Facebook Twitter
    Trending
    • Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?
    • Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra
    • Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?
    • Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?
    • 6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia
    • Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?
    • Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap
    • Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026

      Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza

      February 28, 2026

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026
    • Kewangan

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026

      Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

      March 3, 2026

      Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

      March 2, 2026

      Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

      February 26, 2026
    • Pendidikan

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Laluan pendidikan dalam bidang Game Development

    Laluan pendidikan dalam bidang Game Development

    By Umi FatehahJanuary 10, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Laluan pendidikan dalam bidang Game Development. - GAMBAR HIASAN GLENN CARSTENS/UNSPLASH

    INTERNET dan aplikasi web merangkumi sebahagian besar kehidupan kita dalam era pendigitalan ini. Dengan kewujudan internet, industri permainan video dalam talian juga semakin berkembang. 

    Justeru itu, permintaan kerjaya dalam bidang pembuatan permainan video juga semakin meningkat.

    Bagi adik-adik yang gemar bermain permainan video, jangan jadikan ia sebagai hobi sahaja. Apa kata adik-adik tanam impian untuk menjadi seorang Game Developer atau pembangun permainan video. 

    Pembangun permainan video bertanggungjawab mereka bentuk, mengatur cara dan menguji permainan. Kerja mereka melibatkan penciptaan kandungan visual permainan serta penulisan kod program yang diperlukan untuk melaksanakan ciri-cirinya.

    Pembangun permainan video mencipta spesifikasi untuk permainan dan menggunakan spesifikasi tersebut untuk membangunkan permainan. Mereka mencipta jalan cerita, watak, aktiviti, sistem pemarkahan dan lain-lain ciri yang diperlukan dalam permainan video.

    Bidang profesional ini menggunakan bahasa pengaturcaraan (programming languages) untuk menulis kod yang membekalkan logik dan membolehkan pemain berinteraksi dengan permainan. 

    Tetapi tugas pembangun permainan video tidak berhenti di situ. Sepanjang proses pembangunan, mereka juga perlu menguji permainan dan kod nyahpepijat (debug code) untuk memastikan pengguna mempunyai pengalaman yang lancar.

    Paling lumayan, anda berpeluang untuk bekerja di bawah syarikat permainan video di luar negara. Semestinya gaji yang ditawarkan juga mewah. 

    Berminat untuk menjadi pembangun permainan video? Baca artikel ini sampai habis supaya anda tahu apa yang perlu dilakukan untuk mencapai cita-cita tersebut.

    Bagaimana mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang ini?

    Berikut merupakan beberapa cara yang boleh dilakukan sekiranya anda mempunyai hasrat untuk berkecimpung dalam industri permainan video. 

    Anda tidak perlu lakukan semuanya tetapi lebih baik anda menghadiri pelbagai kursus agar anda mampu menguasai bidang ini dengan lebih baik.

    Langkah pertama adalah dengan mendapatkan ijazah daripada universiti atau kolej dalam program sains komputer, animasi atau bidang berkaitan.

    Ijazah yang diiktiraf dari universiti-universiti membolehkan anda menguasai asas kemahiran pengaturcaraan dan pembangunan permainan video dengan lebih tersusun dan sistematik.

    Walau bagaimanapun, disebabkan perkembangan bidang pembangunan permainan yang pesat, mungkin sesetengah program di institut pengajian agak ketinggalan dan tidak menawarkan latihan praktikal yang relevan.

    Langkah kedua ialah menghadiri kursus pengekodan yang menawarkan ilmu dan latihan spesifik dalam pembangunan permainan.

    Kelebihan langkah ini, anda boleh memilih sendiri kursus spesifik seperti yang dimahukan. Namun, ia memerlukan disiplin dan pengurusan masa yang baik.

    Terakhir, anda boleh belajar sendiri menggunakan banyak sumber yang tersedia secara percuma di internet. 

    Pilihannya mungkin terhad tetapi dengan kegigihan sendiri, banyak perkara yang boleh dipelajari. Lebih-lebih lagi, anda boleh meneroka ilmu-ilmu yang ada dengan bebas tanpa sekatan silibus.

    Kemahiran yang diperlukan untuk menjadi pembangun permainan video

    Walaupun ilmu yang boleh diteroka dalam bidang pembangunan permainan video sangat luas, terdapat beberapa kemahiran asas yang perlu dikuasai, seperti berikut:

    • Bahasa pengaturcaraan – Perlu mengetahui sekurang-kurangnya satu bahasa pengaturcaraan. Antara yang paling kerap digunakan dalam pembangunan permainan ialah C# (seakan dengan Java). Pembangun permainan juga mungkin perlu mengetahui bahasa pengaturcaraan Python dan Lua.

      Lebih banyak bahasa pengaturcaraan yang dikuasai, lebih banyak yang anda boleh lakukan dan akan kekal menonjol berbanding pembangun yang lain.

    • Permodelan 2D/3D – Anda seharusnya mempunyai kemahiran untuk menghasilkan model 2D/3D menggunakan perisian seperti Unity, Maya, Blender dan RealFlow. Hal ini kerana, hampir kesemua permainan video memaparkan grafik 2D/3D.

      Di era pendigitalan yang semakin canggih ini, tidak mustahil anda mungkin diminta untuk menghasilkan grafik dalam permodelan 4D.

    • Kepakaran pengaturcaraan – Perlu menguasai sekurang-kurangnya satu kepakaran pengaturcaraan. Contohnya, jika sedang mengusahkan pada bahagian mekanik permainan, anda perlu tahu tentang animasi dan fizik.

      Mekanik permainan ditakrifkan sebagai sebarang tindakan dilakukan oleh pemain yang mengubah suai keadaan permainan iaitu kedudukan dan ciri khusus semua objek dan persekitaran yang terdapat dalam permainan.

      Mekanik permainan, pada asasnya, sistem kawal selia yang membentuk permainan, dan akan menentukan pengalaman pemain.

    • Prototaip dan ujian – Anda perlu menghasilkan prototaip idea dan ciri permainan, dalam versi low-fidelity dan high-fidelity. Anda juga seharusnya boleh menulis laporan ujian dan rancangan ujian serta melaksanakan ujian permainan dengan berkesan. – RELEVAN
    Previous ArticleKadar pengangguran sepenuhnya pulih, kembali ke tahap sebelum pandemik
    Next Article Miliki rambut cantik, sihat dan kuat dengan 6 tip ini

    Artikel berkaitan

    Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

    March 4, 2026

    Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

    March 4, 2026

    Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

    March 3, 2026

    Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

    March 3, 2026

    6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

    March 3, 2026

    Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

    March 2, 2026
    Artikel Terkini

    Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

    March 4, 2026

    Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

    March 4, 2026

    Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

    March 3, 2026

    Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

    March 3, 2026

    6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

    March 3, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.