Facebook Twitter
    Trending
    • Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?
    • Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini
    • Apabila rambut beruban proses melindungi diri
    • Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?
    • Apa itu alam pekerjaan sebenar
    • Gaji besar tapi simpanan sikit
    • Manfaatkan bantuan RM150 sebaiknya
    • Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026

      Makanan yang kembalikan kesuburan rambut

      January 12, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025

      Pembunuh kejayaan sebelum sempat bermula 

      December 30, 2025
    • Kerjaya

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Cara untuk jawab soalan berapakah jangkaan gaji anda

    Cara untuk jawab soalan berapakah jangkaan gaji anda

    By Umi FatehahSeptember 14, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    CARA untuk jawab soalan berapakah jangkaan gaji anda. - GAMBAR HIASAN GEORGE MILTON/PEXELS

    TEMU duga kerja boleh berasa janggal. Calon akan cuba membuktikan bahawa mereka adalah orang yang tepat untuk peranan itu tetapi tidak pernah tahu apa yang diharapkan atau perkara yang difikirkan oleh penemu duga.

    Salah satu soalan yang paling biasa dan janggal untuk dijawab ialah berkenaan gaji. Apakah jangkaan gaji anda? 

    Semestinya, banyak yang difikirkan untuk menjawab soalan ini. Kalau jawab gaji yang dijangkakan melebihi apa yang mereka ingin tawarkan, besar kemungkinan anda tidak akan diambil bekerja. Tetapi, kalau jawab gaji rendah semata-mata untuk diterima bekerja, nanti anda terseksa pula disebabkan gaji yang sikit.

    Berikut, Relevan kongsikan strategi untuk menjawab soalan “apakah jangkaan gaji anda?” dengan betul menurut perkongsian di Harvard Business Review.

    1. Tanyakan apakah jangkaan gaji yang mereka ingin tawarkan

    “Berapakah anggaran purata gaji yang syarikat tawarkan?”

    Jika penemu duga memberitahu anggaran gaji yang ditawarkan, mereka mungkin ingin mengetahui sama ada ia memenuhi jangkaan anda. Dalam situasi ini, tidak mengapa sekiranya anda masih tidak berpuas hati dengan jumlah yang ditawarkan. Anda boleh jawab seperti berikut:

    “Sekiranya saya diterima untuk bekerja, bolehkah sekiranya saya mahu berunding untuk gaji yang lebih tinggi?”

    1. Sekiranya tidak tahu jangkaan gaji anda, tekankan tentang kelayakan 

    Anda boleh cuba menjawab soalan yang ditanya seperti berikut:

    “Saya masih dalam proses untuk memahami sepenuhnya peranan dan tugasan yang perlu dibuat. Saya ingin terus bercakap tentang kelayakan dan mengapa saya calon yang sesuai untuk jawatan itu.”

    Atau:

    “Saya kurang selesa untuk menjawab soalan itu tetapi saya yakin dengan kelayakan yang dimiliki. Saya serahkan kepada pihak tuan/syarikat untuk menilai.”

    Tidak syak lagi bahawa respons ini boleh berasa seperti anda mengelak soalan atau enggan menjawabnya dan mungkin mewujudkan situasi yang kurang selesa untuk diri sendiri dan penemu duga.

    1. Tawarkan jangkaan gaji anda

    Sebelum menyatakan jangkaan gaji, anda perlu melakukan penyelidikan gaji sebelum temu duga supaya mempunyai idea yang realistik tentang purata gaji biasa untuk peranan tersebut dan boleh memberikan respons rasional. 

    Di sesetengah tempat, majikan dikehendaki untuk menyatakan gaji yang ditawarkan pada iklan kerja. Itu akan memberi anda gambaran terbaik berapa yang mereka sanggup bayar dan nilai sama ada ia bersesuaian atau tidak. 

    Anda perlu membandingkan pengalaman dan kelayakan dengan huraian kerja untuk menentukan berapakah purata gaji yang bersesuaian.

    Pilihan lain ialah bertanya kepada orang dalam bidang dan pekerjaan yang diceburi. Dalam sesuatu situasi, mungkin agak janggal untuk bercakap tentang gaji. Tetapi, ia akan membantu anda untuk mengetahui berapakah gaji yang layak diterima.

    Apa sahaja yang anda temui dalam penyelidikan anda, berhati-hati agar tidak terus menetapkan angka tertentu. Hal ini kerana dikhuatiri anda akan tidak berpuas hati dengan gaji yang ditawarkan.

    Sebaik sahaja sudah mengenal pasti berapakah purata gaji yang diinginkan, berikut ialah cara untuk kongsikannya dalam temu duga:

    • Nyatakan jangkaan gaji dan berikan rasional mengapa anda merasakan jumlah tersebut bersesuaian dengan pengalaman dan kelayakan. 
    • Jelaskan bahawa gaji hanyalah salah satu faktor yang akan mempengaruhi keputusan anda untuk menerima pekerjaan itu atau tidak. Nyatakan bahawa anda juga berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang faedah lain seperti perubatan dan sebagainya.
    • Tekankan bahawa anda fleksible atau boleh berunding sekiranya syarikat mahu menawarkan gaji yang lain. Pastikan hujah anda itu tidak terlalu kelihatan seperti permintaan tetapi sebagai permulaan kepada perundingan. – RELEVAN
    Previous ArticleHampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya
    Next Article 5 perkara ini anda perlu buat jika diberhentikan kerja

    Artikel berkaitan

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026

    Gaji besar tapi simpanan sikit

    January 14, 2026
    Artikel Terkini

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026

    Apa itu alam pekerjaan sebenar

    January 14, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.