Facebook Twitter
    Trending
    • Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 
    • Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?
    • Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya
    • 7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya
    • 5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    • Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

      March 14, 2026

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 

      March 17, 2026

      Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

      March 16, 2026

      7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

      March 13, 2026

      5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

      March 12, 2026

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Menanti reformasi dan resolusi

    Menanti reformasi dan resolusi

    By KU SYAFIQ KU FOZIDecember 19, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    RAKYAT Malaysia menantikan reformasi manakala rakyat dunia mengharapkan resolusi. - GAMBAR UTUSAN & AFP

    2023 melabuhkan tirainya dengan krisis, penantian dan harapan. Dari mata-mata tajam yang memerhati prestasi kerajaan Malaysia sehingga tangan-tangan kejam yang merampas hidup dari rakyat Palestin – isinya krisis, penantian dan harapan.

    Kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim memerintah negara bermula penghujung tahun lalu. Sejak awal, rakyat mengharapkan reformasi. Menanti perubahan yang akan dibawa kerajaan pimpinan ahli politik ‘paling derita’.

    Namun, tidak seperti yang ramai harapkan, reformasi tidak boleh datang dalam tempoh singkat, terutamanya yang bersifat struktural.

    Hal itu menjadi perhatian utama di peringkat domestik. Malaysia menantikan reformasi dalam banyak hal – fasiliti kesihatan, dasar ekonomi, kemajuan pendidikan, budaya politik dan bermacam perkara lagi – tetapi ia menuntut kesabaran kerana perubahan yang segera juga boleh diruntuhkan dengan segera.

    Antara reformasi yang paling ditunggu-tunggu ialah dari segi gaji. Sekian lama ia menjadi masalah buat rakyat dan ekonomi. 

    Berbanding berpuas hati dengan dasar gaji minimum, kerajaan ini yang pertama bertindak lebih jauh. Mereka memperkenalkan gaji progresif yang sebelum ini ideanya sudah ada dalam dokumen-dokumen tetapi tidak digerakkan.

    Begitu juga dengan dasar cukai dan subsidi yang progresif. Kemahuan politik sering menjadi penghalang tetapi kini sinarnya semakin jelas.

    Namun, yang wajib difikirkan, mampukah rakyat bersabar menanti pelaksanaan dan hasilnya? Cukupkah usia kerajaan sekarang untuk melaksanakan reformasi yang dinanti?

    Di peringkat global, tidak ada yang lebih mustahak untuk diambil tahu berbanding krisis negara haram Israel dengan Palestin.

    Jumlah korban kezaliman Zionis boleh mencecah 20,000 orang menjelang akhir tahun ini. Lebih tinggi berbanding Nakba 1948 dan Naksa 1967. 

    Krisis yang berlaku belum nampak penghujungnya kerana ‘penyelamat dunia’, Amerika Syarikat sering mengangkat tangan memveto resolusi gencatan senjata. 

    Malah, rejim Zionis dan Israel masih tak nampak tanda-tanda taubatnya. Darah masih menggelegak mahu menegakkan negara haram di seluruh wilayah Palestin.

    Namun, jika ada hal baik yang terjadi dalam krisis ini, ia merupakan gelombang kesedaran masyarakat dunia terhadap kejahatan Israel.

    Siapa sangka kesedaran itu dicapai dalam dunia pascabenar, dunia yang mengagungkan relativiti berbanding objektiviti. 

    Melihat keadaan hari ini, kita hampir pasti akan melangkah ke 2024 dengan krisis, penantian dan harapan yang belum terjawab. 

    Baik reformasi negara yang menuntut sabar dan percaya, atau resolusi dunia yang memakan tabah dan cekal. Semoga semuanya akan dicapai kelak. Amin. – RELEVAN

    Previous ArticleKKM perkenal lima strategi tangani kes Covid-19
    Next Article Tentang gaji sepanjang 2023 dan harapannya menjelang 2024

    Artikel berkaitan

    Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 

    March 17, 2026

    Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

    March 16, 2026

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026
    Artikel Terkini

    Balik kampung jauh? Ini cara elak keletihan ketika memandu 

    March 17, 2026

    Lemang periuk kera dan ancaman kepupusan spesis?

    March 16, 2026

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.