Facebook Twitter
    Trending
    • Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza
    • Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?
    • 10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi
    • Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka
    • Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?
    • Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini
    • 5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan
    • Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza

      February 28, 2026

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026
    • Kewangan

      Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

      February 26, 2026

      Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

      February 25, 2026

      5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

      February 23, 2026

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026
    • Pendidikan

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026

      Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

      February 18, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 kesalahan yang biasa dilakukan ketika menurunkan berat badan

    5 kesalahan yang biasa dilakukan ketika menurunkan berat badan

    By Umi FatehahNovember 15, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    5 kesalahan yang biasa dilakukan ketika menurunkan berat badan. - GAMBAR HIASAN KETUT SUBIYANTO/PEXELS

    MENURUNKAN berat badan boleh menjadi satu cabaran bagi sesetengah orang. Kadangkala. mungkin anda merasakan sudah membuat pilihan gaya hidup sihat tetapi masih tidak dapat hasil yang diinginkan.

    Ada kemungkinan anda melakukan kesilapan dalam usaha untuk menurunkan berat badan. Sekiranya tersalah langkah, ia berpotensi akan menjejaskan keberkesanan diet dan senaman.

    Berikut ialah kesilapan yang biasa dilakukan tanpa orang ramai sedari. Lakukan penelitian kepada rutin, refleksi dan ubah supaya matlamat boleh dicapai dengan jaya. 

    1. Kerap menimbang dan terlalu bergantung kepada digit pada penimbang

    Penting untuk diingat bahawa nombor pada skala hanyalah satu ukuran perubahan berat badan. Berat badan dipengaruhi oleh beberapa perkara, termasuk turun naik kandungan air dan jumlah makanan yang kekal dalam sistem badan.

    Jika nombor pada skala penimbang tidak berubah, anda mungkin kehilangan jisim lemak tetapi kandungan air dalam badan lebih tinggi. Selain itu, sekiranya bersenam, anda mungkin mendapat otot dan kehilangan lemak. 

    Apabila ini berlaku, pakaian anda mungkin mula terasa lebih longgar terutamanya di sekeliling pinggang walaupun nombor pada skala penimbang tetap sama.

    Mengukur pinggang anda dengan pita pengukur dan mengambil gambar bulanan diri anda boleh menunjukkan sama ada anda kehilangan lemak, walaupun nombor skala tidak banyak berubah.

    1. Tidak bersenam atau terlalu banyak bersenam

    Jika tidak bersenam langsung tetapi mengehadkan pengambilan kalori, anda berkemungkinan kehilangan lebih banyak jisim otot dan mengalami penurunan kadar metabolisme.

    Seeloknya, bersenamlah dengan kadar yang sederhana kerana ia dapat meningkatkan pembakaran lemak dan mencegah pengurangan metabolisme. 

    Walau bagaimanapun, bersenam berlebihan juga boleh mendatangkan kemudaratan. Kajian menunjukkan senaman yang berlebihan dan tidak konsisten boleh menyebabkan tekanan. 

    Selain itu, ia boleh memberi kesan negatif kepada hormon endokrin yang membantu mengawal fungsi di seluruh badan anda. Memaksa badan membakar lebih banyak kalori dengan bersenam terlalu banyak adalah tidak berkesan dan tidak sihat.

    Walau bagaimanapun, mengangkat berat dan melakukan kardio beberapa kali seminggu boleh menjadi strategi yang terbaik untuk mengekalkan kadar metabolisme semasa penurunan berat badan.

    1. Pengambilan protein yang tidak mencukupi

    Pengambilan protein yang mencukupi adalah penting jika anda mahu menurunkan berat badan. Malah, protein dapat membantu penurunan berat badan dalam beberapa cara seperti:

    • mengurangkan selera makan
    • mudah rasa kenyang
    • menurunkan jumlah berat yang diperoleh semula
    • mengekalkan atau meningkatkan kadar metabolisme
    • melindungi jisim otot semasa penurunan berat badan

    Untuk membantu penurunan berat badan, cuba pastikan setiap hidangan anda mengandungi makanan berprotein tinggi. Perlu diingat pilihan protein anda tidak terhad kepada daging atau tenusu. Kekacang, quinoa dan biji rami (flaxseeds) juga merupakan pilihan yang baik dan berpatutan.

    1. Pengambilan serat yang tidak mencukupi

    Diet rendah serat (fibre) mungkin menjejaskan usaha penurunan berat badan dan keadaan kesihatan keseluruhan tubuh badan.

    Kajian menunjukkan sejenis serat larut (soluble fibre) yang dikenali sebagai serat likat (viscous fibre) membantu mengurangkan selera makan dengan membentuk gel yang menahan air. Gel ini bergerak perlahan melalui saluran penghadaman dan membuatkan anda berasa kenyang.

    Penyelidikan menunjukkan bahawa semua jenis serat boleh menggalakkan penurunan berat badan. Walau bagaimanapun, semakan beberapa kajian mendapati bahawa serat likat mengurangkan berat badan dan ukuran pinggang walaupun tanpa diet yang mengehadkan pengambilan kalori.

    1. Mempunyai jangkaan yang tidak realistik

    Menetapkan penurunan berat badan dan matlamat lain yang berkaitan dengan kesihatan boleh membantu mengekalkan motivasi. Walau bagaimanapun, mempunyai jangkaan yang tidak realistik hanya akan memakan diri.

    Satu kajian mendapati bahawa sebahagian besar peserta berharap untuk menurunkan lebih daripada 10 peratus berat badan yang pengkaji labelkan sebagai tidak realistik. 

    Jika anda mempunyai matlamat penurunan berat badan, tetapkan matlamat yang realistik dan praktikal seperti penurunan sebanyak 5 peratus atau 10 peratus pada kadar 0.4 kg atau 0.9 kg setiap minggu. 

    Ini boleh meningkatkan keupayaan untuk mencapai matlamat sambil menurunkan berat badan pada kadar yang sihat. – RELEVAN

    Previous ArticleAkauntan optimis dengan peranan AI pada masa hadapan
    Next Article Venir untuk gigi lebih putih dan rapi

    Artikel berkaitan

    Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza

    February 28, 2026

    Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

    February 26, 2026

    Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka

    February 25, 2026

    Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

    February 25, 2026

    Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

    February 24, 2026

    5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

    February 23, 2026
    Artikel Terkini

    Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza

    February 28, 2026

    Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

    February 26, 2026

    10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

    February 25, 2026

    Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka

    February 25, 2026

    Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

    February 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.