Facebook Twitter
    Trending
    • Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?
    • Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini
    • Apabila rambut beruban proses melindungi diri
    • Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?
    • Apa itu alam pekerjaan sebenar
    • Gaji besar tapi simpanan sikit
    • Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya
    • Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026

      Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

      January 12, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025
    • Kerjaya

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 8 kesilapan tukar kerjaya yang perlu dielakkan

    8 kesilapan tukar kerjaya yang perlu dielakkan

    By Umi FatehahJanuary 8, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    8 kesilapan tukar kerjaya yang perlu dielakkan. - GAMBAR HIASAN ELISA VENTUR/UNSPLASH

    MEMULAKAN perjalanan untuk menukar kerjaya adalah keputusan transformatif yang direnungkan oleh ramai individu pada titik berbeza dalam kehidupan. Keinginan untuk mempunyai kehidupan kerjaya yang lebih memuaskan adalah perkara yang normal. 

    Walau bagaimanapun, sebagai manusia kita sememangnya terdedah kepada melakukan kesilapan. Justeru itu, perhatikan lapan kesilapan dalam menukar kerjaya di bawah dan elakkan daripada melakukannya.

    1. Berhenti sebab bosan

    Kadang-kadang anda sudah bosan dan muak melakukan perkara yang sama setiap hari sehingga mahu berhenti kerja. Sebelum itu, fikir sejenak dan tanya diri anda, adakah ia akan menyelesaikan masalah?

    Tanpa mengetahui punca rasa tidak bahagia di tempat kerja, anda sebenarnya hanya melarikan diri daripada masalah. Walaupun anda mendapat pekerjaan baharu, kemungkinan besar sebaik sahaja anda mula bekerja, tinggal menunggu masa sahaja sebelum anda mula berasa bosan kembali.

    1. Tukar bidang kerana ia menjadi satu trend

    Hanya kerana menjadi pekerja bebas (freelancer) kelihatan lebih menyeronokkan dan ia sedang menjadi trend, itu tidak bermakna anda perlu melakukannya juga. Adakah anda mempunyai kemahiran dan simpanan yang mencukupi?

    Bekerja bebas hanyalah satu contoh daripada mana-mana profesion kerjaya tetapi prinsipnya terpakai untuk apa sahaja kerjaya dalam situasi yang sama. Mengambil keputusan untuk bekerja dalam bidang yang tidak diminati mungkin lebih buruk daripada terus bekerja di jawatan dan syarikat semasa.

    1. Gaji sebagai kriteria utama

    Ya, wang adalah penting, tetapi ia bukanlah segalanya. Hakikatnya, kita tidak akan pernah cukup wang atau harta benda. Perkara yang lebih penting ialah tindakan yang dilakukan dengan kemampuan yang ada untuk meningkatkan taraf hidup. 

    Jika anda menjumpai pekerjaan yang diminati dan menawarkan gaji lumayan, rebutlah peluang itu. Tetapi, pertimbangkan juga aspek lain. Jangan pandang gaji yang ditawarkan semata-mata kerana gaji lumayan hadir bersama tanggungjawab yang berat.

    1. Berhenti kerja tanpa mempunyai simpanan 

    Pada masa tertentu, kita perlu ambil risiko. Tetapi, pastikan risiko itu sudah dikira-kira dan disertai perancangan yang kukuh. Meskipun sudah mempunyai sasaran kerja baharu selepas berhenti kerja lama, anda masih perlu mempunyai sekurang-kurangnya simpanan selama enam bulan untuk situasi yang tidak dijangka.

    Situasi yang tidak dijangka adalah seperti kemungkinan syarikat baharu yang anda mahu bekerja itu tidak memerlukan pekerja baharu atau tawaran kerja ditarik semula. Lebih baik selamat daripada menyesal. Jadi, pastikan anda kukuhkan simpanan terlebih dahulu sebelum berhenti kerja.

    1. Menjangkakan proses berhenti dan mencari kerja itu mudah

    Ia mungkin mudah atau tidak sesukar yang disangkakan, tetapi lebih baik sekiranya tidak meletakkan jangkaan terlampau tinggi supaya anda tidak kecewa dan hilang semangat semasa proses itu. 

    Perubahan selalunya penuh dengan komplikasi. Adalah penting untuk mempersiap diri untuk menghadapi cabaran awal apabila beralih ke kerjaya baharu.

    1. Mempunyai pemikiran kaunselor kerjaya akan beritahu apa yang perlu dilakukan

    Kaunselor kerjaya boleh memberi anda nasihat dan bimbingan yang baik, tetapi mereka tidak dapat memberitahu anda bulat-bulat apa yang anda perlu lakukan. 

    Sebagai orang yang sukar membuat keputusan, anda mungkin cenderung berharap orang lain dapat memberikan jawapan tepat seperti yang diinginkan. Tetapi, setiap keputusan yang perlu dilakukan dalam kehidupan perlu dilakukan sendiri. Orang lain hanya memainkan peranan sebagai penasihat sahaja.

    Walau bagaimanapun, dapatkan nasihat dan pandangan profesional kerana ia akan membantu anda mendapatkan perspektif yang berbeza. Namun, jangan berharap mereka mengetahui jawapan yang tepat untuk anda.

    1. Hadkan pilihan

    Jika anda akan membuat perubahan kerjaya, maka sudah tiba masanya untuk mengetepikan keraguan tentang kebolehan anda. Sebaliknya, mula meneroka setiap minat dan bakat dengan fikiran terbuka. 

    Banyakkan pembacaan berkaitan pilihan kerjaya yang berbeza yang mungkin anda tidak pernah pertimbangkan pada masa lalu. Anda juga boleh mengambil kerja sukarela sebagai percubaan.

    Intinya adalah untuk tidak mengehadkan pilihan anda kepada perkara yang telah dilakukan sebelum ini. Ambil ini sebagai peluang untuk menemui sisi diri anda yang lain. 

    1. Pandang rendah dengan perubahan

    Memilih untuk membuat perubahan kerjaya adalah besar dan langkah yang berani. Tetapi, jangan sampai keputusan yang dibuat itu seperti terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau. Hati-hati agar pekerjaan baharu itu tidak menyebabkan konflik dengan nilai dan keutamaan anda.

    Contohnya, jika kerja baharu melibatkan tahap aktiviti media sosial yang tinggi tetapi anda tidak biasa mengendalikan media sosial, ini mungkin akan menjejaskan keupayaan anda untuk melakukan tanggungjawab kerja dengan baik. – RELEVAN

    Previous ArticleTiga jenis cukai untuk pemilik hartanah
    Next Article Saintis cipta pil pintar untuk rasa kenyang

    Artikel berkaitan

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026
    Artikel Terkini

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.