Facebook Twitter
    Trending
    • Makanan yang beri tenaga seharian
    • 4 universiti tempatan antara 150 terbaik dunia
    • Kenali pemimpin dunia bakal hadir Sidang Kemuncak ASEAN
    • Rahsia minum air sejurus bangun tidur 
    • LSE ungguli senarai universiti terbaik UK 2026
    • 7 cara untuk perbaiki pengurusan kewangan
    • 7 kesan buruk digital footprint yang perlu kita tahu
    • Sekolah asrama atau harian, kedua-duanya jalan menuju kejayaan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Makanan yang beri tenaga seharian

      October 27, 2025

      Rahsia minum air sejurus bangun tidur 

      October 24, 2025

      5 simptom kanser otak yang lebih daripada sekadar sakit kepala biasa

      October 21, 2025

      Hidup seperti hamba gajet? Sudah tiba masanya untuk detoks digital

      October 17, 2025

      Berpeluh banyak tak semestinya sihat, kenali apa yang berlaku pada badan

      October 16, 2025
    • Kewangan

      7 cara untuk perbaiki pengurusan kewangan

      October 23, 2025

      Perkasa semula program keusahawanan 1K1P

      October 14, 2025

      Belanjawan 2026: SARA, STR dan peluang kedua untuk rakyat bankrap

      October 10, 2025

      Formula 70-20-10 dalam uruskan kewangan peribadi

      October 8, 2025

      Bukan tak cukup duit tetapi tak cukup kawal diri

      October 8, 2025
    • Pendidikan

      4 universiti tempatan antara 150 terbaik dunia

      October 27, 2025

      Kenali pemimpin dunia bakal hadir Sidang Kemuncak ASEAN

      October 24, 2025

      LSE ungguli senarai universiti terbaik UK 2026

      October 24, 2025

      7 kesan buruk digital footprint yang perlu kita tahu

      October 23, 2025

      Sekolah asrama atau harian, kedua-duanya jalan menuju kejayaan

      October 22, 2025
    • Kerjaya

      Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

      October 16, 2025

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025

      Nak nampak yakin dalam temu duga? Tanya 7 soalan ini

      October 13, 2025

      Belanjawan 2026: Doktor kontrak, jururawat dan GP nikmati insentif baharu sektor kesihatan

      October 10, 2025

      Tujuh cara untuk menonjolkan diri dalam resume

      October 1, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 strategi menyelesaikan konflik di tempat kerja

    5 strategi menyelesaikan konflik di tempat kerja

    By January 3, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Wujudnya konflik sukar dielak tetapi ia tidak boleh dibiar berlarutan, terutamanya konflik di tempat kerja. - GAMBAR HIASAN/TIM GOUW (Unsplash)

    KITA boleh berjumpa konflik di mana-mana: di rumah, sekolah, tempat kerja mahupun dalam hubungan persahabatan.

    Wujudnya konflik sukar dielak tetapi ia tidak boleh dibiar berlarutan, terutamanya konflik di tempat kerja. Seperti luka – perlu cepat-cepat diletak ubat agar tidak terjangkit kuman lain yang membawa penyakit.

    Konflik yang tidak terlerai bukan sahaja mengeruhkan suasana di tempat kerja, malah melibatkan kerugian kewangan syarikat. Portal Bizfluent pada 2019 menganggarkan kerugian yang ditanggung syarikat-syarikat di Amerika Syarikat akibat kegagalan meleraikan konflik adalah sebanyak AS$359 bilion (RM1.66 trilion) setahun.

    Sehubungan itu, setiap pemimpin syarikat perlu mengambil berat tentang konflik dan mempelajari strategi penyelesaiannya.

    Relevan kongsikan lima strategi penyelesaian konflik di tempat kerja, seperti yang digariskan dalam Model Konflik Thomas-Kilmann oleh Dr. Kenneth W. Thomas dan Dr. Ralph H. Kilmann.

    Model tersebut boleh difahami seperti dalam rajah di bawah:

    Secara mudahnya, paksi Y (menegak) mewakili sikap mendesak dan meletakkan kepentingan sendiri lebih tinggi berbanding yang lain manakala paksi X mewakili sikap mengalah dan meletakkan kepentingan orang lain lebih tinggi.

    Lima strategi penyelesaian konflik yang digariskan dalam model tersebut dibezakan melalui darjah sikap mendesak dan mengalah. Setiapnya boleh digunakan dalam situasi yang berbeza.

    • Mengelak

    Strategi mengelak boleh diguna pakai dalam situasi yang tidak melibatkan kepentingan diri sendiri atau orang lain yang besar. Situasi ini jarang berlaku di tempat kerja kerana secara asasnya, kepentingan untuk mencapai matlamat kerjaya dan menjaga hubungan dengan rakan sekerja sentiasa signifikan.

    Ia mungkin berlaku dalam kehidupan di luar kerja. Contohnya, ketika naik LRT, penumpang di sebelah anda bercakap telefon dengan kuat. 

    Situasi janggal dengan orang yang tak dikenali tidak melibatkan keperluan diri yang tinggi (anda hanya perlu menahan rasa jengkel untuk beberapa minit) dan anda juga tidak perlu menjaga hubungan dengan orang lain yang terlibat (yang buat bising itu anda tak kenal pun), maka mengelak konflik adalah jalan yang baik.

    Namun, jika di tempat kerja, nilai semula kepentingan diri dan rakan sekerja dalam setiap konflik yang berlaku. Kebiasaannya, mengelak bukanlah yang pilihan yang baik.

    • Bersaing

    Strategi bersaing tinggi pada paksi mendesak dan rendah pada paksi mengalah. Secara mudahnya, penyelesaian yang diharapkan daripada strategi itu adalah bersifat mementingkan diri.

    Sekali lagi, strategi ini tidak begitu sesuai digunakan di tempat kerja kerana kita perlu menjaga hubungan dengan rakan sekerja sebaik mungkin. Cuma, dalam situasi yang memerlukan anda memikirkan kepentingan sendiri dahulu, ia boleh digunakan.

    Sebagai contoh, apabila berhadapan konflik seperti pemilihan untuk kenaikan pangkat, anda perlu menyerlahkan diri untuk merebut peluang tersebut. Atau ketika berhadapan tuduhan palsu di pejabat, anda tidak boleh mengalah.

    • Bertolak ansur

    Berbeza dengan bersaing, strategi bertolak ansur bererti anda mengetepikan kepentingan sendiri demi kepentingan orang lain. Strategi ini boleh digunakan apabila hubungan dengan orang lain lebih mustahak berbanding matlamat anda sendiri.

    Sebagai contoh, apabila membentangkan sesuatu cadangan, anda diberitahu yang ia akan memberi kesan negatif kepada perkembangan kerjaya rakan sekerja. Dalam hal ini, anda boleh menyelesaikan konflik dengan menarik semula cadangan tersebut.

    Namun, pastikan diri anda sendiri tidak terkesan teruk dengan keputusan tersebut. Ini bermakna, strategi ini sesuai diguna pakai dalam situasi kepentingan diri tidak terlalu mustahak seperti kepentingan pihak lain.

    • Berkompromi

    Strategi berkompromi bermakna semua pihak yang berkonflik sanggup melepaskan sesuatu demi mencapai jalan tengah. Ia juga dikenali sebagai strategi kalah-kalah kerana kedua-dua pihak tidak mendapat sepenuhnya apa yang dimahukan.

    Strategi ini sesuai dalam situasi anda mementingkan matlamat dan hubungan dengan orang lain secara sederhana. Anda mahu capai sesuatu tetapi tidaklah sehingga sanggup merosakkan hubungan.

    Sebagai contoh, mungkin anda dan rakan sama-sama mahu mengetuai projek yang terdekat. Anda boleh berkompromi dengan berkongsi peranan ketua tersebut.

    Strategi ini antara yang terbaik kerana anda tidak mendesak dan tidak pula mengalah – ia seimbang.

    • Bekerjasama

    Jika berkompromi kalah-kalah, bekerjasama pula strategi menang-menang kerana strategi ini membantu semua pihak yang berkonflik mendapat apa yang diinginkan.

    Strategi ini sesuai dalam situasi yang mana kepentingan sendiri dan orang lain sama mustahak.

    Sebagai contoh, apabila seorang pekerja mengalami kemerosotan prestasi yang teruk sehingga menjejaskan pencapaian keseluruhan syarikat. Anda mahu dia perbaiki kemerosotannya tetapi dalam masa sama, mahu menjaga hubungan dengannya.

    Jalan keluar yang baik adalah dengan membantunya, bekerjasama untuk mencari punca dan cara untuk meningkatkan semula prestasi.

    Kerjasama ialah penyelesaian konflik yang paling ideal di tempat kerja. – RELEVAN

    featured kerjaya konflik tempat kerja

    Artikel berkaitan

    Makanan yang beri tenaga seharian

    October 27, 2025

    4 universiti tempatan antara 150 terbaik dunia

    October 27, 2025

    Kenali pemimpin dunia bakal hadir Sidang Kemuncak ASEAN

    October 24, 2025

    Rahsia minum air sejurus bangun tidur 

    October 24, 2025

    LSE ungguli senarai universiti terbaik UK 2026

    October 24, 2025

    7 cara untuk perbaiki pengurusan kewangan

    October 23, 2025
    Artikel Terkini

    Makanan yang beri tenaga seharian

    October 27, 2025

    4 universiti tempatan antara 150 terbaik dunia

    October 27, 2025

    Kenali pemimpin dunia bakal hadir Sidang Kemuncak ASEAN

    October 24, 2025

    Rahsia minum air sejurus bangun tidur 

    October 24, 2025

    LSE ungguli senarai universiti terbaik UK 2026

    October 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.