Facebook Twitter
    Trending
    • Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian
    • Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik
    • Elak minum air kelapa jika…
    • Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar
    • Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini
    • 10 bandar paling ramai penduduk di dunia
    • 10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah
    • Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Elak minum air kelapa jika…

      December 1, 2025

      Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

      November 28, 2025

      6 teknik ini mungkin membantu anda jadi lebih kurus

      November 26, 2025

      Betulkan semula kitaran tidur dengan cara ini

      November 25, 2025

      Kebaikan apple cider vinegar untuk kesihatan

      November 24, 2025
    • Kewangan

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025
    • Pendidikan

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025

      10 bandar paling ramai penduduk di dunia

      November 27, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup rendah

      November 27, 2025

      10 barang wajib yang perlu ada dalam beg kit banjir

      November 25, 2025
    • Kerjaya

      5 kesilapan biasa dilakukan graduan bila cari kerja pertama

      November 21, 2025

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Diabetes bukan penamat hidup kanak-kanak

    Diabetes bukan penamat hidup kanak-kanak

    By Umi FatehahOctober 23, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    APABILA anak yang ditatang bagai minyak penuh disahkan menghidap apa-apa penyakit, dunia ibu bapa mula kucar-kacir. Lebih-lebih lagi apabila penyakit yang dihidapi oleh anak ialah penyakit kronik seperti diabetes.

    Perunding Endokrinologi Pediatrik dan Pensyarah Kanan dalam Pediatrik di Universiti Perubatan Antarabangsa, Dr. Meenal Mavinkurve berkata, meskipun anak-anak disahkan menghidapi diabetes, mereka masih mampu mencapai apa sahaja dalam kehidupan. 

    “Saya benar-benar mahu pesakit dan ibu bapa memahami yang kanak-kanak penghidap diabetes boleh berjaya, malah boleh menjadi lebih cemerlang berbanding kanak-kanak lain yang tidak menghidap diabetes. 

    “Tidak dinafikan ia adalah sukar, tambahan pula dengan naik turun emosi dan rutin kehidupan baharu. Tetapi dengan kerjasama yang baik, kanak-kanak itu pasti masih mampu menikmati kemanisan kehidupan seperti kanak-kanak lain,” ujarnya.

    Diabetes melitus

    Jenis diabetes melitus paling biasa dihidapi oleh kanak-kanak ialah Jenis 1 iaitu kekurangan insulin (T1DM) dan Jenis 2 iaitu rintangan insulin (T2DM). 

    T1DM adalah keadaan autoimun, di mana badan menghasilkan antibodi yang memusnahkan sel-sel beta di dalam pankreas. Sel-sel itulah yang bertanggungjawab menghasilkan insulin. 

    T2DM pula, badan masih boleh menghasilkan insulin tetapi insulin yang dihasilkan itu kurang reaktif. 

    Gejala dan tanda diabetes

    Gejala biasa adalah seperti dalam kempen Diabetes 4Ts di United Kingdom iaitu dahaga (thirsty), tandas (toilet), lebih kurus (thinner) dan letih (tired). 

    Terlalu dahaga, banyak kencing, terjaga pada waktu malam untuk membuang air kecil atau kencing di katil pada waktu malam adalah gejala penting yang perlu diberi perhatian pada kanak-kanak kerana ia mungkin simptom diabetes. 

    Sesetengah ibu bapa juga mungkin perlu memberi perhatian tentang semut di dalam tandas kerana semut tertarik kepada air kencing manis (glukosa dalam air kencing). 

    Kanak-kanak juga boleh mengalami jangkitan kulat, penurunan berat badan tanpa sebab atau kegagalan untuk menambah berat badan walaupun lapar. 

    “Penting bagi ibu bapa untuk meminta doktor memantau berat badan anak mereka dan menyimpan rekodnya, tidak kira sama ada anak mereka sakit atau tidak. Pertumbuhan adalah isyarat yang baik mengenai kesihatan kanak-kanak. 

    “Sekiranya anda mendapati anak-anak menunjukkan gejala yang disebutkan, bersegeralah berjumpa doktor. Ibu bapa perlu bertanya kemungkinan diabetes dan sama ada ujian glukosa dan keton perlu dilakukan,” nasihat Meenal Mavinkurve.

    Ia bermula dengan kesedaran

    Salah satu langkah penting yang boleh membawa kepada diagnosis diabetes lebih awal adalah kesedaran bahawa diabetes melitus adalah penyakit yang boleh dihidapi oleh kanak-kanak juga. 

    Ibu bapa juga perlu ada kesedaran dan ilmu tentang diabetes agar  dapat mengenal pasti setiap gejala untuk membantu diagnosis dan rawatan awal.

    “Jika gejala-gejala tersebut tidak dikesan dari awal, ia boleh melarat dan menjadi lebih teruk. Gejala lebih teruk yang mungkin dialami oleh pesakit ialah muntah, kelesuan, sesak nafas dan sakit perut.

    “Itu adalah gejala-gejala ketoasidosis diabetik (DKA) iaitu sejenis diabetes yang kronik,” jelas beliau. 

    Risiko komplikasi

    Diagnosis diabetes melitus, tidak kira T1DM atau T2DM, hadir bersama risiko komplikasi. 

    Dalam kedua-dua jenis diabetes tersebut, doktor memantau komplikasi dengan berhati-hati dan menanganinya sekiranya ia muncul. Namun begitu, kawalan glukosa secara optimum adalah asas dalam mencegah komplikasi.

    Umumnya, saringan untuk komplikasi sedemikian bermula beberapa tahun selepas diagnosis tetapi berbeza mengikut jenis diabetes dan usia pesakit semasa diagnosis. 

    Sebagai contoh, T2DM perlu pemeriksaan komplikasi bermula sejak didiagnosis. Bagi T1DM pula, saringan bermula selepas beberapa tahun. Dalam kes T2DM, penting untuk menyaring komplikasi berkaitan obesiti. Komplikasi lain adalah seperti berikut:

    • Tekanan darah tinggi
    • Paras kolesterol tidak normal, 
    • Penyakit hati berlemak (bukan kerana alkohol) 
    • Masalah buah pinggang
    • Gangguan saraf dan mata
    • Apnea tidur obstruktif (masalah berdengkur) 
    • Sindrom ovari polikistik (masalah haid) 

    Diet diabetes

    Menghidap diabetes bukan bermakna pesakit tidak boleh langsung mengambil benda manis dan bergula dalam diet. Semuanya bergantung kepada kesederhanaan dan mematuhi diet sihat sama seperti kanak-kanak lain yang tidak menghidap diabetes. 

    Namun begitu, kanak-kanak penghidap diabetes perlu mengira jumlah karbohidrat dalam makanan yang mereka ambil dan menyuntik insulin untuk keseimbangan. Bagi kanak-kanak penghidap T2DM yang obes atau berat berlebihan, mereka perlu mengehadkan pilihan makanan padat kalori.

    Sesetengah ibu bapa akan memberi anak mereka makanan tanpa karbohidrat untuk mengelak pemberian insulin. Namun begitu, ia tidak digalakkan kerana saranannya adalah untuk kanak-kanak ini mengambil makanan yang seimbang. 

    Penting untuk memupuk hubungan yang baik dengan makanan dan insulin bagi kanak-kanak diabetes bermula pada ketika mereka disahkan menghidap diabetes. 

    Ibu bapa dan pesakit sudah pasti keletihan dengan pelbagai tugas seperti memeriksa paras glukosa, mengira karbohidrat, mengira dos insulin serta segala keputusan yang perlu dibuat untuk anak penghidap diabetes. 

    Tetapi, penting untuk anda ingat bahawa bukan setiap hari anda akan mendapat satu siri bacaan glukosa yang sempurna.

    “Ada masa bacaannya turun naik. Mencapai bacaan glukosa yang sempurna pada setiap jam setiap hari bukanlah objektif utama. Berusaha untuk memahami sebab turun naiknya bacaan itu dan membetulkannya jauh lebih penting,” tambah Meena Mavinkurve. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

    December 2, 2025

    Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

    December 1, 2025

    Elak minum air kelapa jika…

    December 1, 2025

    Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

    November 28, 2025

    Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

    November 28, 2025

    10 bandar paling ramai penduduk di dunia

    November 27, 2025
    Artikel Terkini

    Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

    December 2, 2025

    Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

    December 1, 2025

    Elak minum air kelapa jika…

    December 1, 2025

    Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

    November 28, 2025

    Rasa sakit mencucuk ketika bernafas? Ia mungkin petanda penyakit ini

    November 28, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.