Facebook Twitter
    Trending
    • 5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    • Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

      March 12, 2026

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kes kaki patah dijangka meningkat 3.5 kali ganda, perlu tingkat kesedaran tentang osteoporosis

    Kes kaki patah dijangka meningkat 3.5 kali ganda, perlu tingkat kesedaran tentang osteoporosis

    By KU SYAFIQ KU FOZIOctober 27, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    KES patah kaki dijangka meningkat 3.5 kali ganda akibat osteoporosis. - GAMABR HIASAN/100 FILES (Pexels)

    KITA biasa dengar kes kaki patah disebabkan kemalangan atau kecederaan sukan tetapi tahukah anda, banyak kes kaki patah disebabkan tulang yang lemah, yang biasa dialami golongan warga emas?

    Tulang yang lemah, rapuh dan mudah patah dikaitkan dengan osteoporosis, penyakit yang ramai gelar sebagai ‘penyakit senyap’.

    Menurut Perikatan Kesihatan Tulang Malaysia (BHAM), ancaman osteoporosis dijangka akan meningkatkan kes kaki patah di Malaysia sebanyak 3.5 kali ganda dalam tempoh 2018 sehingga 2050.

    Peningkatan drastik yang merupakan tertinggi di Asia itu juga akan melibatkan kos perkhidmatan kesihatan melebihi RM530 juta menjelang 2050.

    Sehubungan itu, BHAM mempergiat usahanya untuk meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia tentang osteoporosis, termasuk menggalakkan elemen penjagaan kesihatan tulang yang baik seperti diet seimbang, senaman berkala, mengelakkan pengambilan alkohol dan rokok serta mengiktiraf kepentingan saringan kesihatan tulang.

    Pemeriksaan awal

    Menurut BHAM, osteoporosis berlaku apabila tulang semakin melemah dan ia tidak dapat dikesan sehingga patah tulang berlaku.

    “Di peringkat global, patah tulang berkaitan osteoporosis merupakan kebimbangan yang serius, terutamanya dalam kalangan warga emas dan wanita menopaus.

    “Selalunya, ia menyebabkan kesan yang teruk ke atas kualiti hidup selain kes kematian yang teruk,” katanya dalam kenyataan akhbar pada 25 Oktober.

    BHAM memberi keutamaan kepada intervensi awal serta menyokong kepentingan permulaan saringan kesihatan tulang  dan perbincangan berterusan antara pesakit dengan doktor mengenai kesihatan tulang.

    Presiden Persatuan Osteoporosis Malaysia (MOS), Dr. Yeap Swan Sim berkata, Panduan Klinikal MOS menganjurkan wanita pascamenopaus berusian 50 tahun dan mereka dengan faktor risiko untuk menjalani saringan.

    “Ini adalah topik yang sering diabaikan dalam pengaturan penjagaan asas tetapi BHAM bertekad untuk membawanya ke hadapan,” katanya.

    Patah berulang

    Menurut Yayasan Osteoporosis Antarabangsa, kira-kira 80 peratus pesakit di seluruh dunia masih belum dikenal pasti dan dirawat untuk osteoporosis dan risiko untuk mengalami patah tulang sekali lagi adalah sangat tinggi dalam dua tahun pertama selepas patah tulang pertama.

    Malah, di Malaysia, kurang satu perempat pesakit mendapat semula mobiliti penuh dalam tempoh enam bulan selepas patah tulang.

    Ini menambah kepentingan pelaksanaan program penyelerasan penjagaan selepas patah tulang, yang juga dikenali sebagai perkhidmatan perhubungan keretakan (FLS).

    “Di bawah program FLS, pesakit menjalani penilaian tulang dan pelan yang diperibadikan akan dirumus untuk memastikan mereka menerima rawatan dan penjagaan susulan yang diperlukan untuk mencegah patah tulang sekunder.

    “Program ini penting dalam menangani jurang penjagaan osteoporosis selepas patah tulang, memastikan mereka yang mengalami patah tulang rapuh mendapat penjagaan pencegahan yang diperlukan,” kata wakil Rangkaian Fraktur Kerapuhan Malaysia (FFNM), Dr. Tan Kit Mun.

    Gaya hidup

    Bagi Presiden Persatuan Kesedaran Osteoporosis Kuala Lumpur dan Selangor (OASKLS), Choo Yem Kuen, amalan kesihatan yang menyeluruh dapat memberi manfaat kepada semua pihak.

    Ini termasuk diet yang lengkap, senaman yang kerap, pengambilan vitamin D yang mencukupi, mengelakkan alkohol atau merokok secara berlebihan dan mengekalkan berat badan yang sihat.

    “Kira-kira tujuh peratus rakyat Malaysia berumur 65 tahun ke atas dan ramai yang tidak menyedari kesihatan tulang mereka semakin merosot,” katanya.

    Sempena Hari Osteoporosis Sedunia (WOD), BHAM menganjurkan acara fun walk di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada 22 Oktober lalu. 

    Dalam acara tersebut, cef selebriti, Sherson Lian turut membuat penampilan dengan mempersembahkan dua resipi kaya nutrien, iaitu yogurt dan puding buah susu serta nasi ulam biji chia. – RELEVAN

    Previous ArticleApa boleh dibuat dengan lebihan RM100 setiap bulan?
    Next Article Siapa Yahudi, Israel dan Zionis? Sejarah yang wajib kita tahu

    Artikel berkaitan

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026
    Artikel Terkini

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.