Facebook Twitter
    Trending
    • Naik turun tangga buat badan jadi langsing?
    • 10 individu paling kaya di dunia
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    • Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso
    • Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026

      Tidur dihempap hantu atau ‘sleep paralysis’? 

      January 27, 2026
    • Kewangan

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026
    • Pendidikan

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026

      Jenis kain yang tidak boleh dijemur

      January 21, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 11 punca lingkaran gelap di bawah mata

    11 punca lingkaran gelap di bawah mata

    By Zubaidah IbrahimJuly 31, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    LINGKARAN gelap bawah mata juga dikenali sebagai periorbital hiperpigmentasi (POH). Warnanya boleh jadi coklat, biru, hitam atau ungu.- GAMBAR HIASAN/STOCKKING/FREEPIK

    KEHADIRAN lingkaran gelap di bawah mata sedikit sebanyak meresahkan kerana ia membuatkan wajah kelihatan tidak bermaya dan tidak berseri sehingga mengurangkan keyakinan diri.

    Lingkaran gelap bawah mata juga dikenali sebagai periorbital hiperpigmentasi (POH). Warnanya boleh jadi coklat, biru, hitam atau ungu.

    Berikut Relevan senaraikan punca-punca yang menyebabkan lingkaran gelap di bawah mata menurut Healthine: 

    1. Kulit gelap

    Mereka yang berkulit gelap terdedah kepada hiperpigmentasi di sekitar kawasan mata dan boleh mencetuskan lingkaran gelap bawah mata.

    1. Umur

    Penuaan mungkin salah satu sebab yang paling biasa untuk mempunyai lingkaran hitam di bawah mata anda.

    Apabila semakin tua, kulit anda cenderung kendur dan menjadi semakin nipis. Anda mungkin mengalami penurunan dalam lemak dan kolagen yang membantu mengekalkan keanjalan kulit.

    Apabila ini berlaku, saluran darah gelap di bawah kulit anda menjadi lebih jelas menyebabkan kawasan bawah mata menjadi gelap.

    1. Masalah tidur

    Terlalu banyak tidur atau kurang tidur boleh menyebabkan kulit anda menjadi lebih kusam dan pucat. Akibatnya, saluran darah dan tisu gelap di bawah kulit anda mungkin menjadi lebih jelas.

    Kurang tidur juga boleh menyebabkan pengumpulan cecair di bawah mata anda yang menyebabkannya kelihatan bengkak.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 penyakit yang boleh menjejaskan kesihatan mata

    1. Alahan

    Reaksi alahan dan mata kering boleh mencetuskan lingkaran hitam.

    Apabila anda mengalami reaksi alahan, badan akan mengeluarkan histamin (histamines) untuk melawan penceroboh.

    Ini boleh menyebabkan mata gatal, merah dan bengkak. Menggaru kulit yang gatal boleh menyebabkan keradangan, bengkak dan saluran darah pecah yang membawa kepada pigmentasi selepas keradangan.

    1. Ubat hipotensi okular (Ocular hypotensive drugs)

    Ubat penyelesaian oftalmik (ophthalmic) tertentu yang digunakan untuk membantu merawat glaukoma seperti latanoprost dan bimatoprost boleh menyebabkan POH.

    Keadaan Ini berkemungkinan besar berkembang antara tiga hingga enam bulan selepas memulakan rawatan bimatoprost.

    Kadangkala, perubahan mungkin kekal, jadi penting untuk bercakap dengan doktor jika anda melihat sebarang perubahan warna di bawah mata.

    1. Keletihan mata

    Menatap skrin telefon, televisyen atau komputer untuk jangka masa yang lama boleh membebankan mata anda. Ketegangan ini boleh membesarkan saluran darah di sekitar mata anda yang berpotensi menyebabkan lingkaran hitam.

    ARTIKEL BERKAITAN: Mata tegang sebab komputer?

    1. Dehidrasi

    Dehidrasi mungkin dikaitkan dengan perkembangan POH. Apabila badan tidak terhidrat dengan baik, kulit di bawah mata anda mula kelihatan kusam dan mata menjadi cekung. Ini disebabkan oleh jarak mata anda yang terlalu dekat dengan tulang di bawahnya.

    1. Terdedah berlebihan kepada matahari

    Terdedah kepada  matahari berpanjangan atau kecederaan boleh menyebabkan lingkaran hitam terbentuk di bawah mata anda. Ini dikenali sebagai pigmentasi selepas keradangan.

    Terdedah terlalu banyak di bawah matahari boleh menghasilkan lebihan melanin iaitu pigmen yang memberikan warna kulit anda.

    Badan anda mungkin akan menyimpan lebihan melanin ini di bawah mata lantas mengakibatkan hiperpigmentasi.

    1. Genetik

    Beberapa kajian mendapati bahawa genetik boleh menyumbang kepada pembangunan POH. Satu kajian pada 2014 mendapati perkaitan kukuh antara POH dan sejarah keluarga sebanyak 63 peratus.

    1. Anemia

    Anemia adalah apabila tahap sel darah merah anda lebih rendah daripada biasa. Ini boleh membuatkan anda berasa:

    •   Pening kepala
    •   Lemah
    •   Sesak nafas
    •   Penat

    Kajian pada 2014 mendapati bahawa 50 peratus peserta POH mengalami anemia. Tetapi, setelah anemia mereka dirawat, ramai orang melaporkan bahawa lingkaran hitam di bawah mata juga hilang.

    1. Gaya hidup

    Beberapa faktor gaya hidup seperti merokok dan minum alkohol mungkin juga dikaitkan dengan pembentukan POH.

    –   RELEVAN

    Previous Article5 kerjaya dalam bidang kesihatan mental
    Next Article Pendapatan bawah RM5,249 dikira B40, T20 atas RM11,820

    Artikel berkaitan

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026

    Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

    January 28, 2026
    Artikel Terkini

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026

    Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

    January 29, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.