Facebook Twitter
    Trending
    • Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    • Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar
    • 150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA
    • Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan
    • Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar
    • Sam Altman: Penggerak revolusi AI
    • Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025
    • Kewangan

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

      June 16, 2025

      150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

      June 16, 2025

      Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

      June 12, 2025

      Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

      June 6, 2025
    • Kerjaya

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Adakah hujan boleh menyebabkan demam atau sekadar mitos?

    Adakah hujan boleh menyebabkan demam atau sekadar mitos?

    By Umi FatehahOctober 12, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SEJAUH manakah kebenaran hujan akan menyebabkan demam? - GAMBAR HIASAN NOELLE OTTO/PEXEL

    SEJAK kecil lagi, mesti anda semua pernah dengar emak-emak memberi nasihat “jangan main hujan, nanti demam”. Tetapi, apa yang menyeronokkan pada zaman kanak-kanak ialah mandi hujan bersama adik-beradik dan rakan-rakan. 

    Sehinggalah sudah mencapai umur dewasa, anda mesti ada kalanya teragak-agak untuk redah hujan kerana dikhuatiri demam kerana sudah terbiasa dengan emak tidak memberi keizinan untuk terkena hujan sejak kecil.

    Tetapi, sejauh manakah kebenaran hujan akan menyebabkan demam?

    Sebenarnya, demam selesema berlaku kerana virus, bukan hujan. Tetapi kajian pada 2022 menunjukkan bahawa apabila cuaca persekitaran sejuk, ia akan menurunkan suhu badan dan menjejaskan sistem imun seseorang secara negatif. 

    Disebabkan itu, anda akan menjadi lebih cenderung untuk dijangkiti virus selesema.

    Jadi, walaupun hujan sebenarnya tidak boleh menyebabkan demam selesema, jika badan dibasahi hujan dalam jangka masa yang lama boleh melemahkan sistem imun badan dan menjadikan anda lebih cenderung untuk diserang demam selesema.

    Bagaimanakah demam selesema boleh dijangkiti?

    Lebih daripada 200 virus menyebabkan demam selesema. Virus berjangkit ini boleh disebar melalui udara dan kontak fizikal. Demam selesema juga boleh merebak apabila seseorang menyentuh mulut, mata atau hidung dengan tangan mereka selepas bersentuhan dengan kuman.

    Apakah cara untuk mencegah demam selesema?

    • Basuh tangan dengan kerap
    • Elak berkongsi makanan, minuman dan perkakas rumah dengan sesiapa yang kurang sihat
    • Elak selalu sentuh mata dan mulut jika tidak berkeperluan
    • Amalkan pemakanan seimbang dan bersenam
    • Dapatkan tidur yang mencukupi

    Apakah rawatan untuk demam selesema?

    Sekiranya didapati demam, pastikan anda mendapatkan rehat yang mencukupi dan banyakkan minum air untuk kekal terhidrat. 

    Anda juga dinasihatkan untuk menggunakan alat pelembab (humidifier). Selain itu, kumur dengan air garam bagi membantu membunuh kuman di dalam mulut. Untuk bernafas dengan lebih selesa, cuci hidung menggunakan saline rinse. Anda juga boleh merujuk video di YouTube atau TikTok sebagai panduan untuk mencuci hidung.

    Ubat demam dan selesema yang dijual di kaunter farmasi juga boleh membantu mengurangkan simptom. Sebagai contoh, semburan dekongestan boleh membantu hidung tersumbat menjadi lebih bersih bagi memudahkan pernafasan. Selain itu, ibuprofen boleh membantu mengurangkan demam dan sakit-sakit badan.

    Apa-apa pun, baca arahan dan ambil nasihat doktor terlebih dahulu sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan mengenai penggunaan ubat-ubatan ini.

    Jadi, sebenarnya apa yang emak-emak kita bebelkan dahulu itu tidak salah dan tidak betul. Hujan tidak menyebabkan demam. Tetapi, jika anda basah lencun dalam jangka masa lama, ia mungkin akan menyebabkan demam selesema.

    Jika anda dijangkiti demam selesema, jangan terlalu bimbang. Dapatkan rawatan dengan pakar kesihatan dan maklumkan kepada mereka jika gejala menjadi semakin teruk atau berlarutan lebih beberapa minggu atau mempunyai masalah kesihatan lain. – RELEVAN

    demam featured hujan hujan menyebabkan demam kesihatan
    Artikel Terkini

    Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

    June 18, 2025

    Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

    June 17, 2025

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

    June 16, 2025

    150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

    June 16, 2025

    Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

    June 13, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.