Facebook Twitter
    Trending
    • Kubis goreng boleh mengundang kanser?
    • 8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi
    • 5 tabiat pagi yang merosakkan otak
    • 4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah
    • Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini
    • Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya
    • Rasa diri ketinggalan di belakang?
    • Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kubis goreng boleh mengundang kanser?

      February 5, 2026

      5 tabiat pagi yang merosakkan otak

      February 4, 2026

      4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

      February 4, 2026

      Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

      February 2, 2026

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026
    • Kewangan

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026
    • Pendidikan

      Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini

      February 4, 2026

      Jangan cas telefon sebelah bantal!

      February 2, 2026

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026
    • Kerjaya

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Perbandingan kos pengajian di 4 buah negara

    Perbandingan kos pengajian di 4 buah negara

    By Zubaidah IbrahimOctober 24, 2023Updated:October 25, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    RAMAI memasang impian untuk melanjutkan pengajian di luar negara.- GAMBAR HIASAN/RAWPIXEL.COM/FREEPIK

    MEMILIH tempat pengajian tidak mudah, terutamanya jika anda ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan seperti dari aspek lokasi, kos sara hidup, yuran pengajian, keperluan visa pelajar dan penginapan.

    Sudah pasti, perbelanjaan pengajian di luar negara bukanlah jumlah yang sedikit. Oleh itu, membuat senarai semak sangat penting untuk membantu anda merancang perbelanjaan sepanjang pengajian di sana.

    Menurut data daripada syarikat teknologi global Wise, pelajar Malaysia membuat pemindahan pembayaran yuran lebih RM69.9 juta dalam setahun.

    Sehubungan itu, berikut Relevan kongsikan empat negara dengan kos yang perlu dibelanjakan sebagai panduan untuk anda yang mahu melanjutkan pengajian di luar negara.

    1. United Kingdom
    KEBANYAKAN program yang ditawarkan di United Kingdom selama tiga tahun.

    United Kingdom (UK) merupakan antara tempat popular untuk pelajar Malaysia melanjutkan Pelajaran. Kos untuk pengajian ijazah sarjana muda adalah sekitar antara £10,000 (RM58,501) hingga £60,000 (RM351,009) setahun bergantung kepada universiti dan program.

    Tinggal di bandar utama seperti London bermakna anda perlu berbelanja lebih untuk sewa, utiliti dan perbelanjaan sara hidup seharian.

    Jangkakan untuk perbelanjaan kira-kira £800 (RM4,680) hingga £1,000 (RM5,850) sebulan untuk bahan pengajian, perjalanan dan perbelanjaan sara hidup anda.

    Walaupun begitu, satu kelebihan belajar di sini ialah kebanyakan program ditawarkan hanya untuk tiga tahun berbanding negara lain.

    Terdapat cara lain untuk mengurangkan perbelanjaan, termasuk tinggal di kampus (jika ada) dan bekerja sambilan. Lihat sumber IDP Malaysia untuk mengetahui kelayakan anda bekerja 

    1. Amerika Syarikat
    PELAJAR Malaysia membelanjakan purata RM130,470 setahun untuk kos pendidikan di Amerika Syarikat.

    Purata yuran pengajian sangat berbeza di Amerika Syarikat (AS). Ia bergantung kepada sekolah pilihan anda.

    Institusi pengajian swasta menelan belanja yang lebih tinggi berbeza dengan kolej awam yang juga dikenali sebagai ‘sekolah negeri’ lebih berpatutan tetapi mempunyai reputasi yang sama.

    Sebagai pelajar antarabangsa di AS, anda mungkin perlu membayar yuran ‘luar negeri’ sebagai tambahan kepada tuisyen dan perbelanjaan harian anda.

    Program sarjana muda di AS mengambil masa selama empat tahun.

    Menurut laporan Wise, AS adalah negara paling mahal untuk belajar di luar negara secara global dengan pelajar Malaysia membelanjakan purata RM130,470.38 setahun untuk kos pendidikan sahaja.

    Walau bagaimanapun, biasiswa adalah kelebihan besar kepada mereka yang memerlukan bantuan kewangan.

    Jadi, lakukan penyelidikan anda dan cari universiti yang menawarkan biasiswa kepada pelajar antarabangsa.

    1. China

     

    PENGAJIAN di China beroperasi dengan sistem dua semester.

    Belajar di China boleh menjadi pengalaman yang unik dan berharga. Dengan lebih 30 institut pengajian yang berada di kedudukan teratas untuk sains, perubatan dan kejuruteraan, negara ini boleh menjadi pilihan terbaik untuk pelajar yang mengikuti pengajian ijazah dalam bidang tersebut.

    Pengajian di China beroperasi dengan sistem dua semester. Jadi, jangkaan perbelanjaan sekurang-kurangnya RM200 hingga RM400 setahun untuk bahan kursus dan tambahan RM550 sebulan untuk perbelanjaan sara hidup harian. Secara keseluruhannya, ia jauh lebih berpatutan berbanding AS atau UK.

    Kebanyakan universiti utama di China menawarkan program pengajian dalam bahasa Inggeris, tetapi jika anda tinggal di China, bertutur dalam bahasa mereka akan membantu anda menyelami budaya tempatan sepenuhnya.

    Jika anda sedang mempertimbangkan perkara ini, pastikan anda membuat belanjawan yuran untuk kursus bahasa supaya anda boleh memulakannya dengan lebih awal.

    1. Jerman
    KEBANYAKAN universiti awam di Jerman menawarkan tuisyen percuma.

    Sistem pendidikan Jerman sangat berpatutan. Kebanyakan universiti awam di Jerman menawarkan tuisyen percuma. Yuran semester pula sekitar RM7,500 lantas menjadikannya tempat pengajian dengan bayaran yang sangat berpatutan.

    Kos sara hidup sekitar RM3,500 hingga RM4,000 sebulan dengan bayaran sewa kira-kira RM1,900 hingga RM3,000 sebulan.

    Jerman juga memerlukan insurans kesihatan yang sah sebagai sebahagian daripada proses permohonan visa, jadi jika ingin belajar di sana, masukkan premium insurans ke dalam belanjawan anda.- RELEVAN

    Previous ArticleDiabetes bukan penamat hidup kanak-kanak
    Next Article 15 bentuk sokongan yang senior boleh beri kepada junior

    Artikel berkaitan

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    February 5, 2026

    8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

    February 5, 2026

    5 tabiat pagi yang merosakkan otak

    February 4, 2026

    4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

    February 4, 2026

    Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini

    February 4, 2026

    Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

    February 3, 2026
    Artikel Terkini

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    February 5, 2026

    8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

    February 5, 2026

    5 tabiat pagi yang merosakkan otak

    February 4, 2026

    4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

    February 4, 2026

    Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini

    February 4, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.