Facebook Twitter
    Trending
    • Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya
    • 7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya
    • 5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya
    • Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama
    • Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

      March 14, 2026

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

      March 12, 2026

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026
    • Pendidikan

      7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

      March 13, 2026

      5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

      March 12, 2026

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tidur tak menentu tingkatkan risiko mati dalam 7 tahun

    Tidur tak menentu tingkatkan risiko mati dalam 7 tahun

    By KU SYAFIQ KU FOZIMay 25, 2023Updated:June 8, 20232 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TIDUR yang tidak teratur boleh mengakibatkan banyak komplikasi kesihatan. - GAMBAR HIASAN/COTTONBRO STUDIO (Pexels)

    HARI ini tidur pukul 10 malam, bangun 6 pagi. Esok pula tidur 3 pagi, bangun 12 tengah hari. 

    Kitaran tidur tidak tentu sebegini mungkin dianggap normal, terutamanya untuk orang muda yang banyak aktiviti setiap hari.

    Namun, jangan dipandang ringan risiko kesihatannya. Dalam sebuah kajian, kitaran tidur tak tentu dikaitkan dengan risiko kematian yang lebih tinggi dalam tempoh tujuh tahun.

    Kajian oleh Matthew Pase dari Universiti Monash di Melbourne, Australia itu mendapati, waktu masuk dan bangun tidur yang tidak menentu menyebabkan proses fisiologi tubuh hilang kesegerakan (sync).

    Melalui rekod dalam pangkalan data UK Biobank, tabiat tidur 88,975 orang berumur antara 40 hingga 69 tahun diselidik dan sebuah indeks yang dinamakan sebagai Indeks Keteraturan Tidur (SRI) dibangunkan.

    Indeks itu menganalisis kemungkinan seseorang akan bangun dari tidur pada waktu yang tertentu. Seseorang yang masuk dan bangun tidur pada masa sama setiap hari akan mendapat mata tertinggi, iaitu 100 manakala mereka yang waktu masuk dan bangun tidur berbeza setiap hari mendapat mata 0.

    ILUSTRASI OLEH RELEVAN

    Mati dalam tempoh 7 tahun

    SRI setiap peserta dikira selama seminggu dan pengkaji mengikuti perkembangan mereka selama tujuh tahun.

    Selepas tujuh tahun, dapatan kajian itu mula dianalisis. Ternyata, mereka dengan mata SRI yang rendah mempunyai lebih banyak komplikasi kesihatan.

    Mereka yang mendapat 41 mata dan ke bawah adalah 53 peratus lebih berkemungkinan mati disebabkan apa sahaja punca dalam tempoh tujuh tahun itu, berbanding mereka yang mendapat purata 61 mata.

    Mereka juga 88 peratus lebih berkemungkinan mati akibat penyakit jantung dan 36 peratus lebih berkemungkinan mati akibat kanser.

    Menurut Pase, dapatan kajian yang sebegitu mungkin disebabkan gangguan pada kitaran sirkadian tubuh. Ketidakselarian waktu tidur pernah dikaitkan dengan kanser kerana ia boleh mendorong pengembangbiakan sel yang tidak normal.

    Pakar neurosains dari Universiti Oxford, Colin Espie berkata, dapatan itu tidak mengejutkan kerana tidur merupakan faktor penting dalam kehidupan.

    Malah, kata beliau, kepentingan tidur adalah setanding dengan faktor kehidupan lain seperti air, makanan dan udara.

    Namun, menurut Pase, ada juga dalam kalangan peserta kajian yang sudah didiagnosis dengan masalah kesihatan sebelum kajian dijalankan. Seramai 41 peratus mempunyai masalah jantung dan 13 peratus lagi menghidap kanser.

    “Ini boleh mengganggu tidur (mereka), baik melalui perubahan pada tubuh atau kebimbangan, yang akhirnya memberi kesan kepada keputusan (kajian),” katanya. – RELEVAN

    Previous Article5 sebab kukuh untuk menceburi bidang keselamatan siber
    Next Article Waspada ular masuk rumah ketika cuaca panas, lakukan beberapa langkah pencegahan ini

    Artikel berkaitan

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026
    Artikel Terkini

    Pantang makanan ini jika mahu berseri di hari raya

    March 14, 2026

    7 lemang ini menjadi buruan ramai menjelang hari raya

    March 13, 2026

    5 strategi hadapi saudara cerewet ketika beraya

    March 12, 2026

    Pempengaruh popularkan konsep ‘recycle’ baju raya lama

    March 12, 2026

    Belajar buat keputusan sendiri sejak remaja

    March 12, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.