Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    • Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Hampir berputus asa untuk mencari kerja? Ini apa yang anda perlu lakukan

    Hampir berputus asa untuk mencari kerja? Ini apa yang anda perlu lakukan

    By Umi FatehahJuly 21, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TEKANAN daripada mencari pekerjaan juga dikaitkan dengan kesihatan emosi dan mental. - GAMBAR HIASAN ELISA VENTUR/UNSPLASH

    BERMULA daripada emel tidak diterima bekerja kepada temu duga yang mendebarkan, proses pencarian kerja yang sesuai boleh menyebabkan anda tertekan. 

    Ia juga boleh menjadi sangat melelahkan hingga ke tahap proses pencarian pekerjaan anda seperti tiada sinar, seterusnya menyebabkan kemurungan dalam mencari pekerjaan.

    Kemurungan mencari pekerjaan adalah perkara yang benar-benar berlaku dan ia bukan sesuatu yang boleh diambil mudah. Tekanan daripada mencari pekerjaan juga dikaitkan dengan kesihatan emosi dan mental seperti kebimbangan serta kemurungan.

    Mari kita perhatikan apakah cara-cara menangani kemurungan pencarian kerja dan cara menghadapi proses mencari kerja dengan pemikiran yang positif.

    1. Rancang tindakan sekiranya permohonan ditolak

    Di setiap kemungkinan anda akan diterima bekerja, ada juga kemungkinan akan ditolak. Apa saja keputusan sekalipun, rancang apakah tindakan seterusnya. Ini termasuk mengenal pasti apakah kelemahan diri yang perlu ditambah baik. 

    Fokus pada apa yang anda boleh pelajari daripada pengalaman dan bukannya rasa tewas kerana tidak diterima bekerja.

    Jika keadaan membenarkan, hantar emel susulan dan minta maklum balas dari organisasi yang tidak menerima anda. Semak semula dan renungkan keadaan. Susun strategi dan bina rancangan pembangunan peribadi untuk menjadi calon pekerja yang lebih baik. 

    Daripada bergelumang dengan kekesalan, fikirkan tentang apa yang berlaku dan bagaimana anda boleh belajar daripadanya.

    1. Susun setiap agenda dengan teratur

    Kekal teratur dengan rancangan pencarian kerja akan mengelakkan anda daripada berasa terlalu tertekan dengan proses pencarian kerja. Ia juga akan membantu anda memastikan semua keutamaan dan tanggungjawab seimbang.

    Buat senarai iklan jawatan kosong yang telah dimohon dengan maklumat seperti tarikh temu duga, butiran hubungan dan soalan temu duga yang ingin ditanyakan.

    Sekiranya syarikat yang dimohon menolak permohonan anda, teruskan dengan memohon di syarikat-syarikat lain.

    1. Kekalkan perspektif 

    Maksud kekalkan perspektif ialah memikirkan sesuatu situasi atau masalah dengan cara yang bijak, munasabah dan realistik. Ia boleh dikatakan petua utama untuk menangani kemurungan pencarian kerja.

    Anda perlu ingat, walaupun pencarian kerja mungkin mengambil masa yang lama, ia tidak akan kekal selama-lamanya. Sampai masa, anda akan berjaya mendapat pekerjaan yang diinginkan.

    Mencari pekerjaan baharu tidak berlaku dalam sekelip mata. Anda mungkin berasa tawar hati apabila tidak ada perkembangan positif dalam usaha pencarian kerja. Namun, fokus pada perkara yang anda boleh kawal. 

    Anda tidak boleh mengawal keputusan pihak syarikat, tetapi boleh mengawal tindakan yang perlu diambil seterusnya. 

    1. Dapatkan pertolongan

    Mempunyai seseorang untuk diajak berbincang atau meluahkan perasaan dalam tempoh pencarian kerja yang melelahkan ini akan memberi sokongan emosi yang sangat diperlukan. Hubungi rakan atau ahli keluarga tentang perasaan anda dan elakkan berseorang diri.

    1. Berehat seketika

    Memburu pekerjaan yang tidak berkesudahan boleh menyebabkan keletihan emosi dan fizikal. Kebimbangan dan kemurungan tidak akan membantu prospek memburu pekerjaan anda. Dan ia pastinya tidak akan membantu kesejahteraan psikologi anda.

    Ambil masa dan ruang untuk diri sendiri. Amalkan penjagaan diri yang baik seperti pengamalan diet yang sihat dan tidur yang cukup. Tidur yang cukup dan berkualiti adalah kunci untuk menguruskan tekanan.

    1. Semak semula matlamat kerjaya

    Jika sudah berbulan-bulan atau bertahun-tahun dan masih tidak ada perkembangan yang positif dalam pencarian kerja, mungkin sudah tiba masanya untuk menilai semula matlamat kerjaya anda.

    Tanya diri sendiri sama ada anda berada di laluan kerjaya yang betul atau tidak.

    Berada dalam bidang yang salah boleh menyebabkan ingin berputus asa dan terlepas daripada peluang pekerjaan yang selayaknya untuk anda. – RELEVAN

    featured kerjaya kesihatan mental pencarian kerja
    Artikel Terkini

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025

    99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.