Facebook Twitter
    Trending
    • Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?
    • Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra
    • Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?
    • Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?
    • 6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia
    • Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?
    • Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap
    • Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026

      Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza

      February 28, 2026

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026
    • Kewangan

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026

      Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

      March 3, 2026

      Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

      March 2, 2026

      Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

      February 26, 2026
    • Pendidikan

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 rahsia bina keluarga bahagia

    5 rahsia bina keluarga bahagia

    By Umi FatehahJanuary 4, 2024Updated:January 4, 20243 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 rahsia bina keluarga bahagia. - GAMBAR HIASAN TYLER NIX/UNSPLASH

    MEMBINA keluarga bahagia mungkin menjadi impian ramai orang, meskipun definisi keluarga bahagia bagi setiap individu tidak semestinya sama. 

    Pada asasnya, imej keluarga bahagia sebenarnya lebih daripada sekadar apa yang sering kita lihat dalam filem atau siri televisyen. Bagi anda yang baru membina keluarga atau ingin membina keluarga bahagia pada masa hadapan, pertimbangkan beberapa rahsia keluarga bahagia seperti berikut:

    1. Komunikasi

    Komunikasi adalah faktor penting untuk setiap perhubungan, termasuklah hubungan kekeluargaan. Luangkan masa setiap hari untuk bertukar cerita dengan ahli keluarga anda sekurang-kurangnya 30 minit sehari. 

    Komunikasi juga merupakan elemen utama dalam mewujudkan hubungan yang kukuh antara ibu bapa dan anak-anak kerana tanpanya akan menjejaskan penjagaan dan pendidikan kanak-kanak.

    Kanak-kanak yang berkomunikasi dengan ibu bapa akan menjadi lebih terbuka untuk membincangkan masalah mereka dan lebih yakin menyatakan pendapat. 

    Jangan lupa, pada masa kini, semua gajet seperti telefon bimbit, tablet dan televisyen hendaklah dimatikan untuk mengelakkan sebarang gangguan terhadap interaksi bersama keluarga. 

    1. Rutin bersama

    Melakukan aktiviti yang menyeronokkan bersama secara berkala akan mengeratkan hubungan antara ahli keluarga. Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti bersama seperti berbasikal setiap pagi Ahad, makan malam di restoran kegemaran sebulan sekali atau bercuti bersama. 

    Selain meluangkan masa bersama anak-anak sepenuhnya, percutian bersama keluarga juga dapat meningkatkan kualiti komunikasi dan hubungan emosi antara ibu bapa dan anak-anak.

    1. Seimbangkan kehidupan bersama keluarga dan kerja

    Bukan mudah untuk dilakukan, tetapi ia penting untuk keluarga yang bahagia. Apabila meluangkan masa bersama keluarga, lupakan kerja anda seketika. Anda tidak perlu mengangkat telefon atau membalas pesanan mesej ketika meluangkan masa untuk keluarga. 

    Ini akan membuatkan anak dan pasangan anda berasa diutamakan, jadi mereka akan berasa selesa dan dihargai. Jika sentiasa terlibat dengan kerja di hadapan mereka, keluarga anda mungkin merasakan bahawa kerja lebih penting berbanding keluarga.

    1. Buat keputusan bersama

    Keputusan dalam keluarga seharusnya menjadi satu bentuk keputusan yang dipersetujui oleh semua ahli keluarga. Malah, anda perlu lebih melibatkan anak dalam perbincangan keluarga, terutamanya untuk memutuskan sesuatu yang berkaitan dengan mereka. 

    Kanak-kanak yang membesar dalam persekitaran yang terbuka dan terbiasa dengan ekspresi akan membesar menjadi anak yang lebih berkeyakinan. Di samping itu, kanak-kanak yang membantu menentukan peraturan keluarga biasanya cenderung mematuhi peraturan dengan lebih baik, sekali gus menjadikan mereka berdisiplin.

    Anda boleh mulakan dengan keputusan mudah, seperti menentukan destinasi percutian keluarga, restoran untuk dikunjungi, jadual bersihkan bilik dan sebagainya. Berbincang keputusan bersama-sama juga membantu mewujudkan rasa kekitaan yang akan membuatkan setiap ahli keluarga berasa penting untuk keluarga.

    1. Mewujudkan hubungan yang baik dengan pasangan

    Kanak-kanak belajar banyak perkara daripada ibu bapa mereka. Apa sahaja yang mereka lihat akan direkodkan oleh ingatan mereka dan sebahagian daripada pembelajaran mereka. 

    Oleh itu, jika anda ingin mengajar sikap penyayang kepada anak, tidak ada cara yang lebih baik daripada menunjukkan sisi penyayang dalam interaksi bersama pasangan. Pembelajaran di rumah menjadi sangat penting kerana ia akan menjadi asas kepada kanak-kanak apabila bersosial di persekitaran.

    Salah satu cara untuk mengelak daripada memberikan contoh yang tidak baik ialah cuba untuk tidak bergaduh di hadapan anak-anak. Apabila anda dan pasangan anda berbeza pendapat, selesaikan dengan tenang. 

    Bincangkannya dan cuba elakkan menjerit antara satu sama lain, terutamanya di hadapan anak-anak. Jika anak secara tidak sengaja melihat pertengkaran anda dan pasangan, jelaskan kepada anak anda bahawa perselisihan faham adalah lumrah dan pertengkaran tidak akan kekal untuk jangka masa panjang. – RELEVAN

    Previous Article5 strategi menyelesaikan konflik di tempat kerja
    Next Article Katak lekit tanah rendah spesies rare di Malaysia

    Artikel berkaitan

    Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

    March 4, 2026

    Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

    March 4, 2026

    Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

    March 3, 2026

    Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

    March 3, 2026

    6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

    March 3, 2026

    Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

    March 2, 2026
    Artikel Terkini

    Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

    March 4, 2026

    Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

    March 4, 2026

    Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

    March 3, 2026

    Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

    March 3, 2026

    6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

    March 3, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.