Facebook Twitter
    Trending
    • 7 makanan mesra usus
    • Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik
    • 7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka
    • Rahsia bebas tekanan kewangan
    • Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik
    • Cara kekalkan awet muda
    • Senarai cuti umum 2026
    • Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      7 makanan mesra usus

      January 6, 2026

      Cara kekalkan awet muda

      January 2, 2026

      Berwaspada bila susut berat badan

      December 30, 2025

      5 kesilapan di gim yang mengundang masalah jantung

      December 26, 2025

      Punca terkejut semasa tidur

      December 23, 2025
    • Kewangan

      7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

      January 5, 2026

      Rahsia bebas tekanan kewangan

      January 5, 2026

      Trik peraturan RM100 untuk elak bersikap boros

      December 29, 2025

      Azam 2026: Banyakkan simpanan, kurangkan hutang

      December 24, 2025

      Cara elak duit habis sebelum masanya

      December 22, 2025
    • Pendidikan

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025

      Masscomm Brewphoria angkat budaya kopi dalam pendidikan

      December 24, 2025

      Kabinet Kerajaan Perpaduan baharu – Mengatasi cabaran dan berdepan PRU-16

      December 17, 2025

      7 tanda anak mengalami masalah ‘brain rot’

      December 16, 2025
    • Kerjaya

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mahu cantik, jangan sampai obses

    Mahu cantik, jangan sampai obses

    By November 16, 2023Updated:November 16, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

     

    SUDAH menjadi lumrah manusia ingin kelihatan cantik dan menawan. Sejak zaman-berzaman, pelbagai petua dan produk kecantikan diperkenalkan untuk merealisasikan impian tersebut.

    Rasa tidak puas hati dengan rupa paras sendiri, cemburu dengan kecantikan orang lain, ingin dipuja dan dipuji serta pelbagai lagi faktor lain membuatkan manusia rakus mengejar cantik sehingga sanggup mengubah ciptaan Ilahi.

    Ada juga sanggup menolak larangan dalam agama semata-mata mahu mencapai standard kecantikan yang diingini dengan melakukan prosedur rawatan tertentu untuk mengubah wajah dan tubuh badan.

    Seiring perubahan zaman, perubatan estetik, teknologi kecantikan dan begitu juga pembuatan produk kecantikan semakin berkembang.

    Orang ramai boleh memilih apa sahaja rawatan dan produk kecantikan mengikut kehendak serta kemampuan poket masing-masing.

    Sebagai contoh, terdapat dua kaedah untuk memancungkan hidung iaitu pengisi (filler) dan menanam benang (thread lift) dengan kos bermula RM2,000.

    Walaupun ghairah mengejar cantik, orang ramai diingatkan agar memilih rawatan ataupun produk yang selamat dengan mendapat pengesahan atau pengiktirafan daripada pihak berwajib.

    Pada masa kini terdapat banyak produk kecantikan di pasaran yang juga rancak dipromosikan dalam media sosial. Ada yang berdaftar dan ada juga tidak selamat digunakan seperti mengandungi merkuri.

    Antara kesan pemakaian produk merkuri ialah merosakkan paru-paru, buah pinggang, kulit dan mata. Sementara itu, dalam dunia yang berkiblatkan media sosial, manusia berlumba-lumba mengejar cantik.

    Mereka sanggup menanggung kos yang tinggi semata-mata mahu tampil cantik seperti selebriti atau pempengaruh yang menjadi idola.

    Kecantikan yang diperolehi itu menjadi kepuasan apabila dapat ditayangkan dalam media sosial dan menerima pujian. Malah, kecantikan itu juga dapat meraih populariti di media sosial dan menjadi sumber pendapatan.

    Bagi mereka yang memohon pekerjaan, menjadi satu kelebihan sekiranya mempunyai rupa paras yang jelita mahupun kacak.

    Di tempat kerja juga, mereka yang cantik sering menjadi kegemaran. Oleh itu, faktor-faktor tersebut mendesak mereka yang obses dengan kecantikan untuk membuat perubahan pada wajah.

    Contohnya, seorang lelaki bernama Junior Bevillaqu menjalani 80 prosedur pembedahan plastik kerana mahu menjadi seperti patung Ken.

    Dia juga telah menghabiskan wang sebanyak AS$80,000 (RM363,240). Kerana terlampau obses dengan patung barbie, dia telah melakukan prosedur menyedut lemak (liposuction), dua pembedahan hidung dan rahang.

    Pembedahan plastik tidak salah jika ia digunakan untuk membetulkan semula wajah akibat kemalangan ataupun kepada mangsa perang tetapi yang merisaukan apabila ia menjadi ‘alat’ kepada mereka yang obses.

    Walau apapun rawatan kecantikan yang dipilih, pastikan ia selamat dan mendapat kelulusan atau pengiktirafan daripada pihak berwajib bagi mengelakkan sebarang kesan buruk pada masa akan datang. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026

    Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

    January 6, 2026

    7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

    January 5, 2026

    Rahsia bebas tekanan kewangan

    January 5, 2026

    Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

    January 2, 2026

    Cara kekalkan awet muda

    January 2, 2026
    Artikel Terkini

    7 makanan mesra usus

    January 6, 2026

    Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

    January 6, 2026

    7 tanda anda lebih kaya daripada yang disangka

    January 5, 2026

    Rahsia bebas tekanan kewangan

    January 5, 2026

    Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

    January 2, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.