Facebook Twitter
    Trending
    • 10 negara paling mahal untuk membesarkan anak
    • Petanda anda seorang ‘picky eater’
    • Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?
    • Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini
    • Apabila rambut beruban proses melindungi diri
    • Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?
    • Apa itu alam pekerjaan sebenar
    • Gaji besar tapi simpanan sikit
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda anda seorang ‘picky eater’

      January 19, 2026

      Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

      January 16, 2026

      Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

      January 16, 2026

      Apabila rambut beruban proses melindungi diri

      January 15, 2026

      Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

      January 15, 2026
    • Kewangan

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026

      Tekanan FOMO: 5 simptom sebelum pokai

      January 12, 2026

      Beli dulu baru menyesal kemudian

      January 9, 2026

      Tarikh penting buat rakyat Malaysia

      January 8, 2026
    • Pendidikan

      10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

      January 19, 2026

      Hutang puasa dan fidyah, langsaikan sebelum terlambat

      January 13, 2026

      Parut buli yang tidak akan sembuh

      January 8, 2026

      Bagaimana pembuli tercipta?

      January 5, 2026

      Senarai cuti umum 2026

      December 31, 2025
    • Kerjaya

      Apa itu alam pekerjaan sebenar

      January 14, 2026

      Kerjaya yang tidak memerlukan kepakaran Matematik

      January 6, 2026

      Tahun baharu dengan gaji dan jawatan lebih baik

      January 2, 2026

      10 pekerjaan permintaan tinggi 2026

      December 29, 2025

      Masa untuk ‘move on’ dari tahun ini

      December 17, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Populasi Malaysia 33.2 juta, kelahiran hidup meningkat

    Populasi Malaysia 33.2 juta, kelahiran hidup meningkat

    By May 11, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    POPULASI Malaysia meningkat disebabkan pertambahan semula jadi yang positif bagi warganegara dan juga pertambahan penduduk bukan warganegara. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    PENDUDUK Malaysia pada suku tahun pertama 2023 dianggarkan 33.2 juta, meningkat 1.6 peratus berbanding 32.6 juta pada suku tahun pertama 2022.

    Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, jumlah itu merangkumi 30.4 juta (91.7 peratus) warganegara dan 2.8 juta (8.3 peratus) bukan warganegara.

    Kata beliau, kenaikan itu disumbangkan oleh pertambahan semula jadi yang positif bagi warganegara dan juga pertambahan penduduk bukan warganegara.

    “Penduduk lelaki meningkat daripada 17.1 juta kepada 17.5 juta berbanding suku tahun pertama 2022 manakala perempuan meningkat daripada 15.5 juta kepada 15.7 juta bagi tempoh yang sama.

    Secara keseluruhan, nisbah jantina adalah 111 lelaki bagi setiap 100 perempuan manakala nisbah jantina bagi penduduk warganegara ialah 104 lelaki bagi setiap 100 perempuan.

    “Tiga negeri mencatatkan jumlah penduduk tertinggi pada suku tahun pertama 2023 iaitu Selangor (21.7 peratus) diikuti Johor (12.3 peratus) dan Sabah (10.4 peratus),” katanya dalam kenyataan pada 11 Mei.

    Jelas Mohd. Uzir, penduduk berumur antara 0 hingga 14 tahun (umur muda) kekal pada 7.7 juta pada suku tahun pertama 2023 berbanding tempoh sama tahun lalu.

    Komposisi penduduk berumur 15 hingga 64 tahun (umur bekerja) meningkat daripada 22.6 juta kepada 23.1 juta. Penduduk berumur 65 tahun dan lebih (umur tua) pula meningkat daripada 2.3 juta kepada 2.4 juta dalam tempoh sama.

    Sementara itu, menurut Mohd. Uzir, jumlah kelahiran hidup merekodkan peningkatan sebanyak 8.9 peratus, iaitu sebanyak 111,604 kelahiran berbanding 102,466 kelahiran pada suku tahun pertama 2022.

    Walau bagaimanapun, kata beliau, statistik menunjukkan trend tersebut menurun berbanding suku tahun sebelumnya, iaitu sebanyak 113,865 kelahiran.

    “Bayi lelaki melebihi perempuan dengan 57,654 kelahiran berbanding 53,950. 

    “Selangor kekal mencatatkan bilangan kelahiran hidup tertinggi, iaitu 21,148 kelahiran (18.9 peratus) manakala jumlah kelahiran hidup terendah dicatatkan Wilayah Persekutuan Labuan dengan 361 kelahiran (0.3 peratus).

    “Kumpulan umur ibu yang tertinggi direkodkan pada umur 30 hingga 39 tahun iaitu seramai 57,491 (51.5 peratus), diikuti umur 20 hingga 29 tahun (41.6 peratus), 40 tahun dan lebih (5.3 peratus) serta kurang 20 tahun (1.6 peratus),” katanya.

    Dari segi kematian pula, sebanyak 47,767 kes direkodkan pada suku tahun pertama 2023, menurun sebanyak 11.7 peratus berbanding 54,123 kematian pada suku sama tahun sebelumnya.

    Jelas Mohd. Uzir, bilangan kematian bagi lelaki ialah 27,357 sementara kematian bagi perempuan adalah sebanyak 20,410.

    “Pada tempoh sama, Selangor mencatatkan bilangan kematian tertinggi iaitu 7,548 kematian (15.8 peratus) manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan bilangan kematian terendah dengan 66 kematian (0.1 peratus).

    “Bilangan kematian berumur 60 tahun dan lebih merekodkan bilangan tertinggi dengan 33,687 kematian (70,5 peratus), diikuti umur 41 hingga 59 (19.9 peratus), 15 hingga 40 tahun (7.1 peratus) dan 0 hingga 14 tahun (2.5 peratus),” katanya. – RELEVAN

    Previous ArticleKadar pengangguran terus menurun, suku tahun terbaik sejak 2021
    Next Article 3 daripada 10 rakyat Malaysia menghidap hipertensi, ramai yang tidak menjaga kesihatan

    Artikel berkaitan

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026

    Mangkuk tandas – tutup atau terbuka?

    January 15, 2026
    Artikel Terkini

    10 negara paling mahal untuk membesarkan anak

    January 19, 2026

    Petanda anda seorang ‘picky eater’

    January 19, 2026

    Kenapa perlu kerap tukar sarung bantal ?

    January 16, 2026

    Anak tidak makan sayur? Ibu bapa boleh cuba 7 idea mudah ini

    January 16, 2026

    Apabila rambut beruban proses melindungi diri

    January 15, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.