) sejak 2020. Kerajaan Amerika Syarikat (AS) telah menyaman sumber pendapatan Bezos, Amazon kerana menggunakan kuasa monopolinya untuk menaikkan harga, mengurangkan kualiti perkhidmatan untuk pembeli dan melumpuhkan persaingan.

    “Monopoli membahayakan inovasi dan membunuh pekerja serta perniagaan kecil.

    “Dunia belum lupa bagaimana monopoli syarikat farmaseutikal merampas hak berjuta orang untuk vaksin Covid-19, mencipta aparteid vaksin yang perkauman sementara memulakan kumpulan baharu bilionair,” kata Behar.

    Campur tangan

    Dedah Oxfam, pekerja di seluruh dunia terpaksa bekerja lebih keras dan lama, kebanyakannya untuk gaji di paras kemiskinan dan pekerjaan yang tidak tentu serta tidak selamat.

    Pertubuhan melawan kemiskinan itu mendakwa, gaji hampir 800 juta pekerja tidak mampu mengejar inflasi dan pekerja kehilangan AS$1.5 trilion (RM7.07 trilion) dalam tempoh dua tahun lalu, bersamaan kehilangan hampir 25 hari gaji untuk setiap pekerja.

    Malah, analisis Oxfam untuk data World Benchmarking Alliance yang melibatkan 1,600 syarikat terbesar dunia menunjukkan hanya 0.4 peratus daripada mereka secara awam menyatakan komitmen untuk membayar gaji kehidupan wajar dan menyokong gaji kehidupan wajar dalam rantaian nilai mereka.

    Dalam keadaan semasa, dunia memerlukan 1,200 tahun bagi wanita yang bekerja dalam sektor kesihatan dan sosial mempunyai gaji setahun yang setara dengan purata CEO dalam syarikat 100 Fortune.

    Bagi Behar, campur tangan kerajaan diperlukan kerana kuasa awam dapat mengekang kuasa korporat yang tak terkawal dan ketaksaksamaan, seterusnya membentuk pasaran yang lebih adil serta bebas daripada kawalan jutawan.

    “Kerajaan perlu campur tangan untuk memecahkan monopoli, memperkasa pekerja, mencukai keuntungan besar syarikat dan paling penting, melabur dalam era baharu barangan dan perkhidmatan awam.

    “Semua syarikat mempunyai tanggungjawab untuk bertindak tetapi terlalu sedikit yang berbuat demikian. Kerajaan harus memulakan langkah.

    “Ada tindakan yang pembuat polisi boleh pelajari, dari penguasa antimonopoli AS menyaman Amazon sehingga Suruhanjaya Eropah yang meminta Google memecahkan perniagaan pengiklanan dalam taliannya, serta perlawanan bersejarah Afrika untuk membentuk semula undang-undang cukai antarabangsa,” katanya.

    Untuk itu, Oxfam mencadangkan langkah yang boleh diambil kerajaan-kerajaan dunia untuk mengurangkan jurang antara golongan ultrakaya dengan masyarakat lain.

    • Mencergaskan semula kuasa negara

    Kuasa negara yang dinamik dan berkesan ialah benteng terkuat terhadap kuasa korporat yang melampau.

    Kerajaan harus memastikan pembekalan penjagaan kesihatan dan pendidikan yang sejagat serta meneroka barangan yang dihantar secara awam dan pilihan awam dalam sektor-sektor dari tenaga hingga pengangkutan.

    • Kawalan kuasa korporat

    Kawalan kuasa korporat termasuk dengan memecahkan monopoli serta mendemokrasikan undang-undang paten.

    Ini termasuk menjadikan gaji kehidupan wajar sebagai undang-undang, mengehadkan gaji CEO dan cukai baharu untuk golongan ultrakaya dan syarikat besar, merangkumi cukai kekayaan dan untung berlebihan yang kekal.

    Oxfam menjangkakan, cukai kekayaan terhadap jutawan dan bilionair dunia boleh menjana AS$1.8 trilion (RM8.49 trilion) setahun.

    • Mereka semula perniagaan

    Perniagaan yang kompetitif dan menguntungkan tak seharusnya dikongkong ketamakan pemegang saham.

    Perniagaan yang dimiliki secara demokratik dapat membahagikan keuntungan dengan lebih adil dan saksama.

    Jika hanya 10 peratus daripada perniagaan di AS dimiliki oleh pekerja, ia boleh meningkatkan kekayaan golongan separuh termiskin di AS sebanyak dua kali ganda, termasuk menggandakan purata kekayaan golongan kulit hitam di negara itu. – RELEVAN

    ekonomi featured jurang kekayaan kewangan Oxfam

    Artikel berkaitan

    Jangan ambil ‘pen kurus’ sembarangan

    September 12, 2025

    ‘Demam’ kumpul patung Labubu, apa kata Islam?

    September 11, 2025

    Global Sumud Flotilla: Solidariti dunia rentas lautan demi Gaza

    September 11, 2025

    Riben kuning jadi ingatan, bendung cubaan bunuh diri

    September 10, 2025

    Rajin bekerja sahaja tidak cukup, perlu tahu cara menjual kelebihan diri

    September 10, 2025

    Jangan diam kalau dibuli

    September 10, 2025
    Artikel Terkini

    Apa langkah seterusnya selepas tamat pengajian?

    September 12, 2025

    Jangan ambil ‘pen kurus’ sembarangan

    September 12, 2025

    ‘Demam’ kumpul patung Labubu, apa kata Islam?

    September 11, 2025

    Global Sumud Flotilla: Solidariti dunia rentas lautan demi Gaza

    September 11, 2025

    Riben kuning jadi ingatan, bendung cubaan bunuh diri

    September 10, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.