Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    • Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kegatalan pada lidah selepas makan nanas? Ini penjelasan dan cara mengurangkannya

    Kegatalan pada lidah selepas makan nanas? Ini penjelasan dan cara mengurangkannya

    By Umi FatehahMay 5, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SELEPAS memakan nanas, pernahkah anda mengalami sensasi aneh di belakang tekak atau rasa gatal-gatal pada lidah? - GAMBAR HIASAN PHOENIX HAN/UNSPLASH

    NANAS mengandungi banyak nutrien dan khasiatnya. Buah ini kaya dengan kandungan Vitamin C, mangan (sejenis mineral) dan enzim untuk membantu pencernaan. Pengambilan nanas juga boleh meningkatkan imuniti dan mengurangkan risiko kanser.

    Namun begitu, selepas memakan nanas, pernahkah anda mengalami sensasi aneh di belakang tekak atau rasa gatal-gatal pada lidah? 

    Perkara ini berlaku disebabkan oleh kompleks enzim yang dipanggil bromelain. Bromelain ialah protease iaitu sejenis enzim yang menguraikan protein menjadi blok binaannya yang dikenali sebagai asid amino. 

    Salah satu fungsi lain yang menjadi keunikan nanas juga ialah ia boleh digunakan untuk melembutkan daging.

    Perasaan kurang selesa di bahagian tekak dan kegatalan pada lidah boleh menjadi menjengkelkan jika makan nanas dalam jumlah yang tinggi. 

    Walau bagaimanapun, enzim bromelain ini sangat bagus untuk melawan keradangan dan mempercepatkan tempoh pemulihan selepas pembedahan.

    Bagaimanakah pengambilan bromelain menyebabkan kegatalan pada lidah?

    Perkara ini berlaku apabila bromelain bertindak balas melarutkan lendir pelindung yang berada di keseluruhan permukaan lidah dan lelangit. Kegatalan itu menandakan badan anda mula menjana semula mana-mana sel yang rosak, menghalang sebarang kehilangan sel yang kekal.

    Jangan risau, perasaan itu adalah perkara yang biasa berlaku dan bukan kerana anda mempunyai alergi terhadap nanas. 

    Jika ini adalah satu-satunya kesan sampingan aneh yang dirasakan selepas makan nanas, anda tidak perlu panik. Anda juga mungkin tidak perlu menghapuskan nanas sepenuhnya daripada diet anda.

    Tetapi sekiranya doktor memberitahu bahawa anda mempunyai alergi terhadap nanas atau menggunakan ubat pencair darah, anda mungkin perlu mengelakkan nanas kerana ia boleh menyebabkan reaksi alahan dan meningkatkan paras gula dalam darah.

    Apakah ada cara untuk mengurangkan rasa kegatalan pada lidah dan ketidakselesaan pada tekak apabila memakan nanas?

    Sebenarnya, ada. Langkah pertama yang anda perlu lakukan sebelum makan nanas ialah memastikan nanas yang dibeli sudah masak sepenuhnya. 

    Selain itu, terdapat juga satu helah yang dikongsikan di internet yang boleh anda cuba iaitu rendam nanas yang telah dikupas dalam air garam untuk mengurangkan kerengsaannya. 

    Penjelasan kepada kaedah ini ialah apabila nanas direndam dalam air garam, ia akan  membantu melarutkan sebahagian daripada keasidan itu dan menjadikan bromelain kurang berkesan. 

    Namun begitu, ini bukan penyelesaian yang terbukti dari sudut saintifik. Ada yang mengatakan ia berkesan dan ada juga yang memberitahu ia tidak berkesan. Jangan lupa membilas nanas dengan air biasa semula untuk mengelakkan rasa masin daripada garam.

    Jika lidah masih terasa gatal-gatal, mungkin anda boleh cuba untuk memasak nanas dalam pelbagai cara. Sama ada memanggang atau mencelur nanas seketika dalam air panas. Kaedah ini juga mampu untuk mengeluarkan atau mengurangkan kereaktifan enzim tersebut.

    Di samping itu, anda juga boleh memadankan buah nanas dengan produk tenusu seperti yogurt, ais krim atau crème fraîche. 

    Bukan sahaja anda boleh menikmati nanas dengan cara yang lebih enak, tetapi ia juga akan memberi protein lain kepada bromelain untuk dihadam dan membantu meneutralkan para pH dalam nanas. – RELEVAN

    featured gatal kesihatan nanas
    Artikel Terkini

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025

    99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.