Facebook Twitter
    Trending
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    • Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang
    • Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?
    • Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi
    • Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa
    • Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026
    • Kewangan

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026

      Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

      March 3, 2026
    • Pendidikan

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Graduan baharu mengharapkan gaji permulaan RM3,000-RM3,500

    Graduan baharu mengharapkan gaji permulaan RM3,000-RM3,500

    By Zubaidah IbrahimDecember 19, 2023Updated:February 11, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    UNTUK tahun yang ke-6 berturut-turut, GCA telah diangkat sebagai anugerah penjenamaan majikan graduan paling berwibawa di rantau Asia Pasifik.

    PEMAIN utama dalam ekosistem bakat di Malaysia iaitu Talentbank telah menganjurkan Anugerah Pilihan Graduan (GCA) ke-6 baru-baru ini.

    Acara itu diserikan oleh tokoh terkemuka dari pelbagai universiti dan institusi di Malaysia bagi memberi penghormatan kepada majikan terbaik di negara ini.

    Seramai 30 naib canselor telah hadir ke majlis tersebut di mana mereka memainkan peranan aktif dalam mengiktiraf majikan yang terbaik.

    Untuk tahun yang ke-6 berturut-turut, GCA telah diangkat sebagai anugerah penjenamaan majikan graduan paling berwibawa di rantau Asia Pasifik.

    Tahun ini, GCA berjaya memecah rekod setelah mencatatkan 464,220 undian terkumpul daripada pelajar universiti yang menandakan penyertaan tertinggi sejak anugerah itu mula dianjurkan.

    Edisi keenam GCA turut menyaksikan persaingan sengit di mana lebih 2,500 syarikat telah bersaing untuk mendapatkan penghormatan bagi lebih 90 kategori.

    Antara pemenang utama termasuklah AIA Shared Services, Johnson & Johnson, Petronas, Sunway University, Top Glove dan UNIQLO yang berjaya memenangi anugerah itu untuk kali yang kelima berturut-turut.

    Sementara itu, Maybank, EY, Maxis, AIA, Touch ‘n Go dan Intel turut berjaya mengekalkan rekod kemenangan mereka dalam kategori masing-masing.

    Ketua Pegawai Eksekutif Talentbank, Ben Ho berkata, Anugerah Pilihan Graduan adalah dipilih 100 peratus oleh mahasiswa yang mencerminkan aspirasi tenaga kerja baharu.

    “25 syarikat terbaik telah menunjukkan kecemerlangan dalam pekerjaan graduan, menetapkan penanda aras untuk syarikat-syarikat lain.

    “Tahun ini, GCA telah bekerjasama dengan universiti tempatan bagi menyediakan platform untuk siswazah yang baru sahaja bergraduasi supaya mereka dapat menyuarakan pilihan pekerjaan mereka.

    “Dapatan daripada tinjauan komprehensif menunjukkan bahawa graduan baharu mengharapkan gaji permulaan antara RM3,000 hingga RM3,500 sebulan,” katanya.

    Tambahnya, graduan baharu juga meletakkan keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan, keterjaminan pekerjaan serta pembangunan kerjaya sebagai matlamat kerjaya utama untuk 2024.

    Sementara itu, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian, memuji usaha Talentbank.

    “Menerusi penyelarasan dengan universiti, Talentbank berjaya merapatkan jurang antara akademia dan dunia profesional yang memberi manfaat kepada pelajar dan majikan,” ujarnya.

    Dalam pada itu, Pengarah Pusat Kebolehpasaran Graduan dan Kerjaya Universiti Malaya, Dr. Iskandar Abdullah menggalakkan pelajar untuk menerokai peluang dengan syarikat-syarikat yang memenangi anugerah ini.

    Anugerah Pilihan Graduan Talentbank sejajar dengan misinya untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan, menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk platform pemadanan kerjaya, pameran kerjaya, penilaian kebolehpasaran dan perkhidmatan penempatan pekerjaan.

    Semuanya direka khusus bagi mewujudkan hubungan yang signifikan dalam sektor pekerjaan.

    Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Talentbank dan Anugerah Pilihan Graduan, sila layari https://www.graduateschoiceaward.com/. – RELEVAN

    Previous Article6 azam tahun baharu untuk kesihatan yang lebih baik
    Next Article 6 fakta penting magnesium, bantu masalah tidur dan kemurungan

    Artikel berkaitan

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026

    Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

    March 5, 2026

    Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

    March 5, 2026
    Artikel Terkini

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026

    Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

    March 7, 2026

    Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

    March 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.