Facebook Twitter
    Trending
    • 8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan
    • 5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama
    • Apa itu job insecurity dan 8 cara mengatasinya
    • 5 album yang berusia 10 tahun pada 2023
    • 7 tanda perhubungan toksik, ‘bahagia dalam derita’
    • 7 cara memperkuat ingatan 
    • Malas bekerja? 7 tip ini untuk anda, nombor 5 paling menarik
    • Alergi makanan boleh bawa maut, kenali punca dan gejala  
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      7 tanda perhubungan toksik, ‘bahagia dalam derita’

      November 27, 2023

      Alergi makanan boleh bawa maut, kenali punca dan gejala  

      November 23, 2023

      8 petanda stres pada kulit muka selain jerawat

      November 21, 2023

      Populariti merkuri dalam kecantikan, sebab dan kesan buruknya

      November 20, 2023

      7 fakta mengejutkan tentang senyuman, rugi tak senyum  

      November 17, 2023
    • Kewangan

      5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama

      November 28, 2023

      1 daripada 3 rakyat Malaysia tidak celik kewangan

      November 22, 2023

      6.3 juta bersara dengan RM42 sebulan, ini kelemahan lain perlindungan sosial warga emas di Malaysia

      November 21, 2023

      5 cara terbaik selesaikan bayaran hutang

      November 21, 2023

      Ekonomi Malaysia berkembang 3.3% pada suku ketiga, dijangka capai 4% sepanjang tahun

      November 17, 2023
    • Pendidikan

      8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan

      November 28, 2023

      5 album yang berusia 10 tahun pada 2023

      November 27, 2023

      7 cara memperkuat ingatan 

      November 24, 2023

      Kes perceraian meningkat 43.1% pada 2022, paling banyak libatkan pasangan berumur 30-39 tahun

      November 23, 2023

      5 cara untuk menjadi lebih bijak

      November 16, 2023
    • Kerjaya

      5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama

      November 28, 2023

      Apa itu job insecurity dan 8 cara mengatasinya

      November 28, 2023

      Malas bekerja? 7 tip ini untuk anda, nombor 5 paling menarik

      November 24, 2023

      5 sebab penting meraikan kejayaan pekerja

      November 22, 2023

      Jumlah siswazah menganggur berkurang, peningkatan tinggi dalam kategori majikan dan bekerja sendiri

      November 20, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 9 gejala sesak nafas, bertindak segera

    9 gejala sesak nafas, bertindak segera

    By Zubaidah IbrahimOctober 31, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SESAK nafas boleh berlaku secara akut dan kronik.- GAMBAR HIASAN/DRAZEN ZIGIC/FREEPIK

    SESAK nafas adalah keadaan di mana seseorang itu mengalami kesukaran bernafas atau semput dan biasanya keadaan ini lebih ketara semasa melakukan aktiviti fizikal.

    Menurut Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad, sesak nafas boleh berlaku secara akut dan kronik.

    “Sesak nafas akut adalah gejala yang datang secara tiba-tiba dan hilang dalam jangka masa beberapa hari setelah rawatan.

    “Berbeza dengan sesak nafas kronik yang mana sesak nafas berlaku secara berterusan dalam jangka waktu yang lama,” katanya menerus perkongsian di Facebook miliknya

    Tambah beliau, sesak nafas adalah gejala yang perlu diberi perhatian kerana ia mungkin memberi petanda seseorang itu mengalami penyakit sistem pernafasan atau sistem kardiovaskular.

    Penyakit sistem pernafasan yang biasa berlaku sesak nafas adalah asma, jangkitan paru-paru akut (pneumonia), jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema), penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (chronic obstructive airways disease) dan kanser paru-paru.

    Penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan sesak nafas adalah kegagalan jantung, serangan jantung dan kelainan denyutan jantung (cardiac arrhythmias).

    Keadaan lain yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sesak nafas adalah kekurangan darah merah (anaemia), alahan , resdung, kegelisahan (anxiety disorders) dan kegemukan.

     Sehubungan itu, beliau menyenaraikan sembilan gejala sesak nafas sebagai panduan: 

    1. Jika anda mengalami sesak nafas secara tiba-tiba disertai sakit atau ketat dada, kemungkinan anda mengalami serangan jantung, pneumothorax (udara berada antara paru-paru dan dinding dada) atau pulmonary embolism (darah beku dari bahagian kaki telah bergerak ke paru-paru).
    2. Jika anda mengalami sesak nafas mengikut episod disertai oleh bunyi seperti wisel (wheezing) atau batuk, anda mungkin menghidapi serangan asma atau jangkitan yang menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit.
    3. Jika anda mengalami sesak nafas yang berterusan dan semakin teruk disertai dengan sejarah pendedahan kepada asap rokok, habuk dan semburan bahan kimia anda mungkin menghidapi penyakit saluran pernafasan obstruktif kronik (COPD).
    4. Jika anda pernah bekerja di tempat yang mendedahkan anda kepada asbestos, habuk kayu, semburan bahan kimia, anda mungkin menghidapi penyakit paru-paru berkaitan pekerjaan (Occupational Lung Diseases).
    5. Jika kaki anda bengkak dan mengalami sesak nafas semasa baring mendatar, anda mungkin mengalami kegagalan jantung.
    6. Jika anda cepat berasa letih, kelihatan pucat dan sesak nafas terutamanya bila melakukan aktiviti fizikal, anda mungkin mengalami anaemia.
    7. Jika anda bernafas dengan cepat disertai dengan rasa pening atau berasa kebas pada tangan atau sekitar mulut, anda mungkin mengalami hyperventilation (bernafas keterlaluan biasanya disebabkan oleh aktiviti fizikal yang berlebihan dan tekanan emosi).
    8. Jika anda sesak nafas disertai demam, batuk atau batuk darah dan kehilangan berat badan,anda mungkin menghidapi jangkitan seperti tibi atau kanser paru-paru atau pulmonary embolism.
    9. Jika anda demam, disertai hingus berair dan batuk berkahak anda mungkin mengalami jangkitan saluran pernafasan (bronchitis) atau jangkitan paru-paru (pneumonia).

    Tindakan yang perlu dibuat

    “Sekiranya anda mengalami salah satu gejala yang dinyatakan, sila pergi ke Jabatan kecemasan hospital atau klinik kesihatan dengan atau hubungi perkhidmatan ambulan dengan segera.

    “Begitu juga jika anda mengalami sesak nafas secara tiba-tiba dan disertai oleh sakit atau ketat dada, serangan asma teruk, bibir dan jari anda menjadi biru dan rasa seperti hendak pengsan.

    “Sila berjumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengalami sesak nafas hanya dengan melakukan aktiviti fizikal ringan, sesak nafas semasa baring dan perlu bersandar dengan beberapa bantal untuk melegakannya, nafas berbunyi, sesak nafas disertai demam dan batuk,” kongsinya.

    Terang Zubaidi lagi, jika anda mengalami sesak nafas yang berterusan kerana menghidapi penyakit paru-paru kronik, anda digalakkan untuk berhenti merokok dan lakukan senaman secara berkala mengikut kemampuan fizikal anda.

    Elakkan juga terdedah kepada udara tercemar dan bahan alahan. Jangan lupa mengambil ubat-ubatan yang dibekalkan oleh doktor dengan mengikut arahan yang ditetapkan.- RELEVAN 

    asma featured kesihatan nafas sesak
    Artikel Terkini

    8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan

    November 28, 2023

    5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama

    November 28, 2023

    Apa itu job insecurity dan 8 cara mengatasinya

    November 28, 2023

    5 album yang berusia 10 tahun pada 2023

    November 27, 2023

    7 tanda perhubungan toksik, ‘bahagia dalam derita’

    November 27, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.