Facebook Twitter
    Trending
    • Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?
    • Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?
    • 6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia
    • Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?
    • Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap
    • Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza
    • Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?
    • 10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

      March 2, 2026

      Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza

      February 28, 2026

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026
    • Kewangan

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026

      Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

      March 3, 2026

      Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

      March 2, 2026

      Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

      February 26, 2026

      Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

      February 25, 2026
    • Pendidikan

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 12 bantuan untuk rakyat dalam pembentangan Ekonomi MADANI

    12 bantuan untuk rakyat dalam pembentangan Ekonomi MADANI

    By Umi FatehahJuly 27, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    12 bantuan untuk rakyat dalam pembentangan Ekonomi MADANI. - FARIZ RUSADIO

    PELBAGAI program serta inisiatif telah dibentangkan dalam pembentangan Ekonomi MADANI bagi menjamin kualiti kehidupan rakyat.

    Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, walaupun pembaharuan fiskal diperlukan, kerajaan menjamin tidak akan sekali-kali mengabaikan nasib rakyat dalam menghadapi cabaran kos sara hidup dan akan terus menyediakan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

    Berikut diperincikan setiap bentuk bantuan demi kesejahteraan hidup rakyat yang dibentangkan dalam Ekonomi MADANI pada hari ini.

    Bantuan e-tunai

    Melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

    Bilangan penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion.

    Bantuan kepada penjawat awam

    Sementara kajian gaji dan elaun diperincikan, kerajaan akan menyediakan bantuan khas penghargaan sebanyak RM300 kepada penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta RM200 kepada pesara kerajaan termasuk pesara berpencen, penerima pencen terbitan, pesara KWSP, pesara bersara pilihan dan belum menerima pencen, veteran berpencen serta veteran tidak berpencen. 

    Bantuan khas ini akan memanfaatkan kira-kira 1.3 juta penjawat awam termasuk lantikan kontrak dan lebih sejuta pesara. 

    Menghapuskan kemiskinan tegar pada tahun ini

    Usaha telah digerakkan melalui Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) supaya isi rumah miskin tegar mempunyai peluang meningkatkan pendapatan mereka dan tidak hanya semata-mata menerima bantuan tunai langsung. 

    Konsep Payung RAHMAH turut diperkenalkan dan akan terus diperkukuh bagi menangani cabaran kos sara hidup. 

    Menangani isu kerja penjagaan tanpa gaji, diskriminasi jantina dan dasar sokongan keluarga

    Sebagai salah satu inisiatif Ekonomi Penjagaan (Care-Economy), usaha segera termasuk menyediakan pusat jagaan kanak-kanak mampu milik yang dilihat berupaya meningkatkan kadar penyertaan wanita di alam pekerjaan. 

    Kerajaan juga akan memudahkan proses pendaftaran dan memperluas program pemutihan taska dan pusat penjagaan kanak-kanak yang belum berdaftar di seluruh negara dengan peruntukan sebanyak RM10 juta.

    Kata Anwar, banyak lagi yang perlu dilakukan bagi memastikan tahap penyertaan yang lebih tinggi oleh wanita di alam pekerjaan. Matlamatnya adalah meningkatkan kadar penyertaan buruh wanita untuk mencecah 60 peratus supaya lebih setanding dengan ekonomi serantau.

    Bantuan pendidikan kepada golongan berpendapatan rendah

    Atas prinsip keadilan sosial, kerajaan memberi peluang yang saksama khususnya melibatkan pemberian bantuan yang lebih kepada golongan yang terpinggir. Selaras dengan itu, pemberian biasiswa dan pendidikan sekolah berasrama penuh akan mengutamakan golongan berpendapatan rendah. 

    Menyegerakan pelaksanaan projek sekolah dan klinik daif

    Kerajaan akan menambah peruntukan, mudahkan tatacara perolehan serta turunkan kuasa pelaksanaan bagi mempercepat pelaksanaan projek-projek sekolah dan klinik daif.

    Galakan kepada pertumbuhan eksport

    Kerajaan akan meningkatkan pembiayaan bagi memacu pertumbuhan eksport termasuk Program Pembangunan Syarikat Pertengahan serta Geran Pembangunan Pasaran (MDG) oleh MATRADE dengan peruntukan tambahan RM20 juta.

    Mendukung peluang keusahawanan

    Bagi mendukung peluang keusahawanan, program latihan dan pembiayaan akan dipergiat untuk golongan sasar termasuk wanita dan belia. 

    Kerajaan akan menambah lagi peruntukan sebanyak RM400 juta untuk pinjaman mikro di bawah agensi termasuk SME Corp, Tekun, MARA dan Teraju.

    Menyediakan persekitaran sekolah yang lebih selesa

    Kerajaan akan terus menyediakan persekitaran sekolah yang selesa serta kemudahan yang terbaik buat anak-anak. 

    Pelbagai usaha telah dilaksanakan seperti menambah peruntukan, memudahkan tatacara perolehan serta menurunkan kuasa pelaksanaan (decentralisation) bagi mempercepat pelaksanaan projek-projek sekolah dan menambah baik sekolah-sekolah daif. 

    Pada masa yang sama, projek JENDELA diteruskan bagi memastikan semua sekolah dilengkapi dengan internet.

    Pendekatan pembelajaran sepanjang hayat lebih progresif

    Menyedari hakikat bahawa kita kini hidup dalam ekonomi global yang sentiasa berubah dan mencabar, kerajaan sedar keperluan sebuah pendekatan pembelajaran sepanjang hayat yang lebih progresif.

    Kerajaan akan menyediakan laluan pembelajaran sepanjang hayat dalam apapun kemahiran yang ingin rakyat pelajari, sama ada di universiti, institusi TVET, mahupun kemahiran micro-credentials yang diperlukan.

    Untuk tujuan ini, kerajaan melalui Perkeso menyediakan peruntukan sebanyak RM42 juta bagi Program Bina Kerjaya iaitu program peningkatan kemahiran (upskilling) untuk pekerja tidak formal, termasuk pekerja gig dengan kelayakan SPM dan ke bawah.

    Akses kepada bekalan air di Kelantan dan Sabah

    Sebahagian penduduk di Kelantan dan Sabah tidak mempunyai akses kepada bekalan air yang konsisten dan berkualiti. 

    Kerajaan komited menangani isu ini dan bersetuju untuk menyediakan keseluruhan RM800 juta tambahan bagi penyelesaian jangka pendek untuk kedua-dua negeri ini.

    Projek tebatan banjir

    Kerajaan akan menyegerakan pelaksanaan projek tebatan banjir, seperti di Kelantan, Pahang, Selangor dan Johor demi melindungi masyarakat setempat daripada ditimpa bencana banjir. – RELEVAN

    Previous ArticleAmbil tahu tahap kesihatan mental, cegah sebelum terlambat
    Next Article Ekonomi MADANI: Peluang pekerjaan dengan gaji bermakna jadi keutamaan

    Artikel berkaitan

    Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

    March 3, 2026

    Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

    March 3, 2026

    6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

    March 3, 2026

    Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

    March 2, 2026

    Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

    March 2, 2026

    Kenali 6 jenis kurma dan khasiatnya yang berbeza

    February 28, 2026
    Artikel Terkini

    Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

    March 3, 2026

    Mahu tingkat simpanan KWSP dan kurangkan cukai pendapatan?

    March 3, 2026

    6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

    March 3, 2026

    Dividen KWSP dah masuk, apa yang patut anda buat sekarang?

    March 2, 2026

    Tanda-tanda awal penyakit pembunuh senyap

    March 2, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.